amzanimokhtar.com

Tips Komputer dan Internet

Archive for June, 2008


Panduan Domain dan Webhosting

Saya berkesempatan pulang ke Malaysia pada bulan march dan april yang lalu (2 bulan) setelah hampir 3 tahun tidak menjejakkan kaki ke tanahair. Peluang tersebut saya gunakan sepenuhnya untuk mengunjungi keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan lama yang telah lama tak berjumpa.

Walaupun saya balik 7 hari sebelum hari mengundi, saya tak berkesempatan langsung nak mengundi sebab daftar pun tidak. Dalam ramai-ramai saudara-mara dan rakan-rakan yang saya jumpa, ada juga yang bertanyakan tentang blog saya iaitu AmzaniMokhtar.Com ini. Bagaimana saya daftar domain, bagaimana saya bina blog, bagaimana saya bina laman web dan macam-macam lagi.

Almaklumlah, setelah perubahan ketara arena politik negara selepas pilihanraya umum lalu, ramai pulak rakyat Malaysia yang mula sedar akan kepentingan laman web dan blog memandangkan kebanyakan ahli-ahli politik dan pemerhati politik juga sibuk nak bina blog masing-masing untuk meluahkan pendapat dan komen mereka.

Saya lihat kesedaran rakyat Malaysia terhadap penggunaan internet sebagai medium perantaraan untuk komunikasi, perhubungan dan perniagaan semakin berkembang dari tahun ke tahun. Sudah ramai yang berminat untuk membina laman web sendiri tidak kira untuk tujuan apa sekalipun samada untuk perniagaan dengan membina minisite dan online stores, untuk tujuan menjana wang dengan membina laman web adsense, affiliate dan sebagainya, atau untuk tujuan sosial dengan membina blog, forum, social networking web, dan lain-lain lagi.

Namun, walau seramai mana pon orang yang ingin membina laman web ini, mereka tidak boleh lari dari kenyataan bahawa mereka perlukan beberapa perkara asas yang amat penting. Ada yang masih belum tahu asas seperti domain dan webhosting.

Beberapa minggu yang lalu, saya telah melancarkan laporan percuma saya iaitu “Panduan Domain dan Webhosting”. Laporan tersebut menerangkan secara terperinci mengenai apa itu domain dan webhosting, cara-cara memilih nama domain dan cara memilih syarikat penyedia pakej webhosting, cara menentukan saiz ruang web yang diperlukan, cara-cara pendaftaran domain dan webhosting dan banyak lagi tips-tips berguna. Kepada mereka yang belum memiliki laporan ini, boleh dapatkannya dengan melayari laman web www.PanduanDomain.com.