amzanimokhtar.com

Tips Komputer dan Internet

Archive for April, 2009


Youtube menyediakan video kuliah online

Tahukah anda bahawa dalam tempoh 10 tahun lagi, para pelajar dan penuntut institusi pengajian tinggi mungkin tidak perlu lagi bersusah payah untuk pergi ke kelas atau kuliah untuk belajar. Pelbagai pihak dari institusi pengajian tinggi seluruh dunia kini sudah mula bekerjasama antara satu sama lain dengan menyediakan video pembelajaran secara online di internet.

Dan Youtube telah dijadikan platform utama dimana pihak institusi pengajian tinggi boleh memaparkan video-video kuliah dan kelas mereka disana. Youtube pula telah menyediakan sebuah channel khas iaitu “Youtube EDU” untuk menghimpunkan kesemua video-video pembelajaran ini didalam satu tempat bagi memudahkan carian para pengguna internet.

Ketika ini sudah lebih 100 institusi pengajian tinggi termasuk Stanford Uni, MIT, Harvard Uni, University of Yale dan UC Berkeley telah mula menawarkan video-video kuliah dan kelas di Youtube EDU dan ia dibahagikan mengikut kelas pengajian serta jurusan masing-masing seperti kejuruteraan, pengurusan perniagaan, fizik, kimia, art, perakaunan, undang-undang dan pelbagai lagi.

Pengurus Perkongsian Strategik Youtube, Obadiah Greenberg mengulas, “Terdapat keinginan besar pada masyarakat dari seluruh dunia untuk meningkatkan kualiti diri, salah satunya adalah untuk mempelajari perkara-perkara yang tidak mungkin mereka pelajari atau belum sempat mereka ketahui.”

Menurut Greenberg lagi, trend kelas dan kuliah online ini sudah mula berkembang. Pembiayaan untuk menjalani kuliah di universiti sering tidak terjangkau oleh ramai bakal pelajar dan penuntut dari keluarga yang miskin, kerana ia melibatkan yuran yang mencapai sehingga 100 ribu US dollar untuk empat tahun. Dengan terbinanya kerjasama ini dan perkongsian video-video kuliah di internet kini semua orang boleh mengikuti pembelajaran di institusi pengajian tinggi terkemuka seperti MIT dengan percuma. Baru-baru ini MIT telah melancarkan program “OpenCourseWare” untuk memaparkan sebahagian besar perkuliahan mereka secara online. Ketika ini idea tersebut sudah tersebar luas sehingga menyebabkan penyertaan institusi-institusi pengajian tinggi yang lain hadir ke YouTube.

Video-video di channel Youtube EDU boleh dijadikan sumber rujukan kepada para pelajar dan penuntut untuk membuat kajian dan penyelidikan. Inilah yang dinamakan dunia internet tanpa sempadan. Pelajar atau penuntut dari pelbagai negara boleh mengikuti pengajian dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi di negara yang lain seterusnya meningkatkan pengembangan ilmu.

Sebagian besar institusi pengajian tinggi mungkin belum bersedia untuk membuka kelas mereka di internet kerana pelbagai masalah, salah satunya adalah kewangan. Namun kenyataan bahawa era informasi dan teknologi maklumat telah mengubah manusia dan dunia dalam waktu terdekat menyebabkan universiti-universiti terpaksa perlu melakukan hal tersebut (menyediakan kuliah secara online). Kini teknologi yang tidak terbayangkan 10 tahun lalu seperti infrastruktur untuk mengalirkan video kuliah terus ke setiap rumah di seluruh dunia sudah tersedia. Dan sekali video kuliah tersebut dirakam, maka video tersebut akan tersedia selama-lamanya.

Anda boleh cuba menonton salah satu video kuliah di MIT dibawah. Majoriti video yang dipaparkan di Youtube EDU adalah lebih dari setengah jam. Bagi mereka yang betul-betul ingin belajar atau membuat research bagi projek pengajian mereka sudah tentu seronok menonton sehingga berjam-jam.

Selamat Menonton

http://www.youtube.com/edu

  • Share/Bookmark
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes