amzanimokhtar.com

Tips Komputer dan Internet

Archive for the ‘Teknologi’


10 Teknologi Idaman Masa Depan

Lama juga saya tidak meng’update’ blog kesayangan saya ni. Sibuk dengan kerja-kerja harian. Namun dalam kesibukan tersebut, macam-macam juga yang terkeluar kat kepala ni tentang komputer, internet dan dunia cyber.Terlintas juga di fikiran apakah produk atau teknologi yang akan menjadi pengaruh besar dunia di masa akan datang? Pada saya, terdapat beberapa produk dan teknologi masa depan yang dianggap sangat menarik jika ia mampu menjadi kenyataan. Produk-produk ini tidak mustahil untuk dicipta kerana 500 tahun dahulu tidak pernah terfikir oleh manusia bahawa besi boleh terapung di langit. Tetapi sekarang ia tidak lagi menjadi sesuatu perkara yang ajaib.

USB Stick berkapasiti 100 Terabyte
Di zaman serba mobile seperti sekarang, para pengguna menginginkan semua pekerjaan mampu dilakukan secara mudah dan ringkas. USB Stick berkapasiti 100 Terabyte menjadi salah satu produk yang diimpikan di masa akan datang. Bayangkan bagaimana jika USB berkapasiti 100 Terabyte atau 100 000 GB (1 Terabyte: 1000 GB) ada di saku anda! Anda mampu membawa seluruh data yang diinginkan. Produk ini berpotensi untuk menjadi kenyataan dengan adanya penelitian tentang kemungkinan penggunaan protein sebagai salah satu cara penyimpanan data.

Penterjemah Universal
Sebuah alat kecil yang mampu menterjemahkan semua bahasa didunia secara cepat juga merupakan salah satu alat yang diinginkan di masa depan. Banyak perkara telah dilakukan untuk mewujudkan produk ini, terutama oleh tentera. Namun, masih memerlukan waktu yang panjang untuk mencipta teknologi seperti ini.

Alat alternatif bagi bateri
Teknologi bateri sebagai satu sumber tenaga tidak banyak berubah sejak pertengahan tahun 1800-an. Bayangkan laptop yang dipenuhi teknologi canggih dan moden masih menggunakan bateri sebagai salah satu sumber tenaga. Dengan daya tahan yang boleh dikatakan sekejap dan memakan waktu yang lama untuk dicas semula, teknologi canggih pengganti bateri seharusnya segera dibuat. Mungkin suatu hari nanti laptop dan komputer boleh menggunakan kuasa mini nuklear. Penggunaan uranium untuk menjana tenaga nuklear dipadatkan sekecil 1/10 bateri jam tangan. Jika ia mampu menjadi kenyataan, laptop atau komputer mampu memiliki sumber tenaga infiniti.

Dunia Virtual yang Nyata
Dunia virtual seperti dalam game Second Life memang memudahkan. Namun, dunia virtual seharusnya diciptakan tidak jauh beza dari dunia nyata, misalnya seperti dalam film The Matrix, filem tentang dunia maya. Berbicara tentang ‘The Matrix’, ada bahagian dimana manusia mampu menguasai karate tahap tertinggi dalam jangkamasa yang singkat. Mungkinkah tercipta teknologi dimana kita mampu melakukan segala sesuatu yang tidak mungkin kita lakukan dengan mentransfer data secara cepat? Teknologi seperti ini termasuk yang diinginkan di masa depan.

Teknologi Kawalan Fikiran
Mungkin anda menganggap teknologi ini hanya khayalan. Namun dalam penelitian baru-baru ini, seorang manusia cacat mampu menggerakkan mouse hanya dengan fikirannya.

Transportasi Lebih Cepat
Kemajuan teknologi kenderaan tidak banyak terjadi selama 30 tahun terakhir. Tranportasi seperti ‘pintu ke mana saja’ milik Doraemon mungkin hanyalah mimpi. Namun, manusia diharapkan dapat membuat teknologi yang mampu meningkatkan kecepatan perjalanan sampai dua kali ganda berbanding sekarang.

Komputer Dengan Kecerdasan Artificial
Kecanggihan komputer memang membangun begitu pesat. Namun manusia masih perlu menunggu lama untuk mencipta komputer yang dilengkapi kecerdasan artificial atau kecerdasan buatan yang menyerupai tingkat kepandaian manusia sepertimana yang kita lihat dalam kebanyakan movie-movie hollywood.

Teknologi Nano
Ketika ini, manusia berada di tahap awal pembangunan Teknologi Nano. Ada kemungkinan bahawa di masa akan datang, teknologi ini mampu menyembuhkan penyakit manusia. Perlu diingat teknologi ini juga berupaya menyebarkan penyakit ataupun menghancurkan sebuah negara. Diharapkan, hal-hal yang negatif sebegini tidak terjadi.

Teknologi penyembunyi identiti
Teknologi moden zaman sekarang menyediakan banyak perkara yang memberi kesenangan kepada manusia. Namun kerana teknologi juga, privacy dan ‘anonymity‘ manusia terjejas. Teknologi pada masa depan yang diidamkan berupa sesuatu yang mampu membuat anda benar-benar tidak terlihat dari kamera tersembunyi atau CCTV, GPS dan juga teknologi lanjutan yang membuatkan privacy semakin sulit dijaga.

Mungkin anda juga mempunyai beberapa idea yang terlintas difikiran tentang teknologi-teknologi idaman anda dimasa hadapan. Boleh kita kongsikan bersama….

  • Share/Bookmark

JBMail: Semakan email portable

JBMail merupakan sebuah program portable ‘Free Trial’ yang dapat menyimpan email didalam flashdisk atau thumbdrive dan ia mampu digunakan untuk memeriksa e-mail anda di mana saja anda berada.E-mail boleh dibuka pada bila-bila masa dan di mana sahaja, asalkan anda mengetahui alamat POP3 dari server e-mail anda. Banyak program-program e-mail client yang boleh melakukan perkara tersebut. Namun, biasanya program-program tersebut berharga mahal dan setting yang mesti anda lakukan juga cukup panjang. Tapi masalah anda boleh diatasi dengan tool kecil JBMail dari www.pc-tools.net.

jbmail-inbox-sm.jpg

Tool ini selain bersaiz kecil, ia juga sangat mudah digunakan. Selain itu, tool ini mudah dibawa ke mana-mana dan mudah dipindahkan ke komputer lainnya kerana tool ini tidak perlu diinstall ke dalam sistem. Anda dapat memeriksa e-mail setiap saat melalui komputer yang berbeza-beza, asalkan komputer yang anda gunakan disambung kepada Internet.Dari paket zip yang anda download, hanya file JBMail saja yang anda perlukan. Jalankan file “JBMail.exe” tersebut, kemudian isi alamat POP3, username, dan password e-mail anda. Tekan “OK” dan tool dengan cepat akan menampilkan e-mail anda.

(more…)

  • Share/Bookmark
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes