amzanimokhtar.com

Tips Komputer dan Internet

Archive for June, 2007


Pengurusan kewangan seorang Marketer

Marketer (tidak kira online atau offline) adalah satu profession yang mana ia membuat penghasilan pendapatan atau keuntungan secara aktif mahupun pasif dari penjualan produk atau perkhidmatan.Produk adalah berupa seperti barang-barang untuk pengguna (konsumer), keperluan sehari-hari, kewangan (investment), insurans dan banyak lagi. Perkhidmatan pula berupa seperti khidmat nasihat, reference, affiliate dan lain-lain. Keuntungan aktif adalah keuntungan yang diperoleh tidak tetap seperti bonus dan komisen. Keuntungan pasif pula adalah keuntungan tetap yang diperoleh setiap bulan (atau hari atau minggu) seperti gaji, elaun dan lain-lain.

Sedar atau tidak, profession sebagai seorang marketer adalah satu profession yang mampu memberi pendapatan yang jauh lebih besar berbanding mereka yang bekerja secara ‘makan gaji’. Tetapi harus diingat, ia bergantung pada sesetengah keadaan dan situasi. Walaupun ramai marketer mampu menghasilkan pendapatan yang cukup besar, namun ada juga diantara mereka yang tidak berupaya mengurus kewangannya dengan baik. Akibatnya, pendapatan yang mereka dapat sama sekali tidak ‘terasa’.

(more…)

  • Share/Bookmark

Six down, more are coming

pelaburan.jpgpelaburan2.jpg

Enam laman web telah dikenal pasti dipercayai menawarkan skim pelaburan secara haram kepada orang ramai iaitu www.abbfund.com atau abfund.us, www.cfventure.com, www. swedenfund.com, www.uebond.com, www. esuissefund.com atau www.efmf. com.pa dan www.ecashfinance.com.

Sekurang-kurangnya enam daripada 45 laman web skim pelaburan tempatan dan asing yang dikesan menjalankan aktiviti pasaran modal dan sekuriti tanpa kelulusan SC masih beroperasi seperti biasa meskipun arahan menghalang akses kepada laman-laman web itu telah dikuatkuasakan.

Didapati laman-laman web itu masih aktif kecuali www.swedenfund.com. Antara laman web yang dikesan masih beroperasi ialah www.prowealthsolutions.com, www.myshare2u.com, www.mydinar.net, www.eduit.com, www.usfunds.com, www.sunshine-empire.com dan www.simesecurities.net.

Namun, akses kepada laman-laman web itu hanya disekat dari Malaysia tetapi ia masih dapat diakses dari luar negara. Bagi saya, adalah tidak bijak untuk orang ramai terus melabur dalam skim pelaburan tidak sah ini sedangkan pihak berkuasa telah pun memberi amaran oleh bahawa pihak (pengendali laman web) itu tidak dilesenkan bagi aktiviti pelaburan sedemikian.

Memang tidak dinafikan kebanyakan orang ramai yang terjebak ke dalam skim seperti ini adalah kerana terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan kenalan atau saudara-mara. Mana taknya, dengan pelaburan AS$1,000 (kira-kira RM3,400) untuk membuka satu akaun, akaun tersebut dikatakan mampu menjana pulangan AS$2,000 dalam tempoh 100 hari. It is good to be true, isn’t it?

Dikatakan, dalam dua bulan pertama, pulangan seperti yang dijanjikan iaitu AS$20 (RM68) akan dijana sehari. Kerana terpengaruh dan ikutkan nafsu, seseorang sanggup melabur lagi dan membuka sehingga enam akaun berjumlah AS$6,000 (RM20,400). Selang beberapa bulan, keadaan tidak seperti biasa lagi kerana wang pulangan tidak dimasukkan ke dalam akaun seperti kebiasaan walaupun ia tertera dalam rekod transaksi.

Adakah anda sanggup jadi seperti ini? Pada saya, nak jadi kaya bukan senang. Bukan boleh dalam sekelip mata kecuali jika kita menipu orang. Ingatlah, duit tuh hanya daki dunia. Janganlah kita butakan mata hati kita hanya dengan melihat duit yang banyak. Hidup senang banyak duit pun tak menjanjikan bahagia. Hidup sederhana atau serba kekurangan pun tak semestinya derita sepanjang hayat. Allah yang bagi rezeki. Hanya Dia yang menentukan hidup kita derita atau bahagia. Bukan duit.

  • Share/Bookmark

Laman web carian dan pemberi informasi web

Tahukah anda bahawa terdapat begitu banyak laman web yang boleh memberikan anda informasi tentang status sesebuah laman web yang lain. Disini saya senaraikan beberapa laman web yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

  1. www.whois.sc
    Laman web ini berfungsi untuk memboleh anda memeriksa status sesebuah laman web yang lain. Antara informasi yang ditampilkan adalah:

    • Pemilik laman web, nama (personal / perniagaan), alamat, telepon, dsb
    • Tarikh dan masa laman web tersebut didaftarkan
    • Server hosting dan IP (boleh dilihat laman web berasal dari negara mana)

  2. www.alexa.com
    Laman web ini merupakan laman web rating dan pemantau trafik serta ranking. Ranking sesebuah laman web akan dibuat berdasarkan berapa ramai pengunjung mengunjungi laman web tersebut. Laman web yahoo!, MSN dan google merupakan laman web yang paling banyak dikunjungi pengunjung saat ini menurut pantauan dari Alexa.Com

  3. www.netsol.com
    Laman web ini digunakan untuk memeriksa availability sesuatu nama domain (sudah dipakai atau belum). Di Netsol.Com anda juga boleh membeli domain dan mendapatkan perkhidmatan web design, web hosting, sijil SSL, transfer domain dan lain-lain. Selain itu Netsol.Com memuatkan beberapa informasi yang berguna untuk para pengunjung dalam memeriksa status sesebuah laman web.

  4. www.submitexpress.com dan www.freewebsubmission.com
    Jika anda mempunyai beberapa buah laman web dan menginginkan laman web anda dikenali oleh para pengguna internet seluruh alam dan disenaraikan dalam senarai enjin carian, anda disyor untuk menggunakan perkhidmatan kedua-dua laman web di atas. Laman web ini akan membantu mendaftarkan laman web anda ke 40 enjin carian seperti google, yahoo, msn, astalavista dan lainnya dan juga disenaraikan ke dalam direktori enjin carian tersebut. Laman web ini juga banyak menyajikan informasi yang akan membantu untuk menaikan rating laman web anda.

  5. www.webstats4u.com
    Jika anda ingin melihat statistik laman web anda seperti jumlah pengunjung, halaman yang di akses atau pengunjung dari negara mana, pasti anda perlukan webstats4u.Com. Webstat4u.Com merupakan salah satu pencatat statistik laman web yang paling popular kerana selain ianya adalah percuma, ciri-cirinya cukup bagus dan lengkap.

  6. www.google.com dan www.yahoo.com
    Tentunya anda sudah tahu kedua-dua laman web di atas, di mana ia merupakan laman web pencari yang paling popular saat ini. Google sendiri telah membahagikan webnya mengikut kesesuaian negara sehingga banyak variasi seperti www.google.co.uk (untuk United Kingdom) dan www.google.de (untuk Jerman) supaya pencarian lebih efisien.

  • Share/Bookmark
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes