amzanimokhtar.com

Tips Komputer dan Internet

Archive for the ‘Blogger’


Rahsia Membina Blog 100% Autopilot

Kini rata-rata pengguna internet diseluruh dunia memiliki blog. Tidak kira ia digunakan untuk tujuan peribadi, perniagaan, hiburan ataupun komuniti. Blog sudah mula diterima ramai memandangkan ia amat mudah dibina dan diselenggarakan tidak seperti laman-laman web biasa yang memerlukan penggunaan code HTML atau PHP, sudah pasti memerlukan pengetahuan teknikal yang mendalam.

Blog boleh dibina dalam masa hanya beberapa minit. Kerana ianya mudah dan senang untuk diselenggarakan, maka tidak hairanlah terdapat ramai pengguna internet yang memiliki lebih dari satu blog. Ada yang memiliki lebih dari 10 blog. Rata-rata mereka menggunakan blog untuk menjana pendapatan di internet melalui pengiklanan secara online seperti Adsense, Program Click Per Action (CPA) dan Pemasaran Affiliate.

Adakah anda tergolong dalam mereka yang memiliki lebih dari satu blog? Jika ya, pada pendapat anda, apakah masalah utama bagi anda apabila memiliki banyak blog? Pernah tak sampai suatu ketika, anda berasa agak bosan mengupdate blog yang banyak? Membina blog amat menyeronokkan. Terutama sekali apabila kita mula memasang theme-theme yang cantik-cantik menyebabkan kita akan teruja dan bersemangat untuk memiliki blog.

Namun, selepas beberapa bulan berlalu, kekerapan posting yang dibuat di blog-blog tersebut semakin lama semakin berkurangan. Tidak seperti diawal pembikinan dahulu, setiap hari malah setiap jam ada sahaja post terbaru yang dibuat. Perkara ini telah menjadi satu lumrah. Tetapi sebenarnya masalah ini boleh diatasi dengan “auto-blogging system”.

Post kali ini saya ingin menulis mengenai auto-blogging. Auto-blogging diistilahkan sebagai blog yang diupdate secara automatik mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pemilik sesuatu blog. Ada yang merungut mereka yang yang memiliki banyak blog tidak dapat meng-update blog mereka selalu kerana kekangan masa dan sebagainya.

Kini masalah tersebut boleh diatasi dengan mudah. Blog kini boleh diupdate secara automatik. Jika anda ingin mengetahui rahsia bagaimana untuk membina blog autopilot boleh mendapatkan laporan PERCUMA!!! bertajuk “Rahsia AutoBlog” yang ditulis oleh saudara Khairilz.

Dalam laporan ini ada menerangkan:

? Bagaimana membina blog autopilot dalam masa 5 minit

? Bagaimana untuk install blog wordpress dalam masa 2 minit sahaja

? Bagaimana untuk mendapatkan ranking yang tinggi di Google untuk blog autopilot anda

? Bagaimana blog autopilot boleh menjana RM1,500 sebulan daripada Google Adsense

Dapatkan segera laporan percuma ini sebelum ianya masih percuma… :-) hehehe…

Rahsia AutoBlog

Selamat mendownload.

  • Share/Bookmark

Pendekkan nama blog anda dengan domain percuma

Jika anda mempunyai blog dengan menggunakan perkhidmatan percuma seperti di Blogger.com atau di Wordpress.com, anda pasti akan memperolehi nama domain blog anda seperti ini

http://domainanda.blogspot.com atau

http://domainanda.wordpress.com.

Bagi mereka yang sanggup mengeluarkan modal mungkin akan terus membeli domain dot.com mereka sendiri daripada mana-mana penyedia webhosting berbayar. Namun bagi anda yang tidak sanggup mengeluarkan modal, atau tidak begitu serius dalam blogging, atau malas nak berbelanja hanya untuk mendapatkan nama domain yang pendek, anda tidak perlu risau.

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda tips bagaimana anda masih boleh memiliki nama domain yang pendek dan ringkas seperti http://domainanda.com dengan tidak perlu mengeluarkan wang sesen pun. Ya, anda boleh memilikinya secara percuma.

Terdapat beberapa laman web di internet yang boleh menyingkatkan nama domain blog anda. Disini saya akan menyebutkan tiga laman web yang menyediakan servis tersebut, selain dari ianya percuma, cara mendaftarnya juga amat senang dan tiada iklan.

Berikut adalah laman web-laman web tersebut:-

  1. co.cc nama blog anda akan menjadi http://domainanda.co.cc
  2. co.nr nama blog anda akan menjadi http://domainanda.co.nr
  3. uni.cc nama blog anda akan menjadi http://domainanda.uni.cc

Pendek dan ringkas bukan? Anda nak tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan nama domain tersebut secara percuma? Baiklah, saya akan tunjukkan bagaimana kita boleh mendapatkan domain dengan akhiran co.cc

Buka website ini http://co.cc dan window seperti dibawah akan muncul.

Isikan nama blog anda dalam kotak yang disediakan sesuai dengan keinginan anda.

Setelah anda memilih nama domain yang bersesuaian, klik pada butang “Check”. Sistem akan memeriksa nama domain pilihan anda samada sudah dimiliki oleh orang lain atau belum. Jika ianya sudah dimiliki, anda perlu memasukkan nama yang lain. Namun jika belum, window seperti dibawah akan muncul. Klik pada butang “Continue to registration”.

Pada window dibawah, klik pada “Create an account now”.

Anda diminta untuk mengisi borang yang disediakan. Setelah selesai, tick pada I accept the Term of Service kemudian klik butang “Create an account now”.

Window seperti dibawah akan muncul setelah akaun anda berjaya didaftarkan. Klik pada butang “Setup” untuk membuat konfigurasi pada nama domain anda.

Klik pula pada link “Simple Service / It is easy to everyone” pada window seperti dibawah.

Penuhkan ruang kosong dengan maklumat yang sesuai.

Target URL : isi alamat blog percuma anda seperti http://domainanda.blogspot.com atau http://domainanda.wordpress.com

Title : isi tajuk blog anda

Language : pilih bahasa

Frame : Jika anda memilih URL Hiding, nama domain asal blog anda iaitu http://domainanda.blogspot.com tidak terpapar di addressbar selepas pengunjung memasuki laman web anda melalui  http://domainanda.co.cc

Jika anda memilih Path Forwarding, nama domain asal akan terpapar di addressbar selepas pengunjung memasuki http://domainanda.co.cc

Klik pada butang “Setup” setelah selesai.

Window seperti dibawah akan muncul. Klik butang “OK”.

Window confirmation akan muncul. Ada boleh mengedit kembali mana-mana bahagian yang salah dengan klik pada butang “Edit”.

Setelah selesai semua proses pendaftaran, berikan masa sehingga 24 jam bagi team co.cc memeriksa semua maklumat yang telah anda berikan kepada mereka untuk pengesahan. Dalam jangkamasa tersebut anda tidak perlu risau, blog anda masih boleh diakses melalui nama domain asal iaitu http://domainanda.blogspot.com. Walaupun anda sudah boleh menggunakan http://domainanda.co.cc, domain asal masih boleh diakses.

Selamat mencuba…..

  • Share/Bookmark

Tips menyembunyikan Blogger Bar

Adakah anda mempunyai blog dari blogger.com? Jika anda menggunakan blogger.com, pasti anda biasa melihat ‘blogger bar‘ dibahagian atas blog anda, bukan? Jika anda tidak pasti, sila lihat paparan image dibawah.

source: http://www.koolmokcik.blogspot.com

Tahukah anda bahawa ‘blogger bar‘ tersebut boleh disembunyikan?

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tips bagaimana untuk menyembunyikan ‘blogger bar’ daripada terkelihatan di blog anda.

Sign-in ke akaun blogger anda.

Setelah anda berada di dashboard akaun blogger anda, klik pada linkLayout‘.

Kemudian klik ‘Edit HTML

Carik kod berikut:

Masukkan kod berikut

disebelah atas seperti yang tertera dibawah:

Kemudian klik ‘Save Template

Buka URL blog anda.

Lihat…!!! ‘Blogger bar’ sudah tidak kelihatan lagi.

  • Share/Bookmark
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes