Internet vs Television
Kalau lima tahun yang lalu, Internet masih dianggap media hiburan yang kurang menarik. Namun sekarang, kita dapat lihat television sudah mula disisihkan.
Hal ini diketahui dari hasil penelitian yang dilakukan oleh New Paradigm yang menyebutkan remaja yang berumur 16 hingga 29 tahun dapat hidup tanpa television, tetapi tidak dapat hidup tanpa Internet.
Hasil survey yang dilakukan di China, 87% remajanya lebih memilih online di Internet daripada menonton television. Tidak jauh berbeza dengan Amerika, hasil kajian menunjukkan, 77% remajanya lebih memilih Internet.
Hasil survey New Paradigm ini tidak jauh bezanya dengan hasil kajian terbaru Edison Media, yang bertajuk “Internet and Multimedia 2007″. Dari sample remaja yang berumur 12 tahun sehingga yang berumur 44 tahun, kajian tersebut menunjukkan percentage tertinggi diraih oleh peminat Internet, iaitu sebanyak 39%. Manakala untuk television menurun menjadi 35% berbanding 48% pada tahun 2002, diikuti radio 16% dan suratkabar 3%.
Daripada percentage tersebut, remaja yang berumur 12 sehingga yang berumur 44 tahun menganggap Internet sebagai media hiburan yang paling utama. Sementara generasi yang berumur 55 dan selebihnya, masih menganggap television lebih menarik daripada Internet.
Hasil survey ini tidak bererti bahawa Internet telah menggantikan television sebagai sumber informasi utama dan hiburan. Namun, tidak mustahil Internet akan menjadi media hiburan paling popular dalam masa lima tahun akan datang.
Di Malaysia, secara rambangnya kita masih belum dapat melihat internet menguasai television sebagai medium hiburan dan informasi. Ini mungkin kerana pendedahan yang kurang serta tahap pengetahuan yang rendah mengenai komputer dan internet. Ia ditambah pula dengan connectivity streamyx yang agak tidak stabil sejak kebelakangan ini
Categories: Internet Tags:










