Komputer

Tips menjaga laptop dan bateri laptop

Laptop kini menjadi pilihan utama bagi kebanyakan pengguna internet dalam membantu berbagai-bagai aktiviti sehari-hari mereka. Ini adalah semestinya kerana saiznya yang kecil dan sifatnya yang “portable”. Meskipun demikian, ternyata tidak semua pemilik ataupun pengguna laptop tahu bagaimana untuk menjaga laptop dan baterinya dengan baik dan betul.

Antara masalah yang dihadapi oleh sebahagian besar pemilik laptop adalah suhu laptop atau bateri menjadi panas, laptop tiba-tiba “hanged”, laptop mati ketika digunakan dan banyak lagi masalah-masalah yang dihadapi.

Dalam post terdahulu saya ada memberikan tips membeli laptop, kini saya ingin berkongsi pula dengan anda tips menjaga (maintain) laptop dan bateri laptop.

Dalam post terdahulu saya ada memberikan tips membeli laptop, kini saya ingin berkongsi pula dengan anda tips menjaga (maintain) laptop dan bateri laptop.

  1. Bateri laptop boleh menjadi panas dalam penggunaan normal sekalipun. Jangan gunakan laptop sambil diletakkan di pangkuan anda.
  2. Ketika menggunakan laptop, hindari meletakkan laptop pada permukaan yang lembut, seperti diatas sofa, katil atau karpet. Sebab permukaan seperti itu akan menganggu aliran udara di bagian bawah laptop dan boleh menjadikan laptop overheating.
  3. Mencegah sentuhan pada ketika kedudukan bateri yang longgar dengan berbagai jenis objek metal seperti pengepit kertas, duit syiling dan sebagainya.
  4. Jangan sampai terjadi tekanan yang berlebihan yang diakibatkan oleh terjatuh, terhantuk, terhimpit ataupun tertumpuk oleh benda berat di laptop atau bateri laptop.
  5. Jangan meletakkan laptop di tempat yang boleh menjadi sangat panas, seperti di bawah terik matahari ataupun di dalam kereta yang diletakkan cukup lama di kawasan parking waktu siang hari yang panas.
  6. Basah atau terkena air adalah hal yang harus dihindari dari laptop ataupun baterinya. Meskipun nantinya ia akan mengering dan dapat berfungsi normal, circuit di dalam laptop ataupun bateri secara perlahan-lahan akan berkarat dan akan mempengaruhi tahap daya ketahanannya.
  7. Pastikan Anda memahami cara menggunakan, menyimpan dan men-charge bateri dan laptop yang telah ditulis di dalam buku manual.

Semoga tips kali ini memberi manfaat kepada kita semua.

4 comments - What do you think?
Posted by amzani - March 20, 2008 at 3:01 am

Categories: Komputer   Tags:

Runtime Error pada Windows Explorer – Cara mengatasinya

Pernahkah berlaku pada diri anda, semasa sedang sibuk menggunakan windows explorer komputer anda baik ketika sedang meng’copy’ data dan files atau membelek-belek isi folder-folder anda, tiba-tiba muncul error sehingga semua windows explorer anda terpaksa ditutup. Hal ini tentu menyebabkan anda rasa menyampah kecewa terutama sekali ketika anda sedang meng’copy’ file-file besar.

Error ini sebenarnya berlaku kerana ‘bug’ pada addon Internet Explorer anda. Untuk mengatasinya cukup mudah. Pertama sekali anda buka internet explorer. Pilih menu ‘Tools’ dan klik pada ‘Manage Add-Ons’. Cari ‘add ons FDMIECookieBHO Class’ dan disable add-ons.

Kemudian tekan OK. Tutup semua Internet dan Windows Explorer. Restart komputer anda. Selepas ini tidak akan ada lagi Runtime Error muncul di screen komputer anda. Semoga ia memberi manfaat kepada anda semua.

Be the first to comment - What do you think?
Posted by amzani - February 3, 2008 at 7:24 pm

Categories: Komputer   Tags:

Tips Cara Mematikan DVD Autoplay

Apabila anda memasukkan CD, VCD atau DVD yang didalamnya mempunyai files berbentuk audio atau video, selalunya ia akan di-’loading’ secara automatik oleh komputer anda dan file tersebut akan dibuka menggunakan program yang sesuai. Situasi ini dipanggil “Autoplay”.

DVD software sering memiliki feature automatic-loading seperti ini. Bagi saya, ia memberi satu kelebihan terutama kepada mereka yang malas kurang rajin untuk membuka satu-satu file audio atau video menggunakan program yang mereka sukai secara manual.

Jika dilihat secara logik sudah tentu menonton video melalui komputer menjadi suatu perkara yang amat mudah jika file video tersebut di-’loading’ secara automatik dan terus dimainkan di skrin komputer tanpa bersusah payah membuatnya secara manual. Bagi mereka yang kurang mahir dalam menggunakan program seperti Windows Media Player, RealOne, VLC Player atau mereka yang tidak pernah menggunakan komputer, feature autoplay ini pasti akan memudahkan mereka. Masukkan sahaja DVD dan terus tonton.

Namun, terdapat juga sesetengah pengguna yang tidak menyukai feature autoplay ini. Jika anda salah seorang daripada mereka, tips kali ini pastinya berguna buat anda. Kali ini saya ingin kongsikan tips bagaimana untuk deactivate feature Autoplay. Ikuti langkah-langkah berikut:-

    • Masukan DVD ke dalam DVD-ROM anda, tunggu sehingga file dibuka menggunakan autoplay. Setelah file dibuka, tutup program tersebut dan kembali ke tampilan komputer utama (Desktop).
    • Sekarang klik “My Computer“. Klik kanan pada DVD drive dan pilih “Properties” seperti gambar dibawah.
    • Pada Menu Window pop-up seperti tampilan dibawah, klik tab “AutoPlay
    • Dipaparan window baru membolehkan anda memilih apa sahaja program yang anda inginkan untuk memunculkan DVD movie, Audio CD atau media lainnya. Gunakan menu ‘drop-down’ untuk memilih jenis media. Sebagai contoh, saya memilih ‘DVD movie’.
    • Kemudian dibahagian “Actions“, klik ‘Select an action to perform’ dan pilih ‘Take no action’.
    • Klik butang “Apply“.

Selesai. Feature Autoplay tidak akan muncul lagi selepas ini.

1 comment - What do you think?
Posted by amzani - November 12, 2007 at 10:41 pm

Categories: Komputer   Tags:

« Previous PageNext Page »