Ramadhan Al-Mubarak
Kita sudah 2 hari selesai menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Dan tahun ini adalah tahun ke-7 saya menunaikan ibadah puasa diluar negara. Tahun ini juga insyaAllah (jika dipanjangkan umur) saya bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri buat kali ke-7 berturut-turut tanpa keluarga tercinta. Sedihnya… oh!
InsyaAllah tahun depan saya berazam untuk pulang menyambut Hari Raya di tanahair. Tahun ini tak dapat balik kerana terpaksa memberi komitmen kepada kerja. Cuti tahunan pun dah habis kerana saya telah menggunakannya sewaktu pulang ke Malaysia pada bulan Mac dan April yang lalu.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam yang membaca blog saya ini. Moga di bulan Ramadhan ini, kita sama-sama mempertingkatkan ketaatan kita kepada segala perintah Allah SWT mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
Beberapa hari lagi saya akan sambung memberikan post-post menarik berkenaan dengan rahsia dunia internet…. Selamat berpuasa sekali lagi…





























