amzanimokhtar.com

Tips Komputer dan Internet

Archive for the ‘Internet’


Tips menambah kelajuan internet

Browsing Internet dengan kelajuan tinggi pasti sangat menyenangkan. Pelbagai cara dilakukan untuk menambah kelajuan internet baik menggunakan software ataupun membuat beberapa “setting” tertentu pada modem dan komputer.

Dalam post kali ini saya ingin berkongsi  beberapa tips yang sedikit sebanyak mungkin dapat membantu anda untuk mengatasi masalah kelembapan  internet seterusnya meningkatkan kualiti kelajuan sambungan internet anda :

internet-cepat

1. Mengubah setting bandwith pada windows (untuk Windows XP sahaja)

Pada dasarnya sistem operasi windows (Windows Operating System seperti Windows XP) telah membataskan bandwidth pada sambungan internet anda sebanyak 20% daripada jumlah bandwidth maksimum. Jika anda ingin menambah bandwidth internet supaya kelajuannya menjadi lebih cepat dan pantas, anda boleh mengurangkan peratusan penggunaan bandwidth pada sistem operasi windows anda.

Cara-caranya seperti dibawah :

- Klik Start
- Klik Run
- Taip gpedit.msc
- Kemudian klik OK.
- Setelah masuk, dibawah “Computer Configuration”, klik pada “Administrative Templates”.
- Kemudian klik pada “Network”.
- Setelah terbuka, klik pula pada “QoS Packet scheduler”.
- Kemudian klik “Limit Reservable Bandwidth”.
- Dan setelah terbuka, ubah setting menjadi “Enable”.
- Kemudian ubah Bandwidth Limit menjadi “0″.
- Klik “Apply”, dan terus “OK”
- Kemudian keluar dan restart komputer anda

2. Menggunakan browser Google Chrome atau Apple Safari

Versi terbaru dari browser Chrome dan Safari sangat cepat jika dibandingkan dengan Firefox ataupun Internet Explorer. Saranan saya ialah jika kelajuan internet anda terlalu rendah, anda boleh menggunakan Google Chrome sebagai alternatif kerana selain cepat, Chrome lebih selamat dibanding dengan Safari, walau dalam beberapa perkara Safari kadangkala lebih cepat dari Chrome.

Jika anda sudah terbiasa menggunakan Firefox dan tidak mahu beralih ke browser lain, anda boleh menambah Add-on “Adblock” untuk mem-block iklan, gambar dan flash yang aktif. Terdapat beberapa Add-on lagi dari Firefox seperti NoScript yang boleh menambah kelajuan internet anda, namun begitu terlalu banyak menggunakan Add-on boleh juga melambatkan akses internet dari browser Firefox itu sendiri.

3. Membesarkan cache browser hingga 5% atau 1-2 GB dari kapasiti harddisk anda.

Cara ini terbukti efektif untuk mempercepatkan akses browser. Browser tidak perlu melakukan loading pada gambar setiap kali berkunjung ke laman web yang pernah dikunjungi sebelum ini, kerana jika laman web sudah pernah dikunjungi akan secara automatik di-cache oleh browser.

Cara membesarkan cache browser hingga 5% atau 1-2 GB dari kapasiti harddisk hanya berlaku jika kapasiti harddisk anda cukup besar. Pada umumnya ada sesetengah browser yang boleh diset kapasiti cachenya, ada yang telah dikonfigurasi secara automatik. Jika browser anda tidak mempunyai pilihan set cache, ertinya anda jangan sering (atau tidak perlu) clear history di browser.

Selamat mencuba

  • Share/Bookmark

Kenali cookies dalam dunia cyber

Cookies merupakan sejenis unjuran teks yang disimpan di dalam sesebuah komputer oleh browser web. Ia juga boleh dikenali sebagai web cookies, browser cookies, tracking cookies, internet cookies atau HTTP cookies.

Terdapat beberapa tanggapan yang salah dari kalangan orang ramai khususnya para pengguna internet mengenai cookies. Ini disebabkan mereka tidak benar-benar tahu apa itu sebenarnya cookies dan apakah fungsi dan tujuan cookies itu sendiri? Antara tanggapan yang salah yang boleh kita dengari mengenai cookies adalah:

1. Cookies ialah pepijat dan virus yg boleh merosakkan komputer.

2. Cookies digunakan untuk aktiviti Spamming.

3. Cookies akan menyebarkan maklumat peribadi ke luar rangkaian PC anda.

4. Cookies digunakan untuk pengiklanan yang tidak diundang.

Akan tetapi, realitinya ia bukanlah seperti apa yg telah disebutkan di atas. Jom! Mari kita ke dunia cookies yg sebenar dan mengenalinya dengan lebih dekat.

Seperti yang telah saya nyatakan di atas, cookies sebenarnya sejenis teks yang disimpan di dalam komputer peribadi anda. Ia bukanlah sebuah program, perisian mahupun sejenis plug-in.

Cookies ini disimpan di dalam komputer anda oleh laman web yang telah anda lawati melalui browser web (Internet Explorer, Mozilla Firefox dan sebagainya). Sekarang, tentu anda tertanya-tanya mengapa cookies ini disimpan ke dalam PC anda oleh laman web tersebut?

Tujuannya banyak sebenarnya. Berikut adalah di antara tujuan dan fungsi utama cookies:-

Menunjukkan apt content
Cookies digunakan oleh laman-laman web bagi tujuan menetapkan atau menyimpan maklumat pelawat-pelawat mereka untuk tujuan menunjukkan kandungan-kandungan tertentu (apt content) kepada para pelawat tersebut.

Apt content boleh juga dikatakan sebagai maklumat-maklumat yang dikehendaki oleh para pelawat tersebut untuk ditunjukkan pada sesuatu laman web.

Ada ketikanya laman web tidak akan dapat berfungsi dengan sepenuhnya atau langsung tidak boleh di akses jika pengguna menghalang atau tidak mengaktifkan penggunaan cookies.

Hahaha… mesti pening kan? Jangan risau. Saya pun pening. Hehe. Susah juga nak menyampaikan pemahaman kita mengenai sesuatu perkara kepada orang lain. Tidak mengapa lah. Lebih baik saya beri contoh.

Sebagai contoh, jika anda menetapkan ‘Preferences’ di browser web anda pada halaman Google untuk menunjukkan 100 results carian setiap page, maka Google akan terus menunjukkan 100 results sahaja selagi mana anda tidak padam (delete) cookies tersebut di browser web anda. Manakala, jika anda delete cookies tersebut, fungsi 100 results setiap page tersebut akan dihentikan.

Itu salah satu fungsi cookies. Menunjukkan “apt content”.

Aplikasi dalam web jenis ’shopping cart’
Cookies digunakan untuk aplikasi laman web yang menggunakan ’shopping cart’. Ia membantu server suatu laman web menyimpan data-data yang dipilih oleh pelawat di laman web tersebut dan seterusnya memaparkan semula data yang telah dipilih oleh pelawat laman web itu kelak apabila pelawat datang kembali. Aduh… lagi pening, yek? Okay, okay…. saya bagi contoh.

Jika pelawat ‘A’ melayari suatu laman web e-commerce ataupun e-dagang yang menggunakan format shopping cart dan memilih produk ‘B’, mungkin pelawat ‘A’ tidak mahu terus membeli kerana mahu berfikir dahulu. Kemudian dia terus log off atau shutdown PC dia.

Bagaimana laman web tersebut ingin mengesan tindakan pelawat ‘A’ tadi jika dia mengunjunginya buat kali kedua?

Cookies lah jawapannya. Cookies akan membolehkan laman web tadi mengesan pelawat yang pernah mengunjungi laman tersebut buat kali kedua dan menyimpan pilihan produk ‘B’ yang dipilih pelawat si ‘A’ dan dipaparkan apabila pelawat membuka semula laman web tadi.

Saya harap anda faham sekarang. Hehehe. Fungsi cookies seterusnya ialah…

Login secara terus
Satu lagi kebaikan cookies ialah ia membenarkan pengguna untuk log in ke suatu laman web secara automatik. Cookies membolehkan pelawat menyimpan maklumat peribadi seperti login ID dan password seterusnya menetapkan tempoh jangka masa untuk maklumat tersebut disimpan.

Jadi setiap kali pelawat yang sama ingin mengakses ke halaman yang memerlukan login id dan password sebelum tempoh luput cookies tadi, server akan secara automatik membenarkan pelawat tersebut masuk secara terus tanpa login.

Terdapat juga sesetengah halaman e-commerce yang membolehkan pengguna memilih produk kemudian menyimpannya ke dalam apa yang dikenali sebagai virtual basket walaupun pengguna tersebut tidak melakukan login. Cookies lah yang memainkan peranan bagi tujuan ini.

Selain daripada kelebihan cookies seperti yang telah dinyatakan di atas, ia juga tidak akan luput atau deactivated jika tempoh login pengguna komputer telah tamat ataupun komputer tersebut di padam malah jika reboot atau restart juga ia masih lagi aktif.

Setiap cookies mempunyai tarikh luput iaitu apabila tempoh aktif cookies tersebut tidak lagi diteruskan. Pengguna juga diberi pilihan untuk samada mengaktifkan cookies tersebut ataupun tidak.

Di samping itu, setiap laman web mempunyai cookies yang berfungsi secara tersendiri. Maksudnya, cookies daripada laman web yang berlainan tidak akan menukar maklumat-maklumat peribadi sesama mereka. Tiada sebarang link akan berlaku.

Cookies mampu memberi banyak manfaat kepada para penggunan internet. Oleh itu, pandangan yang negatif mengenai cookies sepatutnya boleh diabaikan selagi mana ia tidak memudaratkan para pengguna itu sendiri. Tanpa cookies mana mungkin penggunaan internet untuk tujuan peribadi seperti login atau menyimpan rekod-rekod aktiviti di internet boleh dilakukan dalam masa yang pantas.

  • Share/Bookmark

RSS sebagai medium pengiklanan

E-mail merupakan salah satu medium pengiklanan dan pemasaran digital yang paling efektif dan digemari masakini. Namun malangnya pengaruh spam telah menurunkan kadar keefektifannya.Walaubagaimanapun, masih terdapat alternatif lain yang boleh mengatasi pengaruh spam ini dari ber’maharajalela’ dalam dunia internet. Antara medium pengiklanan dan pemasaran digital lain yang masih kekal menjadi pilihan ramai ialah search engine dan google adsense.

Tetapi tujuan saya menulis kali ini bukan untuk menerangkan peranan google adsense dalam dunia pengiklanan di internet ataupun kegunaan dan fungsi search engine dalam menarik trafik ke laman web anda. Kali ini saya ingin berkongsi informasi mengenai kemudahan RSS Feed sebagai salah satu alternatif lain untuk mengiklankan perniagaan atau perkhidmatan atau apa sahaja yang boleh diiklankan di internet dan ia juga dapat mengelak dari dicemari oleh spam-spam durjana.

Saya ingin mengambil contoh dari syarikat Autodesk Inc. yang menggunakan SimpleFeed untuk mengiklankan produk mereka. Autodesk Inc. merupakan sebuah syarikat pengeluar software dan servis terbesar dan terkenal untuk design, manufacturing dan pembinaan yang diasaskan oleh John Walker, seorang rakyat Amerika. Syarikat tersebut telah membuat satu strategi pemasaran dengan menawarkan diskaun sehingga 50% bagi pengguna untuk meng’upgrade’ software mereka kepada version yang lebih terkini.

Dalam usaha mereka untuk menjayakan strategi ini, mereka telah menggunakan pendekatan RSS Feed dan ia telah terbukti berkesan. Mereka berjaya menarik sebanyak 2% pengguna dengan tawaran perkhidmatan melalui RSS sementara hanya 1.2% sahaja dari tawaran perkhidmatan melalui E-Mail.

Kemudian Autodesk Inc. telah membuat pula tawaran aplikasi percuma untuk software mereka dengan hanya melalui pendaftaran di laman web mereka. Pendekatan melalui RSS telah mendapatkan respon sehingga 12% sementara E-Mail dan pengiklanan di website utama Autodesk mendapatkan kurang dari 1%.

Mari saya terangkan bagaimana keadaan begini boleh berlaku.

Melalui RSS pengguna memilih sendiri RSS mana yang mereka ingin ikuti. Ini yang membuatkan RSS bebas dan bersih dari spam. Perkara ini juga dijamin selamat kerana bukan sebarangan syarikat yang boleh memasukkan iklan mereka ke dalam sebuah RSS tanpa pengetahuan pemilik RSS tersebut. Tentu sebuah syarikat yang membuat RSS khusus untuk produk mereka tidak mungkin mencemari nama baik mereka sendiri dengan menaruh spam dalam RSS mereka.

RSS Feed juga memberikan bantuan bagi apa sahaja jenis perniagaan termasuk yang tidak berhubungan dengan dunia IT untuk membuat RSS. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan RSS atau nak tahu apa sebenarnya RSS ini boleh lah klik di link berikut. Apa itu RSS?

  • Share/Bookmark
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes