amzanimokhtar.com

Tips Komputer dan Internet

Archive for the ‘Pemasaran Internet’


Google Inc. meminati Malaysia

Semalam sewaktu saya membaca akhbar Utusan Malaysia dibahagian berita Dalam Negeri, terpandang satu tajuk berita yang pada saya amat menarik. Ia mengenai kenyataan Naib Presiden Google Inc. tentang keinginan Google dalam meluaskan sayap pemasarannya di Asia Tenggara dengan memilih Malaysia sebagai kajian. Mereka membuat kajian tentang pasaran negara ini termasuk faktor bahasa, budaya dan gaya hidup serta tabiat pengguna tempatan melayari internet tempatan.

Ikuti petikan akhbar tersebut:

Google Inc. (Google), syarikat enjin carian Internet terbesar di dunia menyifatkan pasaran Malaysia semakin penting kerana negara ini merupakan pengguna kemudahannya yang terbesar di rantau Asia Tenggara.

Sehubungan itu, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Internet Google, Vinton G.Cerf berkata, pihaknya masih mencari peluang dan masa terbaik untuk meluaskan penguasaan pasaran berkenaan.

Katanya, bagi merealisasikan cadangan berkenaan, Google sedang membuat kajian tentang pasaran negara ini termasuk faktor bahasa, budaya dan gaya hidup serta tabiat pengguna tempatan melayari Internet tempatan.

”Kami telahpun memiliki operasi di negara-negara lain di Asia seperti di China dan India dan kami memang mencari peluang baru untuk meluaskan aktiviti perniagaan kami khasnya di rantau ini,” katanya pada sidang akhbar sempena Kongres Teknologi Maklumat Sedunia (WCIT 2008) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Menurut Ceft, kajian terperinci perlu kerana ia akan menjadi pemangkin kepada kejayaan syarikat untuk menguasai sesebuah negara berdasarkan kefahaman syarikat terhadap keperluan dan kemahuan pengguna Internet dan tabiat pelayaran mereka.

Katanya, tabiat pengguna melayari Internet amat berbeza daripada satu negara dengan negara lain kerana ia adalah berkaitan dengan budaya, bahasa dan kepercayaan masing-masing.

”Kadar penembusan kami di sebahagian pasaran dunia ini bergantung kepada sejauh mana kami memahami bahasa dan tabiat pengguna melayari Internet untuk memperoleh maklumat,” ujarnya.

  • Share/Bookmark

RSS sebagai medium pengiklanan

E-mail merupakan salah satu medium pengiklanan dan pemasaran digital yang paling efektif dan digemari masakini. Namun malangnya pengaruh spam telah menurunkan kadar keefektifannya.Walaubagaimanapun, masih terdapat alternatif lain yang boleh mengatasi pengaruh spam ini dari ber’maharajalela’ dalam dunia internet. Antara medium pengiklanan dan pemasaran digital lain yang masih kekal menjadi pilihan ramai ialah search engine dan google adsense.

Tetapi tujuan saya menulis kali ini bukan untuk menerangkan peranan google adsense dalam dunia pengiklanan di internet ataupun kegunaan dan fungsi search engine dalam menarik trafik ke laman web anda. Kali ini saya ingin berkongsi informasi mengenai kemudahan RSS Feed sebagai salah satu alternatif lain untuk mengiklankan perniagaan atau perkhidmatan atau apa sahaja yang boleh diiklankan di internet dan ia juga dapat mengelak dari dicemari oleh spam-spam durjana.

Saya ingin mengambil contoh dari syarikat Autodesk Inc. yang menggunakan SimpleFeed untuk mengiklankan produk mereka. Autodesk Inc. merupakan sebuah syarikat pengeluar software dan servis terbesar dan terkenal untuk design, manufacturing dan pembinaan yang diasaskan oleh John Walker, seorang rakyat Amerika. Syarikat tersebut telah membuat satu strategi pemasaran dengan menawarkan diskaun sehingga 50% bagi pengguna untuk meng’upgrade’ software mereka kepada version yang lebih terkini.

Dalam usaha mereka untuk menjayakan strategi ini, mereka telah menggunakan pendekatan RSS Feed dan ia telah terbukti berkesan. Mereka berjaya menarik sebanyak 2% pengguna dengan tawaran perkhidmatan melalui RSS sementara hanya 1.2% sahaja dari tawaran perkhidmatan melalui E-Mail.

Kemudian Autodesk Inc. telah membuat pula tawaran aplikasi percuma untuk software mereka dengan hanya melalui pendaftaran di laman web mereka. Pendekatan melalui RSS telah mendapatkan respon sehingga 12% sementara E-Mail dan pengiklanan di website utama Autodesk mendapatkan kurang dari 1%.

Mari saya terangkan bagaimana keadaan begini boleh berlaku.

Melalui RSS pengguna memilih sendiri RSS mana yang mereka ingin ikuti. Ini yang membuatkan RSS bebas dan bersih dari spam. Perkara ini juga dijamin selamat kerana bukan sebarangan syarikat yang boleh memasukkan iklan mereka ke dalam sebuah RSS tanpa pengetahuan pemilik RSS tersebut. Tentu sebuah syarikat yang membuat RSS khusus untuk produk mereka tidak mungkin mencemari nama baik mereka sendiri dengan menaruh spam dalam RSS mereka.

RSS Feed juga memberikan bantuan bagi apa sahaja jenis perniagaan termasuk yang tidak berhubungan dengan dunia IT untuk membuat RSS. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan RSS atau nak tahu apa sebenarnya RSS ini boleh lah klik di link berikut. Apa itu RSS?

  • Share/Bookmark
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes