Internet

[Internet] Bagaimana untuk mengelak daripada akaun PayPal anda disekat

Hampir setiap hari beribu-ribu thread dibuka oleh webmaster di pelbagai forum membincangkan mengenai akaun Paypal yang disekat atau dikenakan akses terhad (limited access). Saya menggunakan akaun Paypal sejak empat tahun yang lalu dan akaun saya pernah disekat dua kali. Saya menghubungi perkhidmatan sokongan Paypal beberapa kali untuk bertanyakan mengenai perkara tersebut, dan sebenarnya terdapat banyak sebab mengapa sesuatu akaun itu disekat oleh pihak Paypal.

Apabila akaun anda disekat, tidak ada cara lain yang boleh membantu anda melepaskan sekatan tersebut melainkan anda perlu menghantarkan dokumen-dokumen yang diminta oleh Paypal. Jadi adalah lebih baik bagi anda untuk menjaga akaun anda sebaik mungkin. Disini saya akan kongsikan beberapa perkara utama yang menyebabkan akaun Paypal anda disekat.

1. Akaun baru dan tidak disahkan (unverified)

Akaun baru, terutama sekali yang belum disahkan mudah untuk disekat selepas transaksi pertama.  Jika akaun Paypal anda masih belum disahkan maka ia mempunyai peluang yang cukup tinggi untuk disekat, kerana akaun yang belum disahkan selalunya digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk aktiviti penipuan wang (money laundring). Paypal memantau akaun baru secara teliti, jadi adalah lebih baik untuk menggunakan butir-butir akaun yang betul semasa mendaftar agar anda dapat memberikan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa akaun anda disekat.

Mengesahkan akaun anda adalah satu idea yang terbaik. Apa yang anda perlukan ialah kad kredit yang sah. Kad kredit Maya (Virtual Credit Card atau VCC) juga boleh digunakan untuk pengesahan namun anda perlu mempunyai akses ke dalam penyata akaun VCC tersebut (account statement) supaya anda boleh memberi salinan penyata akaun tersebut kepada pihak Paypal sekiranya akaun Paypal anda disekat.

Cara untuk mengesahkan akaun Paypal tidak begitu payah. Terdapat dua proses pengesahan yang mana anda perlu melakukan kedua-duanya. Pertama ialah anda perlu mendaftar nombor telefon bagi membolehkan pihak Paypal menghubungi anda. Selepas nombor telefon anda didaftarkan, anda akan terus dihubungi oleh pihak Paypal, dan mereka akan memberikan 4 digit kod, yang mana anda akan menggunakan 4 digit kod tersebut untuk membuat pengesahan dalam akaun Paypal anda.

Kedua ialah pengesahan kad kredit. Anda perlu daftarkan kad kredit anda dalam akaun Paypal anda. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, penggunaan VCC boleh dijadikan alternatif jika anda tidak memiliki kad kredit sebenar. Pastikan anda mempunyai akses kepada penyata akaun VCC tersebut.

Selepas kad kredit anda didaftarkan, Paypal akan mengenakan sejumlah kecil bayaran (sekitar $0.10-$0.90) bagi membolehkan kad kredit anda merekod 4 digit kod yang akan terpapar pada penyata akaun kad kredit anda nanti. Isikan 4 digit kod tersebut untuk mengesahkan akaun Paypal anda. Selesai. Akaun Paypal anda kini selamat untuk digunakan.

Kesimpulannya, anda memerlukan dua set kod 4 digit untuk pengesahan akaun Paypal. Satu anda akan mendapatkannya melalui telefon, dan satu lagi melalui penyata akaun kad kredit anda. Kedua-dua set 4 digit kod tersebut perlu diisikan pada ruang pengesahan akaun Paypal anda.

Pengesahan akaun Paypal amat penting kerana jika anda tidak mengesahkan akaun anda, PayPal mungkin akan menyangka anda sedang melakukan aktivti penipuan.

2. Menggunakan proxy dan pelbagai IP

Mengakses akaun Premium atau Persendirian anda dari pelbagai alamat IP atau dari Proxy akan menyebabkan akaun anda disekat. Akaun Paypal Premium dan akaun Paypal Personal adalah untuk penggunaan transaksi persendirian atau individu. Manakala untuk transaksi perniagaan, dapatkan akaun Paypal Business.

3. Mengakses akaun PayPal dari telefon bimbit

Jangan gunakan browser telefon anda untuk mengakses secara terus ke https://paypal.com. Sebaliknya gunakan https://mobile.paypal.com. Tetapi sebelum itu, anda perlu mengaktifkan akaun PayPal Mobile pada telefon bimbit anda. Layari Paypal Mobile untuk maklumat lebih lanjut. Meskipun anda menggunakan browser seperti Opera mini atau Teashark, ianya juga turut berisiko kerana kedua-duanya menggunakan proxy server semasa melayari internet.

4. Jumlah pengeluaran wang

Hadkan jumlah pengeluaran wang pertama anda kepada jumlah yang kecil lebih-lebih lagi jika anda mempunyai akaun yang belum disahkan. Pengeluaran dengan jumlah yang besar dari akaun baru akan menyebabkan ianya kelihatan seperti satu penipuan kepada Paypal; jadi hadkan jumlah pengeluaran pertama kepada jumlah seperti $100 ke bawah dan tambahkan jumlah secara perlahan-lahan.

5. Maklumat akaun

Jangan terlalu kerap menukar maklumat akaun anda. Biarkan segala maklumat anda seperti sedia ada dan pastikan anda mempunyai semua dokumen yang diperlukan untuk membuktikan maklumat tersebut ialah milik anda. Gambar berserta kad pengenalan yang tertera alamat atau bil-bil yang mempunyai nama dan alamat anda sudah memadai.

6. Jumlah “dispute” (perselisihan)

Jika terdapat kes perselisihan pada akaun Paypal anda, seperti penjual tidak menerima bayaran dari anda, pembeli meminta refund, atau apa sahaja masalah yang melibatkan akaun Paypal anda, cuba selesaikan secepat mungkin . Jika akaun Paypal anda mempunyai terlalu banyak kes aduan atau perselisihan dalam satu-satu masa, kebarangkalian akaun anda disekat adalah sangat tinggi.

7. Berurusan dengan jumlah wang yang besar

Jika anda berurusan dengan sejumlah wang yang besar seperti 1000USD, anda disarankan untuk membahagikan jumlah tersebut kepada satu jumlah yang kecil untuk proses penerimaan dan pengeluaran. Adalah lebih baik jika anda sentiasa mengecilkan jumlah pembayaran anda kepada bayaran bawah 500USD. Dan juga jangan cuba untuk mengeluarkan keseluruhan jumlah wang yang anda terima dengan segera.

Walaupun setelah anda mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan diatas namun akaun anda tetap juga disekat oleh pihak Paypal, jangan bazirkan masa anda dengan menghantar email kepada mereka seperti “PAYPAL B*D*H” atau membuka thread forum seperti “PAYPAL PEMBOHONG DAN PENIPU”.

Ikutilah prosedur-prosedur yang betul untuk melepaskan sekatan tersebut. Emailkan kepada mereka dokumen-dokumen yang diperlukan. Selepas Paypal menerima semua dokumen-dokumen tersebut, akaun anda akan boleh diakses semula selepas 48 jam.

Be the first to comment - What do you think?
Posted by amzani - January 19, 2011 at 10:17 pm

Categories: Internet   Tags: ,

[Internet] Google disiasat ekoran salahguna kuasa sebagai enjin carian online yang dominan

Suruhanjaya Eropah telah memulakan siasatan terperinci terhadap Google selepas pesaing-nya mengeluhkan bahawa Google telah menyalahgunakan kedudukan dominan-nya sebagai enjin carian utama di internet.

Suruhanjaya Eropah akan melakukan penyiasatan sama ada enjin carian terbesar di dunia itu menghukum(penalised) laman web pesaing-nya dalam hasil carian Google.

Siasatan tersebut dibuat berikutan aduan oleh syarikat termasuk laman web perbandingan harga, “Foundem” dan “ejustice.fr”, sebuah enjin carian laman web perundangan.

Google menyangkal semua tuduhan tersebut namun mereka mengatakan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Eropah untuk “menjawab segala persoalan”.

Awal tahun ini jabatan peguam dari Texas telah menjalankan siasatan yang sama ke atas Google berikutan aduan daripada syarikat-syarikat termasuk Foundem.

Pertuduhan dalam kedua-dua kes tersebut ialah pesaing menyatakan bahawa Google memanipulasi hasil enjin carian mereka.

“Suruhanjaya Eropah telah memutuskan untuk memulakan penyiasatan berhubung tuduhan Google menyalahgunakan kedudukan dominan-nya dalam pencarian online,” kata suruhanjaya tersebut dalam satu kenyataan.

Dikatakan tindakan itu dibuat berikutan aduan oleh laman-laman web penyedia perkhidmatan carian yang lain mengenai layanan yang kurang baik dari pengiklanan percuma dan berbayar yang disediakan oleh Google ditambah lagi dengan keistimewaan dan kelebihan yang diberikan kepada anak-anak syarikat Google dalam mendominasi kedudukan senarai carian.

Read more…

Be the first to comment - What do you think?
Posted by amzani - November 30, 2010 at 10:06 pm

Categories: Internet   Tags: ,

« Previous PageNext Page »