Aplikasi untuk membuat screenshot
Teknik membuat screenshots dari sebuah laman web atau blog merupakan suatu perkara yang sering dilakukan oleh netters dalam dunia blogging dan internet, baik untuk melengkapi gambar dari sebuah review web/blog, mengirim artikel tentang sebuah web ke suratkabar, majalah atau untuk keperluan lainnya. Mungkin kita sudah biasa menggunakan cara “standard” iaitu dengan menekan F11 di keyboard untuk menampilkan fullscreen pada browser dan tekan PrintScreenSysRq pada keyboard lalu pastekan pada photoshop, edit kemudian save dalam format JPEG maka jadilah sebuah screenshot.
Namun pada kesempatan ini saya cuba tinggalkan cara lama di atas dan kita cuba menggunakan beberapa layanan berupa browser plugin (addon), program aplikasi dan pengambilan screenshot berasaskan web online agar kita secara praktikalnya dapat membuat screenshot dengan lebih mudah.
Berikut saya kongsikan beberapa aplikasi dimana anda boleh membuat screenshot untuk laman web atau blog anda.
Menggunakan Addon Firefox
- Abduction! 2.019 – Buat pengetahuan pengguna browser firefox (mozilla), firefox dilengkapi pelbagai plugins (addon) yang selalu dikembangkan dari semasa ke semasa. Plugin Abduction!2.019′ berupa sebuah plugin untuk membuat screenshot berasaskan ‘Save Page as Image’. Bagi menggunakannya anda pertama sekali anda perlu menginstall addon firefox ‘Abduction! 2.019′. Setelah siap diinstall, restart komputer anda kemudian buka alamat web atau blog yang ingin anda ambil screenshotnya. Klik kanan atau klik ‘File’ pada menu browser dan klik ‘Save Page as Image’. Save pada hard drive komputer anda maka siaplah screenshot anda.
- Pearl Crescent Page Saver – Pearl merupakan sebahagian dari extension firefox untuk menyimpan screenshot dari sebuah laman web dalam bentuk jpg atau png, menyimpan seluruh halaman atau hanya suatu bahagian sahaja dan secara automatik menukarkan screenshot ke dalam ukuran yang lebih kecil.
- Picnik for Firefox – Picnik pula merupakan sebuah lagi plugin yang dibangunkan oleh firefox untuk pengambilan screenshot. Picnik memiliki keunikannya yang tersendiri iaitu dilengkapi dengan editor gambar secara online. Untuk menggunakannya anda perlu menginstall plugin tersebut, restart komputer anda dan buka web/blog yang akan anda ambil screenshotnya. Klik kanan atau klik Tools pada browser firefox kemudian ‘Send Page to Picnik’. Pilih visible page atau full page, tunggu beberapa saat, anda akan dihubungkan pada halaman dimana anda boleh mengedit screenshot secara online.
- Screengrab 0.93
- SnagIt – Program berharga $39.95 ini merupakan salah satu program terbaik untuk membuat screenshot dengan mempunyai banyak option yang boleh anda aplikasikan. Sebelum membeli anda boleh menggunakan trial version dahulu untuk mencuba.
- FastStone Capture – Aplikasi yang cukup mantap untuk mengambil screenshots dengan suatu control panel yang berkemampuan untuk menangkap apa sahaja di screen anda. Anda boleh terus membeli produk ini dengan harga $24.95 atau mencuba dahulu trial versionnya selama 30 hari.
- WebShot – Fungsinya hampir sama dengan Abduction! 2.019. Program aplikasi WebShot ini membenarkan anda mengambil screenshots dari bahagian kecil laman web atau keseluruhannya. Kelebihannya adalah WebShot memiliki menu command yang membolehkan anda secara automatik memproses pengambilan screenshots.
- Paparazzi – Aplikasi sederhana untuk Mac OS X yang membolehkan anda untuk mengambil screenshots dari laman web/blog.
- PrintKey – Menggantikan fungsi PrintScreen dengan lebih banyak feature. Terdapat suatu versi berbayar tetapi anda boleh juga mendownload freeware di beberapa laman web tertentu.
- I4X Screencatcher
- InstantShot – Salah satu program freeware tetapi aplikasi freeware ini hanya untuk Mac OS X sahaja. Program ini memberi anda banyak pilihan untuk menangkap screenshot, termasuk menangkap sebahagian halaman, penskalaan gambar dan banyak lagi.
- WebShotsPro – Jika anda ingin secara serta-merta membuat screenshot, anda boleh menggunakan layanan web ini dengan hanya memasukan URL web atau blog yang anda inginkan dan screenshot akan segera ditampilkan. Namun kekurangan WebShotsPro ini adalah ia tidak mengambil screenshot yang terkini dari sebuah web atau blog. Contohnya jika sesebuah laman web/blog telah dikemaskini pada 1-2 jam yang lepas, screenshot yang diambil adalah daripada halaman yang belum dikemaskini.
- Thumbalizr – Selain menggunakan extension addon firefox saya sering menggunakan aplikasi ‘Thumbalizr’ untuk membuat screenshot. Ianya agak mudah dan ringkas untuk digunakan.
Menggunakan Program Aplikasi
Screenshot Berbasis Web
Demikian antara aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat screenshot bagi sesebuah laman web atau blog. Pastikan anda mencubanya. Semoga bermanfaat!




























