amzanimokhtar.com

Tips Komputer dan Internet

Archive for the ‘Permainan’


15 Laman Web Games Online

Setiap hari purata saya melihat skrin komputer adalah selama 12 jam. 7 jam dipejabat dan 5 jam dirumah. Huishhh… lama juga tu yer… berpinau juga mata ni dibuatnya.

Tapi nak buat macam mana, dipejabat saya sibuk menggunakan komputer untuk mendesign komponen-komponen mekanikal menggunakan perisian Pro Engineer. Namun dirumah pula selain dari menguruskan perniagaan online, saya akan meluangkan masa dengan bermain games terutama sekali pada hari hujung minggu. Hohoho…..

Anda suka bermain games? Saya selalu bermain games online di internet. Saya akan memperuntukkan 3-4 jam untuk membereskan kerja-kerja “Internet Marketing” saya seperti update blog-blog/website-website adsense, memeriksa jualan dan menghantar produk-produk kepada pelanggan, membaca dan menjawab email-email pelanggan serta melakukan promosi.

Jadi jika ada balance 1-2 jam saya akan gunakan untuk bermain games di internet. Sekadar suka-suka untuk relaxkan kepala yang penat. Saya akan memilih games yang sesuai dengan citarasa dan kegemaran saya. Bukan games perang yang heavy-heavy tu.

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda laman-laman web games yang boleh didapati secara percuma, seronok dan menyenangkan sesuai untuk mereka yang inginkan kerehatan otak.

Mungkin anda perlukan install beberapa perisian seperti Active X, Java atau Flash player Adobe bagi membolehkan anda bermain sesetengah games namun jangan risau. Semuanya boleh didapati secara percuma di internet.

Berikut adalah antara laman-laman web games yang popular. Walaupun kini AOL Games sudah bergabung dengan Pogo.com, tetapi keduanya masih memiliki laman web masing-masing.

1. AOL Games
2. MSN Games
3. Pogo.com
4. Yahoo Games

Kedua-dua permainan ini sangat menarik. Saya akan membuka laman web ini sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Trapped! dan Perfect Pizza.

5. OneMoreLevel.com

“A new addictive flash game every weekday, or your money back” itulah slogan bagi laman web ini. Permainan-permainannya berbeza berdasarkan kategori seperti Action, Classics, Puzzle dan lain-lain. Salah satu permainan adalah Sushi Go Round, dimana anda harus menyajikan pesanan sushi dari pelanggan di sebuah bar sushi.

6. Shockwave

Shockwave.com memiliki koleksi games berasaskan web yang percuma dan dapat didownload. Sebahagian daripada games tersebut merupakan versi web dari game desktop yang popular. Anda mungkin dapat mencubanya seperti Bounce Out.

7. Every Video Game

Di sini anda boleh bernostalgia dengan memainkan ratusan game klasik dari Nintendo (NES), Sega dan Gameboy, dan memainkan semuanya dari browser anda dengan Java 1.5. Walaupun kualiti gambar dan suaranya tidak terlalu baik dan anda tidak akan menemukan judul-judul besar seperti Legend of Zelda atau Mario Brothers, tetapi masih banyak judul lainnya yang cukup menarik perhatian seperti Double Dragon, Ultima Exodus dan Wizards and Warriors.

8. 1980-games.com

Web games ini juga menawarkan game-game klasik dari NES dan arcade. Anda boleh bermain Donkey Kong, Galaga dan Ms. Pacman. Kualiti emulator dan suaranya lebih baik daripada Every Video Game. Jumlah koleksinya tidak sebanyak Every Video Games, tetapi web ini memiliki banyak link ke web-web game lainnya. Jangan lupa untuk menandakan extension /us di alamatnya, kerana jika tidak maka anda akan mendapatkan web ini dalam bahasa Perancis.

9. Runescape

Jika World of Warcraft terlalu mahal untuk anda maka cubalah Runescape, sebuah multiplayer online RPG percuma yang menarik. Dengan kos penyertaan US$5 sebulan, anda akan mendapat akses ke kandungan yang lebih banyak, tapi versi percumanya saja sudah lebih dari cukup dan telah menarik 10 juta pendaftaran. Disini anda boleh melakukan banyak perkara bermula dari memasak sehinggalah kepada membuat senjata dan pertarungan.

10. Planarity

Anda tidak perlu menjadi seorang genius dalam matematik untuk bermain puzzle game ini. Planarity kelihatan sangat mudah untuk dimainkan ketika anda bermula dengan 6 titik. Tetapi apabila level permainan mula meningkat, anda mungkin akan menghabiskan waktu yang lebih lama untuk menyelesaikan setiap puzzlenya.

11. Brettspielwelt

Brettspielwelt adalah perkataan Jerman yang bermaksud “Board Game World”. Di sini tidak ada Monopoly atau Clue, koleksi gamenya tidak terlalu komersil dan lebih kontempori. Anda boleh menemui judul-judul popular seperti Carcassonne, Backgammon dan Go. Gamenya akan berjalan lebih lancar jika anda download dan install Java. Pada tutorialnya anda dapat menemui cara untuk mengubah bahasa kepada English.

12. ISketch

Sebuah game di mana sekelompok pemain harus meneka kata atau kalimat yang digambarkan oleh salah seorang pemain yang lain. Game ini secara simbolik memberikan tugas menggambar dan anda akan tahu jika giliran anda tiba ketika muncul suatu alat menggambar berserta kata atau kalimat yang harus anda gambarkan. Anda akan mendapatkan point jika berhasil meneka gambar yang sedang digambarkan oleh pemain lain dan ketika orang lain berhasil meneka gambar anda. Setiap game dilakukan dalam sebuah ruangan masing-masing yang boleh memuatkan 10 pemain. Ada ruangan untuk pelbagai bahasa dan topik seperti filem atau lagu.

13. GameTap

Ini bukanlah sebuah web untuk game online, melainkan web ini untuk mendownload game-game besar PC lama, yang dulunya harus anda beli dalam CD atau DVD jika anda ingin memainkannya seperti BloodRayne, Bust-a-Move, Myst atau Root Beer Tapper. Untuk menggunakan web ini anda harus mendaftar terlebih dahulu dan mendownload sebuah aplikasi player yang membantu GameTap menjaga hak legal dari tajuk game yang bersangkutan, misalnya jika anda download Myst (disini disebut realMyst) dengan percuma, maka anda hanya akan boleh memainkannya sehingga 31 Disember. Tidak semua game disini percuma untuk didownload dan ukuran downloadnya juga besar, dapat mencapai ratusan megabytes.

14. BoxerJam

BoxerJam bukanlah web paling menarik di web, apatah lagi terdapat banyak iklan yang mereka tampilkan. Tetapi tidak dapat disangkal bahwa laman ini memiliki koleksi game multiplayer yang sangat menarik yang boleh membuatkan anda ketagihan. Dalam Strike a Match anda akan diberikan 6 atau 9 nama atau kata di mana anda harus klik 2 atau 3 kata yang termasuk dalam kelompok yang sama. Sedangkan dalam Out of Order, anda bersaing dengan pemain lain dalam menyusun kata sebelum waktunya tamat.

15. Moola

Disini anda boleh memenangi hadiah wang dengan berlawan dengan pemain lainnya. Caranya seperti ini: anda mula dengan 1 sen yang diberikan Moola, kemudian anda perlu cuba menggandakannya dengan bermain sebuah game melawan pemain lain yang juga hanya memiliki 1 sen. Pemenangnya kemudian akan bermain melawan peserta lain yang juga memiliki 2 sen dan seterusnya. Jika anda kalah maka anda harus memulai lagi dari 1 sen. Untuk mengikuti permainan ini, anda perlu di-invite dan anda boleh memintanya ke Moola. Permainannya tidaklah banyak, hanya ada 3 permainan, iaitu 2 permainan daun terup dan satu lagi permainan kertas-gunting-batu.

Game Percuma Lainnya Yang Boleh Didownload
And Yet It Moves
Flow
Warning Forever
Rrootage
Astro Battle 2
Scorched 3D

Selamat mencuba……..!!!!!

  • Share/Bookmark

Sock and Awe – Trafik Paling Tinggi Dalam Masa Beberapa Hari Dilancarkan

Permainan komputer paling cepat direka dan laman webnya mendapat trafik paling tinggi dalam masa beberapa hari sahaja selepas ia dicipta. Anda tentu terbaca berita terbaru di akhbar-akhbar arus perdana mengenai isu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama George W Bush dibaling dengan kasut semasa sidang akhbar ketika lawatannya ke negara yang telah dihancurkannya Iraq baru-baru ini. Muntadar Al-Zeidi, seorang wartawan Iraq telah membaling sepasang kasut ke arah Presiden AS itu semasa lawatan perpisahan beliau ke negara berkenaan, Ahad lalu (14 Dec 2008).

Akibat daripada isu tersebut, satu permainan komputer di Internet yang diilhamkan daripada insiden tersebut telah dilancarkan. Ianya satu permainan yang sangat simple tetapi menarik. Permainan yang digelar Sock and Awe itu dilancarkan oleh seorang rakyat Britain, Alex Tew menerusi laman web Sock and Awe! dan setakat ini dikunjungi oleh lebih 1.4 juta pengunjung.

Nama permainan itu diambil sempena nama kempen ketenteraan Amerika Syarikat untuk menggulingkan Presiden Saddam Hussein pada 2003 iaitu Shock and Awe. Dalam permainan tersebut, pemain diberi masa 30 saat untuk menyasarkan balingan terhadap Bush sebelum ia bersembunyi di sebalik rostrum.

Anda boleh melayari laman web dibawah untuk melepaskan geram anda bermain permainan tersebut. Awas, trafik ke laman web tersebut terlalu tinggi. Ia mencapat sehingga 1 juta hits sehari. Jika anda mempunyai talian internet yang agak lembab, tunggu waktu malam. Mungkin trafik slow sedikit time tu.

1. http://www.sockandawe.com/

2. http://bushbash.flashgressive.de/

Selamat bermain…!!!!

  • Share/Bookmark

Uji kecekapan anda dalam dunia perniagaan

typhoon_1.jpg

RAMAI yang mungkin bercita-cita untuk membina empayar perniagaan terkenal dan meraih pulangan lumayan sehingga mampu hidup tanpa bergantung dengan sesiapa (financial freedom). Namun, tak semua orang mampu melakukan sedemikian. Ada sahaja faktor yang menghalang seseorang untuk menggapai apa yang dicitakannya. Mungkin sebab kurang modal, kurang pengalaman atau salah atur strategi. Atau takut terima risiko.

Jika anda nak tahu setakat mana kemampuan anda dalam bidang perniagaan, anda boleh cuba simulasi yang dibangunkan Cat Daddy Games iaitu Mall Tycoon 3, satu permainan yang menguji kecekapan untuk menguruskan pusat membeli-belah.Ini adalah edisi ketiga siri ‘Mall Tycoon’ yang diilhamkan melalui rangkaian permainan berasaskan pembinaan empayar perniagaan seperti ‘Zoo Tycoon’ dan ‘RollerCoaster Tycoon’ yang begitu popular pada awal 2000 lalu.

Macammana nak main permainan ni? Sebagai permulaan, anda diberikan AS$20,000 dengan pilihan untuk membuka pusat beli-belah di tengah bandar, pinggir bandar atau di pinggir pantai. Bagaimanapun, anda boleh membuat pinjaman bank dengan had pinjaman AS$25,000 jika bercadang untuk meluaskan tapak pusat beli-belah terbabit. Di sinilah kebijaksanaan anda akan diuji untuk menggunakan dana sedia ada bagi tujuan pelaburan dengan membina pelbagai kedai di dalamnya seperti kedai muzik, restoran, butik atau kedai serba guna.

Sebagai pemilik pusat beli-belah, anda berhak menentukan kadar sewaan kedai terbabit dan risiko yang perlu ditanggung terletak kepada sejauh mana sambutan yang diberikan terhadap kedai berkenaan selepas ia disewakan. Yang menariknya, anda boleh memilih reka bentuk gerbang pusat beli-belah terbabit, memilih kombinasi warna yang sesuai untuk dinding setiap kedai terbabit, memilih susun letak kedai dan keluasan yang diperlukan bagi pusat beli-belah tersebut.

typhoon.jpg

Pada masa yang sama, anda perlu mengambil kira keperluan asas yang perlu ada dalam setiap pusat beli-belah seperti tandas awam, tong sampah dan bangku. Selain itu, terdapat pilihan untuk anda menghias pusat beli-belah berkenaan contohnya seperti meletakkan pasu bunga besar, air terjun hiasan dan papan tanda bagi memikat pengunjung. Simulasi ini dilengkapi dengan cabaran yang biasa dihadapi kepada setiap pemilik pusat beli-belah seperti ancaman kumpulan pemuda nakal yang merompak kedai atau melakukan vandalisme, sikap pengunjung yang tidak menjaga kebersihan selain kerosakan kemudahan asas pusat beli-belah itu. Justeru, anda perlu mengambil beberapa pekerja bagi menangani masalah yang sering berlaku itu.

Adalah penting untuk mempunyai pengawal keselamatan, mekanik dan pencuci bagi menyelia sebarang bentuk masalah yang datang. Uniknya permainan ini, setiap pekerja ini boleh diberikan kursus bagi memastikan mereka menepati piawaian yang ditetapkan. Justeru itu, jika anda ‘kedekut’ untuk mengeluarkan wang bagi mereka menjalani kursus, pekerja ini hanya menjalankan tugas secara sambil lewa.

Selain itu, tidak lengkap jika pengurusan sesebuah pusat beli-belah itu tidak disertai dengan aktiviti promosi bagi meningkatkan daya saingnya sekali gus menarik pengunjung untuk datang membeli-belah di situ. Anda boleh rancang aktiviti promosi sama ada melakukannya di media cetak, radio atau televisyen, segala-galanya bergantung kepada dana yang dimiliki dan kesesuaiannya mengikut bulan tertentu. Sebagai contoh, jika anda bina pusat beli-belah anda di pesisir pantai, anda perlu menggandakan promosi pada musim panas kerana pada waktu itulah pusat beli-belah anda akan menjadi tumpuan pelancong.Bagi melengkapkan keseronokan pengunjung, anda boleh anjurkan pesta bermusim seperti pada perayaan hari krismas, anda boleh mengadakan kempen beli-belah bagi menggandakan jumlah pengunjung pada waktu berkenaan.

Simulasi ini bertambah menarik kerana bagi setiap kesukaran yang berjaya ditempuhi, anda akan mampu membuka kunci bagi mendapatkan kedai yang lebih menarik sebagai contoh pembukaan panggung wayang dan pusat bowling. Jika perlukan lebih cabaran, anda boleh mencuba ‘mode’ objektif kerana melaluinya, anda akan dicabar dengan pelbagai objektif yang perlu dilepasi bagi menuju sasaran berikutnya.

Secara keseluruhannya, permainan ini mampu membina kekuatan pengurusan kewangan anda selain menguji daya kreativiti dan ketahanan mental, terutama dalam menghadapi kerenah pengunjung yang pelbagai. Ia memang menyeronokan. Anda takut dengan risiko, permainan ini sesuai untuk melatih anda untuk berhadapan dengan segala risiko dalam dunia perniagaan. Sekurang-kurangnya, jika anda gagal, anda hanya gagal dalam sebuah permainan di dunia cyber. Kegagalan dalam permainan ini mungkin boleh dijadikan pengalaman berguna untuk anda mengharungi perniagaan sebenar di dunia nyata.

Anda boleh mendownload permainan ini disini.

  • Share/Bookmark
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes