AmzaniMokhtar.com

[Bisnes] Teknik Mengatasi Pesaing Anda Dalam Perniagaan

Semua perniagaan mesti ada persaingan. Cuma yang berbeza ialah tinggi atau rendah sesuatu persaingan tersebut. Dalam perniagaan apa sekalipun yang kita lakukan kita tidak akan boleh lari dari persaingan. Jadi bagaimana untuk bersaing dengan pesaing anda dalam perniagaan?

Salah satu cara ialah anda wujudkan penguasaan dalam pasaran

Kita boleh wujudkan penguasaan dengan menjadi “VISIBLE” di mana saja yang kita boleh. Contoh paling mudah ialah melalui PENGIKLANAN. Sediakan informasi tentang produk anda di mana-mana sahaja tempat yang wajar. Pastikan orang ramai terutamanya bakal pembeli sedar akan kewujudan perniagaan dan produk anda. Jangan takut untuk melaburkan modal bagi membiayai kos pengiklanan anda. Percayalah, pelaburan untuk pengiklanan adalah suatu perkara yang amat berbaloi dilakukan.

Menjawab pertanyaan pelanggan atau bakal pelanggan juga adalah satu lagi cara bagi mewujudkan penguasaan dalam pasaran. Dengan menjawab segala persoalan dan permasalahan yang dihadapi pelanggan menunjukkan bahawa anda mendominasi dan mempunyai kepakaran dalam bidang yang anda ceburi.

Tetapkan harga yang wajar bagi produk anda

Tidak semestinya meletakkan harga yang rendah. Anda harus berikan nilai yang tepat pada produk anda yang setimpal dengan apa yang pelanggan belanjakan. Jika produk anda lebih mahal daripada produk lain, ia harus miliki sesuatu yang lebih istimewa daripada yang dimiliki oleh produk lain.

Untuk bersaing dalam perniagaan kita juga perlu sentiasa terus berevolusi

Terbitkan versi baru bagi produk-produk anda yang telah berada sekian lama dalam pasaran supaya ia sentiasa segar dan tidak lekang dek perubahan dan peredaran masa. Terbitkan produk yang sepadan dengan pelbagai tema, contohnya seperti tema perayaan. Buat tawaran yang memikat hati mungkin melalui kerjasama dengan produk-produk lain yang mempunyai kaitan dengan produk anda. Gunakan teknik-teknik baru untuk promosi. Orang sukakan bisnes yang sentiasa berevolusi.

Urus khidmat sokongan pelanggan dengan sebaik-baiknya

Sentiasa cepat bertindakbalas terhadap keperluan pelanggan. Layani semua permintaan pelanggan yang inginkan wang dikembalikan jika mereka tidak berpuashati dengan kualiti produk anda. Berikan jawapan kepada semua soalan pelanggan dalam tempoh 24 jam atau kurang.

Fahami keperluan dan kehendak pelanggan dan sesuaikan produk anda sewajarnya. Blog dan forum adalah tempat yang bagus untuk mengetahui kehendak pasaran. Jika anda dapat mengetahui dan memahami dengan mendalam perkara ini, kemudian wujudkan kehendak tersebut dalam produk anda, pasti produk anda akan menjadi pilihan utama pengguna seterusnya anda dapat menewaskan pesaing-pesaing anda yang lain.

Berhati-hati dengan apa yang pesaing anda buat. Jika mereka menggunakan taktik yang anda tidak gunakan, fikirkan sama ada patutkah anda menggunakannya juga. Timbang kebaikan dan kekurangan apa saja yang pesaing anda buat dan jangan keberatan menggunakan teknik yang berlainan dan bagus.

23 Responses to “[Bisnes] Teknik Mengatasi Pesaing Anda Dalam Perniagaan”

  1. mohd rasul says:

    terima kasih..satu teknik yang bagus untujk dikongsi bersama-sama

  2. Pip says:

    Terima kasih. Sangat bagus untuk dipraktikkan.

  3. maz says:

    terima kasih for the info……its good to practice…en amzani bisnes apa ya..? ada produk ke atau ebook?

  4. Alhamdullillah dpt ilmu yg baik, terima kasih

  5. helen says:

    info yg sangat berguna, thanks

  6. ani says:

    terima kasih, tip yg sgt bagus

  7. Pn Roni says:

    Jadi VISIBLE dimana mana..hmm perkongsian yang bagus . TQVM

  8. anneshah says:

    terima kasih ;)

  9. awin says:

    info yg bagus..mmg berkesan pun ha..hehe ;-)

  10. Fatihanum says:

    Terima qaseh.. Satu infomasi yg baik… ;)

  11. mutheerah says:

    Salam Amzani,

    Terima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat ini.. sangat berinformasi kepada peniaga dan bakal peniaga untuk diaplikasi ke dalam perniagaan masing-masing.. saya sangat gemar mengikuti setiap email dari anda. Saya ada satu soalan yang ingin dituju berkaitan dengan fb ad iaitu bagaimana untuk meminimakan bid cpc yang dikenakan keatas pengguna. adakah jantina, range umur, atau minat di situ memainkan peranan dalam meminimakan biding.. Harap dapat dikongsikan bersama..

    Terima kasih sekali lagi.. :)

  12. wanghibah says:

    Salam tuan kaya dan berjaya, tk info.

  13. nofaz says:

    terima kasih di atas perkongsian..

  14. rafiz2000 says:

    terima kasih atas perkongsian
    tahun 2013 tahun untuk memacu jualan ke peringkat seterusnya.

  15. Terima kasih tuan kerana sudi berkongsi tips yang berguna ini

  16. ayu says:

    sy mmg ske bce email n info2 dr en amzani…byk btul teknik2 yg sgt berkesan…terim kasih en…

  17. manjo says:

    Tips yg amat berinfomsi…sdg dipratikkan..ehmmm thanks yo..

  18. dalila says:

    thanks atas sharing..info yg beguna:-)

  19. top niaga says:

    Terima kasih.
    Sgt membantu

  20. fara_aqula says:

    Alhamdulillah, dengan ilmu yang tuan admin sharekan ni, dari dulu sampai sekarang.. Saya telah praktikkan. Kini ramai cust yang mencari saya, x perlu nak susah2 macam dulu.. Stock pun kena selalu ada x boleh putus.. tq admin.. teruskan menghantar email pada saya ye :)

  21. yati says:

    info yang amat berguna…thanks

Trackbacks/Pingbacks

  1. Menentukan Konsep Perniagaan Nursery Anda

Leave a Reply




NAVIGASI

Kalendar

May 2013
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031