[Motivasi] Bagaimana Untuk Menjadi Kaya Pada Usia Muda – 3 Tips Mencipta Kekayaan

[Motivasi] Bagaimana Untuk Menjadi Kaya Pada Usia Muda – 3 Tips Mencipta Kekayaan

Anda ingin menjadi kaya pada usia muda? Saya bukan bermaksud kaya hasil dari wang loteri atau nombor ekor. Tetapi kaya hasil dari titik peluh dan usaha sendiri seawal umur muda seperti Jutawan Steve Job dari Apple pada usia 27 tahun (awal 1980-an), Bill Gates dari Microsoft pada usia 30 tahun(1980-an), Larry Page dari Google pada usia 31 tahun (lewat 1990-an), Mark Zuckerberg – pengasas Facebook pada usia 24 tahun! atau Chad Hurley dari Youtube pada usia 30 tahun, dan banyak lagi. Mereka ini telah mencapai satu tahap kegemilangan seawal usia yang muda.

Jika anda ingin mengetahui rahsia sebenar bagaimana mencipta kekayaan pada usia muda, pecahkan tembok batu yang menghalang anda daripada mencapainya. Dan lihat ke mana kehidupan telah membawa anda setakat ini. Saya ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda memecahkan tembok tersebut:-

Tips Membina Kekayaan #1 – Tahu & Faham Kehendak Anda

Secara umumnya ramai yang hanya mengikut kehendak sendiri, tetapi tidak ramai yang mengetahui akan elemen paling penting iaitu tahu dan faham akan kehendak tersebut.

Sebagai contoh, anda bekerja sepenuh masa dipejabat. Dalam masa yang sama, anda berniaga secara kecil-kecilan samada secara offline ataupun online. Keuntungan perniagaan dapatlah sendikit sebanyak membantu menambah duit poket selain dari menerima gaji bulanan dari majikan. Anda hanya mengikut kehendak anda iaitu ingin menambah duit simpanan melalui berniaga kecil-kecilan. Tetapi adakah anda tahu dan faham kehendak tersebut dengan sebenar-benarnya?

Mungkin anda berkehendak untuk mencapai satu tahap dimana pendapatan utama anda ialah perniagaan, dan anda pula bertindak sebagai majikan dengan memberi peluang pekerjaan pada orang lain. Pernahkah anda terfikir sebegitu? Tahu dan fahami kehendak sebenar anda. Menjadi kaya pada usia muda bukan satu usaha 1-2 tahun.

Tips Membina Kekayaan #2 – Buka Perniagaan Sendiri

Mereka yang telah mencipta kekayaan pada usia muda kesemuanya bermula dari membuka perniagaan sendiri. Jika anda bekerja dan memegang jawatan yang tinggi serta memperolehi pendapatan yang lumayan, namun akhirnya anda hanya seorang pekerja kepada majikan anda.

Dengan membuka perniagaan sendiri, anda sendiri yang membuat keputusan dan menentukan halatuju anda. Dari segi keuntungan dan pendapatan pula, ianya tidak terbatas. Bagaimanapun, membuka perniagaan sendiri bukanlah satu perkara yang mudah, dan ianya juga berisiko. Namun risiko ada dimana-mana, dan anda perlu meletakkan diri anda satu langkah ke hadapan dalam usaha mencipta kekayaan.

Anda perlu bijak dalam membuat keputusan dan melakukan pelaburan. Dapatkan nasihat pakar sebanyak yang mungkin sebelum terjun ke dunia perniagaan yang serba mencabar.

Tips Membina Kekayaan #3 – Kawal Perbelanjaan Anda Dengan Bijaksana

Jika anda ingin menjadi kaya pada usia muda, anda perlu faham akan kepentingan mengawal dan mengurus kewangan dengan betul. Walaupun anda sudah mempunyai banyak wang sekarang pun, ia akan hilang dan habis dalam sekelip mata jika tanpa pengurusan dan kawalan yang bijak.

Belajar bagaimana untuk mengurus kewangan anda. Gunakan sebahagian dari wang anda untuk simpanan serta perkara-perkara kecemasan. Sebahagian yang lain boleh digunakan untuk pelaburan, pembangunan diri, amal kebajikan dan derma, dan bahagian terakhir ialah untuk perbelanjaan anda.

Dan bila bercakap mengenai pelaburan, jangan gunakan kesemua sumber anda pada satu jenis pelaburan sahaja. Bak kata pepatah Enggeris, “Don’t put all your eggs in one basket.”

Itu sahaja perkara-perkara penting dan tips bagaimana untuk mencipta kekayaan pada usia muda yang perlu anda fikirkan dari sekarang. Setiap orang mempunyai cara dan strategi masing-masing untuk mencapai apa yang mereka impikan, tetapi tidak menjadi masalah jika tips diatas dapat anda amalkan dan jadikan panduan untuk mengukuhkan lagi strategi anda. Siapa tahu mungkin suatu hari nanti, anda tersenarai sebagai salah seorang individu terkaya di Malaysia, atau Dunia. ;)

Leave a Reply

comment-avatar

*