amzanimokhtar.com

Tips Komputer dan Internet

Archive for January, 2009


Cara Menukar Nama Icon Recycle Bin

Samada anda sedar ataupun tidak, dalam banyak-banyak icon yang terdapat di Desktop anda, hanya icon “Recyle Bin” sahaja yang anda tak boleh ubah namanya. Kalau tak percaya, cubalah try test…. ;)

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana untuk mengubah nama atau “rename” folder Recycle Bin ini mengikut citarasa anda. Anda boleh namakan apa sahaja seperti Tong Sampah, Folder Sampah, Bakul Recycle, Peti Sejuk, Peti Ais atau sebagainya… hoho…

Sila ikuti langkah-langkah berikut:-

  1. Buka Run dari Start Menu. Taip perkataan “REGEDIT”.
  2. Sebuah window bernama REGISTRY EDITor akan terpapar di skrin anda. Buka path berikut: HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\ShellNoRoam\MUICache
  3. Kemudian cari string yang memiliki value data berikut: Recycle Bin
  4. Anda akan lihat file value name berikut: @C:\WINDOWS\system32\SHELL32.dll,-8964
  5. Double klik pada value name tersebut.
  6. Tukar value data kepada apa sahaja nama yang anda sukai. Saya ingin menamakan icon tersebut dengan nama “Bakul Sampah”.
  7. Klik OK dan tutup window REGISTRY EDITOR tersebut.
  8. Right click pada Desktop anda dan klik Refresh.
  9. Icon Recycle Bin telah berubah nama kepada Bakul Sampah.

Selamat mencuba…..

  • Share/Bookmark

Salam Maal Hijrah 1430 dan Plugins untuk Browser Internet

Saya rasa masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430 kepada pembaca-pembaca yang beragama Islam khususnya diseluruh Malaysia dan diseluruh dunia secara amnya. Hari ini sudah 5 Muharram 1430 baru nak wish…oohh…

Sempena tahun baru hijrah ini, saya nak berkongsi sesuatu dengan anda yang suka bermain games ataupun menggunakan aplikasi media melalui internet.

Bagi anda yang sering menggunakan internet untuk bermain games atau menggunakan aplikasi media seperti memutarkan radio online, menonton TV online atau video, memasuki laman-laman web yang menampilkan aplikasi flash atau sejenis dengannya, tentu anda memerlukan plugins yang mampu mendukung games atau aplikasi media tersebut.

Apakah jenis Plugins yang diperlukan? Saya senaraikan plugins yang sesuai untuk anda. Semoga ia membantu:-

  1. Flash Player
  2. Plugins ini adalah satu keharusan kerana ketika ini terlalu banyak laman web yang mewajibkan penggunaan plugins flash player baik untuk bermain games mahupun untuk menampilkan iklan dan video seperti Youtube.

  3. Shockwave Player
  4. Plugins ini banyak digunakan pada laman web interaktif dan laman web e-learning. Beberapa laman web games juga memerlukan plugins ini.

  5. Java Runtime Environment
  6. Plugins ini adalah suatu kemestian bagi laman web yang mendukung JAVA. Pada umumnya digunakan juga untuk bermain games JAVA.

  7. Silverlight
  8. Plugins buatan Microsoft ini adalah pesaing bagi flash player.

  9. Quicktime Player
  10. Plugins buatan Apple yang banyak digunakan untuk memuatturun video dari laman-laman web Apple. Plugins ini merupakan plugins standard bagi sistem operasi Macintosh.

  11. Real Player
  12. Plugins ini banyak digunakan untuk memutarkan radio dan menonton TV di internet. Beberapa laman web pemutar video juga mewajibkan penggunaan plugins ini.

  13. DivX Player
  14. Plugins ini banyak digunakan pada laman web pemutar filem menggunakan DivX di internet. Biasanya video yang di”convert” dari DVD akan menggunakan plugins ini. Tetapi sekarang plugins yang sudah terpasang dari Windows Media Player pada umumnya sudah boleh memainkannya.

  • Share/Bookmark
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes