Carian Google

google.JPG

Google. Perkataan wajib yang sudah melekat kuat di benak puluhan juta pengguna Internet. Enjin carian yang dijadikan “default page” bagi hampir 90% pengguna internet apabila mereka membuka Internet Explorer atau Firefox.

Google menjadi “perhentian” pertama bagi sebahagian pengguna Internet ketika ingin melakukan pencarian. Penampilan sederhana dengan logo warna-warninya, dalam waktu singkat enjin carian ini mampu melayani ratusan juta pencarian dalam sehari.

Dengan menaip kata kunci informasi yang ingin dicari, Google akan menyelinap segenap pelusuk internet yang merangkumi berjuta-juta laman web, direktori dan blog yang terkait dengan pencarian dalam waktu singkat.

Saya ingin kongsikan bersama beberapa informasi perihal apa yang boleh anda lakukan dengan enjin carian Google ini beserta sedikit tips yang boleh diterapkan sewaktu melakukan pencarian.

Menaip tanda pembuka dan penutup kata (“…”), jika anda ingin mencari informasi yang tepat tentang carian anda.

Tanda pembuka dan penutup kata ini akan menghasilkan halaman-halaman web yang lebih tepat dan berhubungan erat dengan perkataan yang anda taipkan. Ia akan memaparkan mana-mana laman web yang contentnya terdapat perkataan yang sama dengan perkataan didalam pembuka dan penutup kata anda itu.

Guna tanda “~” untuk mencari sinonim kata.

Cuba anda lihat bahagian hujung kiri disebelah atas keyboard Anda. Disitu anda akan menemui tanda ~, bukan? Mungkin sebahagian dari anda ada yang jarang menggunakan simbol ini. Simbol ini ternyata sangat berguna dalam melakukan pencarian di Google. Cuba taipkan simbol ini di depan sebuah kata (tanpa space). Google akan mencari halaman berisi kata yang dimaksud tadi atau sinonimnya (sama erti).

Klik “Images” jika anda ingin mencari gambar.

Jika anda ingin mencari sesuatu dalam bentuk gambar, klik sahaja link “Images” yang terletak di atas kotak carian. Google akan mencari gambar, foto atau image tersebut di databasenya lengkap dengan link halaman tempat gambar tersebut muncul.

Taipkan kata yang lebih panjang agar hasil carian anda lebih relevan.

Ada baiknya jika Anda menaip kata yang lebih panjang di kotak carian Google agar hasil carian lebih baik.

Google boleh dijadikan kamus dan penterjemah bahasa.

Ingin mencari definisi sebuah kata? Google mampu berfungsi sebagai kamus. Hanya tambahkan perkataan “define” diikuti perkataan yang ingin anda cari, maka Google akan memberikan definisi perkataan tersebut.

Contoh: define epidemiologyAnda cuba sendiri.Selain itu, Google juga mampu menjadi penterjemah bahasa. Perhatikan link “Languange Tools” yang ada di sebelah kanan kotak carian di homepage Google. Klik link tersebut, anda akan dihantarkan ke laman penterjemahan Google. Terdapat banyak bahasa yang tersedia disana.

Perpustaan maya.

Ibaratnya sebuah perpustaan gergasi, Google mempunyai ‘rak-rak’ buku yang tersendiri dalam bentuk online. Cuba anda buka laman web www.books.google.com , disana anda boleh taipkan apa sahaja tajuk buku-buku aktual di seluruh dunia. Tetapi ia hanya buku yang karyanya tidak dilindungi hak cipta.

Kalkulator dan buku telefon online.

Google boleh juga diguna sebagai kalkulator. Cukup taipkan angka yang ingin anda kira di kotak carian, Google akan membuat kiraan seperti seperti sebuah kalkulator yang biasa kita pakai. Misalnya 145+869, 125*45, 10% of 100 dan sebagainya.

Selain kalkulator, Google juga boleh dimanfaatkan sebagai buku telepon. Cukup taipkan nama seseorang yang anda ingin cari dan alamat serta nama negara di kotak carian, Google akan berusaha mencari informasi yang anda inginkan.

Apa fungsi link “I’m Feeling Lucky”?

Link “I’m Feeling Lucky” yang ada di homepage Google mungkin sangat berguna bagi anda yang tak mahu membuang masa membaca hasil carian yang dikeluarkan Google satu persatu. Masukkan katakunci yang anda ingin cari, lalu klik link ini, maka Google akan memotong daftar hasil carian yang panjang tadi. Anda akan dihantarkan terus ke laman web yang paling sesuai. Misalnya, Universiti Malaya, klik “I’m Feeling Lucky” maka anda akan dihantarkan terus ke laman web UM.

Ada banyak lagi yang boleh anda lakukan melalui enjin carian Google. Seperti informasi berita-berita terbaru melalui link “News”, video, layanan peta, cuaca, harga saham dan lain sebagainya. Mungkin saya akan tuliskan lagi dalam post yang akan datang.

Comments

Powered by Facebook Comments