amzanimokhtar.com

Tips Komputer dan Internet

Archive for the ‘Flickr’


Menjana pendapatan sampingan melalui Flickr dan Getty Images

Adakah anda seorang photographer? Atau hobi anda suka mengambil gambar yang cantik-cantik dan uploadkan gambar-gambar tersebut ke dalam internet untuk dikongsikan dengan pengunjung-pengunjung anda. Adakah anda tahu bahawa anda sebenarnya boleh menjana pendapatan sampingan melalui hobi anda tersebut.

Anda pernah dengar Flickr? Flickr (milik Yahoo) merupakan salah sebuah laman web perkongsian foto dan komuniti online yang menggunakan aplikasi Web 2.0. Ia sebaris dengan laman web perkongsian foto yang lain seperti Photobucket, SmugMug, Photoblog, Snapfish, Picasa (milik Google), ImageShack dan banyak lagi. Sebagai laman web yang popular untuk perkongsian foto peribadi, layanan ini dimanfaatkan oleh banyak blogger sebagai tempat penyimpanan foto. Popularitinya bertambah seiring peralatan komuniti online inovatif yang membolehkan foto-foto mudah dicari di internet.

Flickr telah melakukan kerjasama dengan Getty Images yang membolehkan para anggota Flickr menjana wang dari hasil penjualan karya fotografi mereka di Getty Images. Komuniti hosting foto milik Yahoo ini akan menjadi sumber baru bagi Getty yang nantinya akan menghubungi para ahli Flickr secara langsung dan menawarkan diri untuk memasarkan satu atau beberapa foto yang mereka miliki pada galeri khusus Getty yang menggunakan logo Flickr.

Anggota Flickr yang berminat untuk menampilkan hasil karyanya dalam galeri Getty harus menunggu untuk dihubungi oleh pihak Getty Images. Namun mereka juga boleh menghubungi terus pihak Getty melalui email untuk menawarkan koleksi mereka. Foto yang sudah dimasukkan ke dalam daftar koleksi, mereka akan mendapat link khusus ke halaman Getty di mana orang lain dapat membeli lesen untuk menggunakan foto tersebut. Flickr dan Getty juga mendorong para ahli yang beraspirasi menjadi photographer untuk menempatkan hasil karya mereka di iStockphoto milik Getty.

Untuk mendapatkan bayaran dan membolehkan penggunaan foto/gambar mereka, anggota Flickr harus terlebih dahulu menandatangani kontrak sebagai contributor di Getty Images yang menyatakan bahawa photographer adalah pemilik sah bagi sesuatu gambar di Getty Images dan memiliki beberapa hasil karya dalam berbagai ukuran/bentuk. Kontrak ini juga menjelaskan berbagai harga yang digunakan tergantung dari ukuran dan senario penggunaan.

Dapatkan akaun Flickr disini.