[Internet] Kerja anda akan menjadi mudah dengan Twuffer

Twuffer ialah sebuah web aplikasi yang membolehkan anda menetapkan jadual tweet secara berkala di Twitter. Jika anda mempunyai senarai tweet yang banyak atau merancang untuk melakukan tweet pada masa akan datang, semestinya anda tidak mahu memaparkan kesemuanya dengan serentak dalam satu-satu masa. Anda boleh schedule semua tweet tersebut mengikut masa dan tarikh yang anda kehendaki agar ia dipaparkan secara terancang di Twitter anda.

Bagaimana untuk mendaftar dengan Twuffer?

 

Sebenarnya tidak perlu mendaftar. Anda pergi sahaja ke laman www.Twuffer.com

Login secara terus dengan menggunakan Twitter ID dan password anda. Twitter akan melakukan “Authorization” terhadap akaun anda. Ikut sahaja procedure yang terpapar di laman web tersebut. Selepas akaun anda disahkan, anda boleh mengakses laman Twuffer dan perkara pertama sekali yang anda perlu lakukan ialah melakukan sedikit proses Settings. Klik pada butang Settings dan setkan timezone anda… selesai!!!

Mulakan menulis tweet anda dengan menentukan tarikh dan masa berdasarkan timezone yang telah anda tetapkan. Ianya sangat mudah. Ia sama seperti Twitter dimana tweet anda perlulah tidak melebihi dari 140 patah perkataan, kemudian gunakan ruang “When to Tweet” untuk memilih bila tarikh dan masa untuk tweet anda akan dipaparkan. Mudah bukan? Anda boleh membuat seberapa banyak schedule tweet yang anda mahu.

Selamat mencuba… ;-)

twuffer

[Internet] DoFollow dan NoFollow Backlinks – Apakah Maknanya?

Semasa proses membuat backlinks melalui pembinaan hyperlink pada anchor text, anda mempunyai pilihan untuk memanfaatkan fungsi NoFollow atau DoFollow link. Kebanyakan pemilik laman web menyedari perbezaan antara kedua-duanya, namun ramai yang masih tidak tahu apakah perbezaan tersebut.

Nofollow ialah ciri kod HTML yang digunakan untuk memberitahu sistem bahawa sesuatu hyperlink yang dibuat tidak mengawal kedudukan laman web yang disasar dalam database enjin carian. Tujuannya adalah untuk mengurangkan “spam-linking” dari laman web yang terdapat hyperlink tadi. Ini akan dapat meningkatkan kualiti hasil carian dan mengelakkan spamdexing terjadi. Nofollow link tidak akan di-index, maka ranking atau kualiti pada kedudukan enjin carian laman web yang disasarkan tidak akan berubah kerana hyperlink pada anchor text tersebut tidak dikira sebagai backlinks.

Jika sesebuah laman web mempunyai link DoFollow ke satu laman yang berasaskan spamming, maka laman web tersebut dikira sebagai spam-linking yang membantu penyebaran spam. Inilah tujuan utama ciri NoFollow ini dibangunkan oleh Google iaitu untuk mengawal ciri DoFollow link. Link NoFollow selalunya digunakan pada laman web terkenal dan mempunyai kadar pengunjung yang tinggi agar tidak berlaku spam-linking dari laman web tersebut.

Blog Commenting atau Site Commenting merupakan salah satu cara yang paling popular untuk membina backlinks. Cara ini telah diexploitasi oleh para pemilik laman web untuk melakukan promosi semata-mata. Jadi disini Google telah memberi pilihan kepada para pemilik laman web untuk menetapkan fungsi NoFollow pada hyperlink dibahagian comment agar ia tidak di-index atau dikira sebagai backlinks bagi mengelakkan spamlinking.

Secara default semua hyperlink adalah DoFollow, maka anda tidak perlu melakukan apa-apa pada hyperlink yang dibuat. Melalui link DoFollow, laman web anda akan menerima backlink dari laman web lain, sehingga mampu memberi kesan pada kualiti kedudukan laman web anda di enjin carian. Contoh link NoFollow:

<a href=”URL Anda” rel=”nofollow”>INSERT TEXT HERE</a>

[Motivasi] Bagaimana Untuk Menjadi Kaya Pada Usia Muda – 3 Tips Mencipta Kekayaan

Anda ingin menjadi kaya pada usia muda? Saya bukan bermaksud kaya hasil dari wang loteri atau nombor ekor. Tetapi kaya hasil dari titik peluh dan usaha sendiri seawal umur muda seperti Jutawan Steve Job dari Apple pada usia 27 tahun (awal 1980-an), Bill Gates dari Microsoft pada usia 30 tahun(1980-an), Larry Page dari Google pada usia 31 tahun (lewat 1990-an), Mark Zuckerberg – pengasas Facebook pada usia 24 tahun! atau Chad Hurley dari Youtube pada usia 30 tahun, dan banyak lagi. Mereka ini telah mencapai satu tahap kegemilangan seawal usia yang muda.

Jika anda ingin mengetahui rahsia sebenar bagaimana mencipta kekayaan pada usia muda, pecahkan tembok batu yang menghalang anda daripada mencapainya. Dan lihat ke mana kehidupan telah membawa anda setakat ini. Saya ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda memecahkan tembok tersebut:-

Tips Membina Kekayaan #1 – Tahu & Faham Kehendak Anda

Secara umumnya ramai yang hanya mengikut kehendak sendiri, tetapi tidak ramai yang mengetahui akan elemen paling penting iaitu tahu dan faham akan kehendak tersebut.

Sebagai contoh, anda bekerja sepenuh masa dipejabat. Dalam masa yang sama, anda berniaga secara kecil-kecilan samada secara offline ataupun online. Keuntungan perniagaan dapatlah sendikit sebanyak membantu menambah duit poket selain dari menerima gaji bulanan dari majikan. Anda hanya mengikut kehendak anda iaitu ingin menambah duit simpanan melalui berniaga kecil-kecilan. Tetapi adakah anda tahu dan faham kehendak tersebut dengan sebenar-benarnya?

Mungkin anda berkehendak untuk mencapai satu tahap dimana pendapatan utama anda ialah perniagaan, dan anda pula bertindak sebagai majikan dengan memberi peluang pekerjaan pada orang lain. Pernahkah anda terfikir sebegitu? Tahu dan fahami kehendak sebenar anda. Menjadi kaya pada usia muda bukan satu usaha 1-2 tahun.

Tips Membina Kekayaan #2 – Buka Perniagaan Sendiri

Mereka yang telah mencipta kekayaan pada usia muda kesemuanya bermula dari membuka perniagaan sendiri. Jika anda bekerja dan memegang jawatan yang tinggi serta memperolehi pendapatan yang lumayan, namun akhirnya anda hanya seorang pekerja kepada majikan anda.

Dengan membuka perniagaan sendiri, anda sendiri yang membuat keputusan dan menentukan halatuju anda. Dari segi keuntungan dan pendapatan pula, ianya tidak terbatas. Bagaimanapun, membuka perniagaan sendiri bukanlah satu perkara yang mudah, dan ianya juga berisiko. Namun risiko ada dimana-mana, dan anda perlu meletakkan diri anda satu langkah ke hadapan dalam usaha mencipta kekayaan.

Anda perlu bijak dalam membuat keputusan dan melakukan pelaburan. Dapatkan nasihat pakar sebanyak yang mungkin sebelum terjun ke dunia perniagaan yang serba mencabar.

Tips Membina Kekayaan #3 – Kawal Perbelanjaan Anda Dengan Bijaksana

Jika anda ingin menjadi kaya pada usia muda, anda perlu faham akan kepentingan mengawal dan mengurus kewangan dengan betul. Walaupun anda sudah mempunyai banyak wang sekarang pun, ia akan hilang dan habis dalam sekelip mata jika tanpa pengurusan dan kawalan yang bijak.

Belajar bagaimana untuk mengurus kewangan anda. Gunakan sebahagian dari wang anda untuk simpanan serta perkara-perkara kecemasan. Sebahagian yang lain boleh digunakan untuk pelaburan, pembangunan diri, amal kebajikan dan derma, dan bahagian terakhir ialah untuk perbelanjaan anda.

Dan bila bercakap mengenai pelaburan, jangan gunakan kesemua sumber anda pada satu jenis pelaburan sahaja. Bak kata pepatah Enggeris, “Don’t put all your eggs in one basket.”

Itu sahaja perkara-perkara penting dan tips bagaimana untuk mencipta kekayaan pada usia muda yang perlu anda fikirkan dari sekarang. Setiap orang mempunyai cara dan strategi masing-masing untuk mencapai apa yang mereka impikan, tetapi tidak menjadi masalah jika tips diatas dapat anda amalkan dan jadikan panduan untuk mengukuhkan lagi strategi anda. Siapa tahu mungkin suatu hari nanti, anda tersenarai sebagai salah seorang individu terkaya di Malaysia, atau Dunia. ;)

Next Page »