Etika menghantar email

Bagi majoriti pengguna internet, email merupakan salah satu medium komunikasi yang sangat penting. Email boleh dihantar dengan pantas, sepantas lima saat bergantung kepada pelayan atau ‘server’ di serata dunia. Email juga digunakan secara meluas untuk menghantar maklumat, membuat promosi, menyebar berita dan banyak lagi.
Namun, dengan email juga mampu membuat seseorang menderita dengan menerima kebanjiran “email spam”. Tidak banyak perkara yang boleh seseorang lakukan untuk menghadapi para “spammers” ini kecuali menapis email-email spam ini dan masukkan ke dalam folder bulk/junk.
Bagaimanapun, kita sebagai pengguna internet juga, harus menghindarkan diri dari melakukan perkara yang sama (spamming) jika kita tidak mahu perkara tersebut berlaku ke atas diri kita. Berikut adalah beberapa etika menghantar email yang sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan agar email kita lebih ‘bersopan-santun’ dan mampu diterima ramai :




























