amzanimokhtar.com

Tips Komputer dan Internet

Archive for the ‘Pelaburan Internet’


Six down, more are coming

pelaburan.jpgpelaburan2.jpg

Enam laman web telah dikenal pasti dipercayai menawarkan skim pelaburan secara haram kepada orang ramai iaitu www.abbfund.com atau abfund.us, www.cfventure.com, www. swedenfund.com, www.uebond.com, www. esuissefund.com atau www.efmf. com.pa dan www.ecashfinance.com.

Sekurang-kurangnya enam daripada 45 laman web skim pelaburan tempatan dan asing yang dikesan menjalankan aktiviti pasaran modal dan sekuriti tanpa kelulusan SC masih beroperasi seperti biasa meskipun arahan menghalang akses kepada laman-laman web itu telah dikuatkuasakan.

Didapati laman-laman web itu masih aktif kecuali www.swedenfund.com. Antara laman web yang dikesan masih beroperasi ialah www.prowealthsolutions.com, www.myshare2u.com, www.mydinar.net, www.eduit.com, www.usfunds.com, www.sunshine-empire.com dan www.simesecurities.net.

Namun, akses kepada laman-laman web itu hanya disekat dari Malaysia tetapi ia masih dapat diakses dari luar negara. Bagi saya, adalah tidak bijak untuk orang ramai terus melabur dalam skim pelaburan tidak sah ini sedangkan pihak berkuasa telah pun memberi amaran oleh bahawa pihak (pengendali laman web) itu tidak dilesenkan bagi aktiviti pelaburan sedemikian.

Memang tidak dinafikan kebanyakan orang ramai yang terjebak ke dalam skim seperti ini adalah kerana terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan kenalan atau saudara-mara. Mana taknya, dengan pelaburan AS$1,000 (kira-kira RM3,400) untuk membuka satu akaun, akaun tersebut dikatakan mampu menjana pulangan AS$2,000 dalam tempoh 100 hari. It is good to be true, isn’t it?

Dikatakan, dalam dua bulan pertama, pulangan seperti yang dijanjikan iaitu AS$20 (RM68) akan dijana sehari. Kerana terpengaruh dan ikutkan nafsu, seseorang sanggup melabur lagi dan membuka sehingga enam akaun berjumlah AS$6,000 (RM20,400). Selang beberapa bulan, keadaan tidak seperti biasa lagi kerana wang pulangan tidak dimasukkan ke dalam akaun seperti kebiasaan walaupun ia tertera dalam rekod transaksi.

Adakah anda sanggup jadi seperti ini? Pada saya, nak jadi kaya bukan senang. Bukan boleh dalam sekelip mata kecuali jika kita menipu orang. Ingatlah, duit tuh hanya daki dunia. Janganlah kita butakan mata hati kita hanya dengan melihat duit yang banyak. Hidup senang banyak duit pun tak menjanjikan bahagia. Hidup sederhana atau serba kekurangan pun tak semestinya derita sepanjang hayat. Allah yang bagi rezeki. Hanya Dia yang menentukan hidup kita derita atau bahagia. Bukan duit.

SC bertindak tegas

sc.gifsc_building.gif

Suruhanjaya Sekuriti (SC) semalam telah bertindak lebih tegas dengan memberi amaran kepada pelabur-pelabur yang terlibat dalam skim-skim cepat kaya di internet supaya mengeluarkan wang pelaburan mereka sebelum 11 Jun ini.

Selepas tarikh tersebut, semua akses ke laman web-laman web samada tempatan atau luar negeri yang mempromosikan skim2 pelaburan yang tidak pasti kesahihannya ini akan disekat..!!!!Ini bermakna semua pelabur tidak akan dapat lagi mengakses laman web-laman web tersebut malah akaun mereka juga tidak boleh di login.

SC menyatakan bahawa mereka sudah mengenalpasti 45 laman web dan 15 syarikat yang dikesan menjalankan aktiviti skim cepat kaya, pelaburan internet yang tidak sah serta pasaran modal dan sekuriti tanpa kelulusan mereka.

Masalahnya sekarang, pihak SC masih belum lagi mendedahkan senarai lengkap laman web-laman web dan syarikat-syarikat tersebut kepada umum. Hanya “mengenalpasti”. Sebelum ini mereka telah mendedahkan beberapa contoh laman web yang terlibat dalam skim-skim cepat kaya dan pelaburan internet haram ini. Ternyata contoh yang mereka berikan adalah tidak tepat sama sekali kerana WangCyber.Com dan BicaraJutawan.Com turut tersenarai dalam rekod mereka.

Ini menunjukkan mereka masih belum faham perbezaan antara orang yang berniaga menggunakan internet dengan pelaburan atau skim cepat kaya di internet. Tidak semestinya semua jenis perniagaan melalui internet boleh dikategorikan sebagai haram dan tidak sah dari segi undang2.

Bahkan WangCyber.Com dan BiacaraJutawan.Com adalah antara laman web yang paling aktif dalam memberi kesedaran kepada masyarakat terutama pengguna-pengguna internet di Malaysia tentang bahayanya skim cepat kaya dan pelaburan haram di internet ini.

Diharap pihak SC dapat menyemak dan membuat penelitian semula sebelum menuduh laman web-laman web tertentu mempromosi skim-skim dan pelaburan terlarang di internet sebelum menyekat akses ke laman web-laman web tersebut.