[Teknologi] Blackberry Bold 9900 Smartphone Tercanggih 2011
Diperakui sebagai smartphone ternipis dan paling canggih dari Blackberry, harga jualan bagi Bold 9900 dianggarkan mampu mencecah sehingga USD500 atau RM1,500. Research In Motion (RIM) memperkenalkan versi terbaru dari jenis Bold, Blackberry Bold 9900, bulan lalu.
Seperti BlackBerry Torch, Bold 9900 mengintegrasikan skrin sentuh beresolusi tinggi, trackpads dan pad kekunci QWERTY. Berikut adalah beberapa ciri-ciri utama BlackBerry Bold 9900:
- Bersaiz 115 x 66 x 10.5 mm, seberat lebih kurang 130g
- Skrin sentuh 2.8 inci VGA (640×480), resolusi 287 IHPR
- Pad kekunci QWERTY yang besar, optical trackpad
- 1.2GHz Processor, 768 MB RAM
- 8 GB on-board memory, berserta slot microSD 32 GB
- 5.0MP kamera berserta flash, 720p HD video recording
- Sensor Orientasi (Accelerometer), Kompas Digital (Magnetometer), Proximity Sensor
- Built-in GPS / aGPS
- Dual-band Wi-Fi, 802.11 b/g/n at 2.4GHz dan 802.11 a/n at 5GHz
- Bluetooth 2.1+EDR
- 1230mAH removable, rechargeable battery
Bold 9900 ialah dari jenis Blackberry pertama yang menggunakan OS 7 iaitu sistem operasi yang membolehkan pengguna menikmati kelajuan tinggi. Selain itu, sistem operasi ini juga dipilih untuk mendukung teknologi Near Field Communications (NFC) yang mampu menjadikan Bold 9900 sebagai alat urusniaga mudah dan pertukaran data hanya melalui sentuhan serta built-in kompas dan Augmented Reality (AR). AR ialah istilah untuk pandangan fizikal secara langsung atau tidak langsung, sama seperti persekitaran dunia sebenar yang unsur-unsur deria seperti bunyi dan grafik dijana oleh input komputer.
Smartphone yang menggunakan cip NFC boleh membuat pembayaran kad kredit atau berfungsi sebagai keycard. Peranti NFC boleh membaca tag NFC di muzium atau mana-mana kedai yang menggunakan tag NFC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai barangan yang dipamerkan. Maklumat tersebut akan terpapar pada skrin Blackberry Bold 9900.
Sirkit NFC pada Bold 9900 terletak disebalik penutup bateri yang dibuat dari serat karbon. Jika anda salah seorang peminat gadget, anda akan mengetahui bahawa serat karbon biasanya digunakan pada pesawat penerbangan ataupun laptop berkualiti tinggi kerana bahannya yang ringan dan sangat kuat.
Selamat menonton Demo Video penggunaan Blackberry Bold 9900 dibawah…







Comments
Powered by Facebook Comments