amzanimokhtar.com

Tips Komputer dan Internet

Archive for August, 2009


Yahoo Zimbra Desktop alternatif kepada Microsoft Outlook

Yahoo Zimbra Desktop merupakan sebuah aplikasi open source bagi pengguna email yang bertujuan untuk memudahkan pengurusan dan pengelolaan akaun email secara bersepadu. Dengan menggunakan yahoo zimbra, kita dapat mengurus email samada menggunakaan yahoo, gmail, Hotmail, AOL, Microsoft Exchange IMAP, IMAP maupun POP.

YahooZimbra

Dengan Yahoo Zimbra Desktop, kita dapat menulis, membaca, mendownload, membina folder, sinkronisasi email dan banyak lagi fungsi lain yang boleh diaplikasikan. Selain itu kita juga boleh membaca email yang telah masuk sebelumnya dalam keadaan offline. Dan pengguna tidak perlu lagi login terlebih dahulu untuk mengakses akaun email samada melalui Yahoo ataupun Gmail.

Boleh dikatakan Yahoo Zimbra Desktop adalah sebuah aplikasi alternatif bagi Microsoft Outlook. Untuk anda yang biasa menggunakan Microsoft Outlook sebelum ini pasti tiada masalah menggunakan Yahoo Zimbra Desktop.

“All Your Email Accounts in One Place. Zimbra Mail. Yahoo! Mail. Gmail. AOL. They all work automatically in Yahoo! Zimbra Desktop; even Outlook or any other work or personal email account using POP or IMAP is easy to set up. The best part—you can read them offline without an internet connection when you are in “airplane” mode.”

Mari kita lihat satu persatu features utama aplikasi Yahoo Zimbra Desktop:-

Email, kontek, kalendar dan dokumen semuanya dihimpun dalam satu aplikasi. Tiada limit saiz penyimpanan email.

zimbra_desktop_00

Mudah untuk compose, edit, delete, reply email atau membuat draft. “Drag and Drop” mesej ke dalam folder baru atau folder Trash. Menambah fungsi email signatures untuk setiap akaun email dan apabila membalas anda email, secara automatik detail “from” akan dibetulkan mengikut akaun email mana anda menghantar email tersebut. Anda boleh menulis email dalam keadaan offline. Ia akan disimpan ke dalam Outbox folder dan akan dihantar secara automatik apabila anda online semula.

zimbra_desktop_01

Melihat alamat menggunakan Yahoo Maps. Preview page melalui fungsi thumbnail tanpa perlu membuka browser. Memaparkan calender schedule apabila anda mendekatkan mouse pada tarikh email.

zimbra_desktop_03

Menyimpan data kontek dalam satu ruang penyimpanan bagi kesemua kontek dari akaun-akaun email anda. Fungsi gambar pada kontek. Sinkronisasi kontek dari Zimbra, Yahoo dan Gmail.

zimbra_desktop_04

Fungsi pengurusan color-coded kalendar. Menjemput kontek untuk temujanjidan boleh melihat schedule kontek samada sibuk atau lapang.

zimbra_desktop_05

Terlalu banyak fungsi-fungsi canggih dari Yahoo Zimbra Desktop yang anda boleh gunakan untuk kemudahan dan kesenangan anda di internet. Anda boleh melihat sendiri segala kemudahan dan kelebihan aplikasi Yahoo Zimbra Desktop ini dengan melawati URL dibawah. (Aplikasi Yahoo Zimbra Desktop adalah percuma)

http://www.zimbra.com/products/desktop.html

  • Share/Bookmark

Bina laman web minisite menggunakan Wordpress

Di internet, terdapat pelbagai jenis konsep laman web. Antara yang paling popular ialah laman web yang berkonsepkan blog dan minisite. Dua jenis laman web ini boleh dikatakan laman web yang paling menguntungkan untuk tujuan pemasaran internet atau buat duit di internet.

Ribuan usahawan internet diseluruh dunia menggunakan medium blog dan minisite sebagai laman web pemasaran yang paling utama untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka secara online.

Minisite telah diakui mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam menarik perhatian bakal pembeli dalam memberikan respon terhadap perkara yang dipasarkan menerusi laman web minisite. Minisite lebih fokus kepada satu jenis tumpuan produk sahaja, berlainan pula dengan laman web berbentuk shopping cart yang menghidangkan pelawat dengan pelbagai jenis produk dalam satu masa.

Berkaitan dengan blog pula, perkataan Wordpress memang begitu sinonim dengan blog. Berjuta-juta blog di internet masakini kebanyakannya boleh dikatakan menggunakan platform Wordpress. Namun adakah penggunaan wordpress hanya terbatas kepada pembinaan blog semata-mata?

Kini Wordpress bukan sekadar dibina untuk tujuan blogging. Ia boleh juga ditukarkan kepada sebuah laman web minisite. Apa yang diperlukan hanya sebuah template berbentuk minisite yang boleh diintegrasi bersama blog Wordpress tersebut.

Kelebihan yang yang paling ketara pembinaan sebuah laman web minisite berbasiskan Wordpress ialah kelebihan Wordpress itu sendiri yang mesra SEO dan mampu untuk menarik trafik yang tinggi melalui enjin carian. Ini disebabkan Wordpress mempunyai plugin-plugin yang boleh diinstall untuk tujuan peningkatan prestasi laman web minisite berbasiskan wordpress tersebut.

Selain daripada mesra SEO, mereka yang tidak mempunyai pengetahuan dalam HTML boleh mengambil peluang ini untuk membina laman web minisite mereka sendiri. Setup blog Wordpress seperti biasa dan tukarkan template kepada template minisite. Kemudian, hanya sekadar menukar beberapa setting melalui Wordpress, laman web minisite terbina seperti laman-laman web minisite professional yang lain.

minisite

Persoalannya, dimana nak dapatkan template Wordpress yang berbentuk laman web minisite? Berita baik untuk anda.

Saudara Hidayat Shariff atau lebih dikenali sebagai Madno telah bermurah hati untuk memberi template tersebut secara PERCUMA. Kepada mereka yang ingin mencuba untuk membina laman web minisite menggunakan platform Wordpress, boleh mendownload template beliau tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Malah anda pula yang akan dibayar jika anda mempromosikan template tersebut kepada orang lain dengan menyertai program affiliate di laman web beliau.

Jika anda ingin mendapatkan template tersebut, dan ingin menyertai program affiliate beliau, boleh layari URL berikut

http://www.amzanimokhtar.com/minisiteforwp

  • Share/Bookmark
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes