10 Laman Web Yang Boleh Menghilangkan Bosan di Pejabat

Amaran KERAS:

Tips yang akan dikongsikan dalam post ini bukan bertujuan untuk menggalakkan anda “mengulo” di pejabat.

Anda dinasihatkan untuk membuka laman-laman web ini ketika waktu makan tengahhari ataupun diluar waktu bekerja sahaja. Tips ini boleh menghilangkan bosan di pejabat, bukan menghilangkan bosan ketika bekerja di pejabat. Beza tu… hehe :D

Penulis tidak akan bertanggungjawab jika berlaku situasi dimana anda dimarahi oleh boss anda atau anda disuspended oleh majikan anda atau anda dibuang kerja kerana membuka laman-laman web yang didedahkan dalam blog ini. (Apa-apa hal, sendiri tanggung aaaaa…sapa soh tak dengar cakap)

——————-

Mungkin kita sering kali terasa sangat bosan sepanjang hari berada di depan komputer, mungkin kerana memang takde kerja atau mungkin kerana malas takde mood nak bekerja. Jadi, daripada mengelamun kosong, membuka Facebook atau mengacau awek-awek mengganggu teman-teman disebelah meja anda, anda boleh cuba beberapa laman web di bawah ini untuk mengisi waktu lapang anda “di pejabat”.

Emmm… anda digalakkan untuk menggunakan head phone atau ear phone sebelum membuka laman-laman web berikut jika tidak mahu surat pemecatan jawatan dihantar ke meja anda selepas ini.

Berikut adalah laman web yang dimaksudkan:

Horse Quartet
Sebuah kuartet kuda yang aneh, lucu dan menarik di mana mereka boleh diaktifkan secara individu atau berkumpulan untuk menyanyikan lagu-lagu yang mampu menggelikan hati. Dengan berbagai kombinasi dalam laman web ini, anda boleh menghabiskan beberapa jam tanpa harus berfikir sambil menikmati hiburan yang diberikan. “Kerja murni” ini direka khas untuk membuang waktu anda sekurang-kurangnya sehingga anda mendapat tugasan lain dari boss anda. ;)

Bubble Wrap Heaven
Bagi anda yang suka memecahkan belon-belon pada plastik pembungkus (bubble wrap), pasti anda akan menyukai laman web ini. Skrin monitor anda boleh menjadi satu plastik pembungkus raksasa yang dapat memuaskan kehendak nafsu dan keinginan anda untuk memecahkan  gelembung-gelembung udara yang dipaparkan. Bagaimana jika habis? Hanya tekan “fresh sheet” dan mulakan sekali lagi “hobi” baru anda ini. Tanpa perlu menggunakan otak, anda boleh menikmati kesenangan tiada penghujungnya di pejabat.

Teddy Bear Tower
Dekatkan kursor mouse anda pada para beruang-beruang lucu tersebut. Ia akan berjatuhan dan melompat-lompat lagi secara berulang-ulang. Dijamin sangat membuang waktu anda di pejabat.

Converter
Salah satu cara lain lagi untuk membuang-buang masa, tetapi berguna. Laman ini memungkinkan anda untuk meng-convert segala jenis unit kiraan ke dalam unit kiraan yang lain. Mungkin sangat menarik untuk mengetahui berat badan atau tinggi anda dalam kiraan yang aneh. Contohnya, berat badan saya bersamaan dengan 6 biji microwave oven… OHHH…!!!! (Berat sangatkah saya ni???) :P

Screaming Beans
Mula-mula terdapat satu tin yang penuh dengan baked bean. Klik pada tin tersebut untuk meledakkannya. Mungkin kacang-kacang tersebut kurang selesa. Satu kacang mulai berteriak keras. Cuba klik pada kacang tersebut. Lihat apa yang berlaku. Hati-hati, kerana semakin lama kacang tersebut semakin pandai dan bergerak semakin cepat.

Zombo
Laman web yang sangat sesuai dan sempurna bagi anda yang telah bekerja setengah mati seharian di pejabat. Jangan buka melainkan anda betul-betul boring dipejabat :P

Soothing Origami
Sebuah idea yang bebas dari penggunaan kertas. Mungkin idea ini boleh memberi menyelesaikan masalah anda bagaimana untuk menguruskan kertas-kertas bekas yang berserakan di pejabat anda? Salah satu jalan penyelesaiannya adalah “origami” (seni melipat kertas dari Jepun). LAman web yang menakjubkan ini akan membimbing anda untuk belajar origami bermula dari asas yang paling mudah sehingga level yang paling sulit. Sekurang-kurangnya ketika pulang ke rumah anda boleh tunjukkan hasil karya anda kepada keluarga terutama isteri/suami dan anak-anak anda. :)

Design a Flower
Jika origami tidak menarik perhatian anda, mungkin seni me-rekabentuk bunga anda sendiri boleh menjadi alternatif.  Laman web ini membolehkan anda untuk menciptakan kombinasi bunga anda sendiri dan mengirimkannya kepada orang lain.

Destroy the Internet
Buka mana-mana laman web yang anda benci tak suka dan hancurkan laman web tersebut dengan pelbagai alat yang tersedia. Anda boleh memilih bermula dengan serangan serangga sehingga kepada serangan dinosau serta memotong-motong laman web tersebut dengan gergaji eletrik. Dijamin terdapat banyak alat-alat yang tersedia membuat anda dapat menghabiskan waktu anda untuk mencubanya satu per satu.

The Idiot Test
Laman web ini memerlukan waktu yang lama untuk diselesaikan kerana:

1. Ia sangat banyak soalan untuk dijawab.

2. Jika anda melakukan satu sahaja kesalahan, maka anda harus mengulang kembali dari awal.

SELAMAT MENCUBA…!!!!!

24 Comments on 10 Laman Web Yang Boleh Menghilangkan Bosan di Pejabat

  1. Thanks 4 the sharing bro…

  2. hoho..trima kasih kerna berkongsi.. :P

  3. Haha, yang last skali tu best. memang bg orang geram je

  4. Ya Adzfar, saya juga meminati laman web “The Idiot Test” tersebut. Walaupun nampak simple, tapi ia sedikit sebanyak mengajar kita fokus dan bertindak dengan betul. Ia bukan semata-mata sebuah permainan yang hanya boleh menghilangkan bosan di pejabat… Semoga anda terhibur

  5. Thanks for the info. Time tgh belajar pun leh main nih..hehe..:D

  6. suka the screamin beans tuu,..hahahah,..leh hilang kan tension gak,..sama jerit kuat2,..huwaaaahahaa

  7. myoliza: boleh pasang speaker kuat2… baru thrill.. hehehe…

  8. kebetulan saya memang bosan sekarang ni. saya taip “Bosan” kat google. jumpa page ni. terima kasih haha

    • terima kasih kerana melawat blog saya. memang ramai yang meminati post ni. saya pon masih mengaplikasikan nya bila boss tiada di pejabat… hehehe.. tapi ingat! jangan sampai kantoi. kalau kena tangkap, jangan salahkan saya hahaha

  9. ahaksss..Hilang boring aq!
    Thankss der ^_^

  10. Askum sya pauzi bleh x sya nk berkenalan.

  11. kenapa Soothing Origami tu tak boleh buka?

  12. lg satu ade 1 lg website yg kalau nak cari gaduh ke boleh laa hahaha pegi dkt website ni
    cleverbot.com

  13. Power la entri ni tuan. Ranking no 1 utk keyword bosan!

  14. memang hilang bosan .. HAHA . tq

  15. mocx capacino // September 25, 2013 at 3:58 am // Reply

    hahaha . . . kelakar horse Quartet
    mmg the best laa (y)

  16. mmg terbaik lah…hilang kan boring n mengantuk bila dpdn komputer

  17. hahaha…klu mcm ni blh msok dlm program wakenabeb lh…mmg terkena btul2 kan

  18. yg zombo tu kenakan orang ke??

Leave a comment

Your email address will not be published.

*