Ramadhan Al-Mubarak
Kita sudah 2 hari selesai menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Dan tahun ini adalah tahun ke-7 saya menunaikan ibadah puasa diluar negara. Tahun ini juga insyaAllah (jika dipanjangkan umur) saya bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri buat kali ke-7 berturut-turut tanpa keluarga tercinta. Sedihnya… oh!
InsyaAllah tahun depan saya berazam untuk pulang menyambut Hari Raya di tanahair. Tahun ini tak dapat balik kerana terpaksa memberi komitmen kepada kerja. Cuti tahunan pun dah habis kerana saya telah menggunakannya sewaktu pulang ke Malaysia pada bulan Mac dan April yang lalu.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam yang membaca blog saya ini. Moga di bulan Ramadhan ini, kita sama-sama mempertingkatkan ketaatan kita kepada segala perintah Allah SWT mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
Beberapa hari lagi saya akan sambung memberikan post-post menarik berkenaan dengan rahsia dunia internet…. Selamat berpuasa sekali lagi…












September 3rd, 2008 at 11:03 pm
Salaam Ramadan AlMubarak brother.
Jangan lah sedih sangat. Sekarang ni musim banjir dan ribut taufan.
Nanti akak hantar kad raya … errr ..any good site? *big grin*
September 4th, 2008 at 3:08 am
Sabar jelah kak… nak buat macam mana. Kalau akak nak hantar kad raya, saya nak yang betul punya. tanak digital-digital nih..dan kad raya mesti ada lagu raya.. keh keh keh
October 19th, 2008 at 3:27 pm
ehm..selamat hari raya. sekarang dah raya kan??
October 21st, 2008 at 5:36 am
Sekarang dah raya. So sy ucapkan selamat hari raya idulfitri maaf zahir dan batin.
October 28th, 2008 at 4:56 am
Haha…ramadhan dah lepas. Raya pun dah nak sudah. Prot pun stil penuh n sarat dengan saki baki lemang. Act…aq nak jugak ucap salam ramadhan n raya kat sdara. Simpan ucapan ini untuk taun depan….
October 29th, 2008 at 9:04 am
Hehe…. terlalu sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak update blog ni. Syawal lagi beberapa hari nak abis, tapi post Ramadhan masih lagi jadi tajuk utama kat blog ni. InsyaAllah saya akan update blog ni secepat mungkin. Terima kasih atas ucapan Hari Raya anda.