amzanimokhtar.com

Tips Komputer dan Internet

Archive for the ‘Umum’


10 Laman Web Yang Boleh Menghilangkan Bosan di Pejabat

Amaran KERAS:

Tips yang akan dikongsikan dalam post ini bukan bertujuan untuk menggalakkan anda “mengulo” di pejabat.

Anda dinasihatkan untuk membuka laman-laman web ini ketika waktu makan tengahhari ataupun diluar waktu bekerja sahaja. Tips ini boleh menghilangkan bosan di pejabat, bukan menghilangkan bosan ketika bekerja di pejabat. Beza tu… hehe :D

Penulis tidak akan bertanggungjawab jika berlaku situasi dimana anda dimarahi oleh boss anda atau anda disuspended oleh majikan anda atau anda dibuang kerja kerana membuka laman-laman web yang didedahkan dalam blog ini. (Apa-apa hal, sendiri tanggung aaaaa…sapa soh tak dengar cakap)

——————-

Mungkin kita sering kali terasa sangat bosan sepanjang hari berada di depan komputer, mungkin kerana memang takde kerja atau mungkin kerana malas takde mood nak bekerja. Jadi, daripada mengelamun kosong, membuka Facebook atau mengacau awek-awek mengganggu teman-teman disebelah meja anda, anda boleh cuba beberapa laman web di bawah ini untuk mengisi waktu lapang anda “di pejabat”.

Emmm… anda digalakkan untuk menggunakan head phone atau ear phone sebelum membuka laman-laman web berikut jika tidak mahu surat pemecatan jawatan dihantar ke meja anda selepas ini.

Berikut adalah laman web yang dimaksudkan:

Horse Quartet
Sebuah kuartet kuda yang aneh, lucu dan menarik di mana mereka boleh diaktifkan secara individu atau berkumpulan untuk menyanyikan lagu-lagu yang mampu menggelikan hati. Dengan berbagai kombinasi dalam laman web ini, anda boleh menghabiskan beberapa jam tanpa harus berfikir sambil menikmati hiburan yang diberikan. “Kerja murni” ini direka khas untuk membuang waktu anda sekurang-kurangnya sehingga anda mendapat tugasan lain dari boss anda. ;)

Bubble Wrap Heaven
Bagi anda yang suka memecahkan belon-belon pada plastik pembungkus (bubble wrap), pasti anda akan menyukai laman web ini. Skrin monitor anda boleh menjadi satu plastik pembungkus raksasa yang dapat memuaskan kehendak nafsu dan keinginan anda untuk memecahkan  gelembung-gelembung udara yang dipaparkan. Bagaimana jika habis? Hanya tekan “fresh sheet” dan mulakan sekali lagi “hobi” baru anda ini. Tanpa perlu menggunakan otak, anda boleh menikmati kesenangan tiada penghujungnya di pejabat.

Teddy Bear Tower
Dekatkan kursor mouse anda pada para beruang-beruang lucu tersebut. Ia akan berjatuhan dan melompat-lompat lagi secara berulang-ulang. Dijamin sangat membuang waktu anda di pejabat.

Converter
Salah satu cara lain lagi untuk membuang-buang masa, tetapi berguna. Laman ini memungkinkan anda untuk meng-convert segala jenis unit kiraan ke dalam unit kiraan yang lain. Mungkin sangat menarik untuk mengetahui berat badan atau tinggi anda dalam kiraan yang aneh. Contohnya, berat badan saya bersamaan dengan 6 biji microwave oven… OHHH…!!!! (Berat sangatkah saya ni???) :P

Screaming Beans
Mula-mula terdapat satu tin yang penuh dengan baked bean. Klik pada tin tersebut untuk meledakkannya. Mungkin kacang-kacang tersebut kurang selesa. Satu kacang mulai berteriak keras. Cuba klik pada kacang tersebut. Lihat apa yang berlaku. Hati-hati, kerana semakin lama kacang tersebut semakin pandai dan bergerak semakin cepat.

Zombo
Laman web yang sangat sesuai dan sempurna bagi anda yang telah bekerja setengah mati seharian di pejabat. Jangan buka melainkan anda betul-betul boring dipejabat :P

Soothing Origami
Sebuah idea yang bebas dari penggunaan kertas. Mungkin idea ini boleh memberi menyelesaikan masalah anda bagaimana untuk menguruskan kertas-kertas bekas yang berserakan di pejabat anda? Salah satu jalan penyelesaiannya adalah “origami” (seni melipat kertas dari Jepun). LAman web yang menakjubkan ini akan membimbing anda untuk belajar origami bermula dari asas yang paling mudah sehingga level yang paling sulit. Sekurang-kurangnya ketika pulang ke rumah anda boleh tunjukkan hasil karya anda kepada keluarga terutama isteri/suami dan anak-anak anda. :)

Design a Flower
Jika origami tidak menarik perhatian anda, mungkin seni me-rekabentuk bunga anda sendiri boleh menjadi alternatif.  Laman web ini membolehkan anda untuk menciptakan kombinasi bunga anda sendiri dan mengirimkannya kepada orang lain.

Destroy the Internet
Buka mana-mana laman web yang anda benci tak suka dan hancurkan laman web tersebut dengan pelbagai alat yang tersedia. Anda boleh memilih bermula dengan serangan serangga sehingga kepada serangan dinosau serta memotong-motong laman web tersebut dengan gergaji eletrik. Dijamin terdapat banyak alat-alat yang tersedia membuat anda dapat menghabiskan waktu anda untuk mencubanya satu per satu.

The Idiot Test
Laman web ini memerlukan waktu yang lama untuk diselesaikan kerana:

1. Ia sangat banyak soalan untuk dijawab.

2. Jika anda melakukan satu sahaja kesalahan, maka anda harus mengulang kembali dari awal.

SELAMAT MENCUBA…!!!!!

  • Share/Bookmark

Ramadhan Al-Mubarak

Kita sudah 2 hari selesai menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Dan tahun ini adalah tahun ke-7 saya menunaikan ibadah puasa diluar negara. Tahun ini juga insyaAllah (jika dipanjangkan umur) saya bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri buat kali ke-7 berturut-turut tanpa keluarga tercinta. Sedihnya… oh!

InsyaAllah tahun depan saya berazam untuk pulang menyambut Hari Raya di tanahair. Tahun ini tak dapat balik kerana terpaksa memberi komitmen kepada kerja. Cuti tahunan pun dah habis kerana saya telah menggunakannya sewaktu pulang ke Malaysia pada bulan Mac dan April yang lalu.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam yang membaca blog saya ini. Moga di bulan Ramadhan ini, kita sama-sama mempertingkatkan ketaatan kita kepada segala perintah Allah SWT mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Beberapa hari lagi saya akan sambung memberikan post-post menarik berkenaan dengan rahsia dunia internet…. Selamat berpuasa sekali lagi…

  • Share/Bookmark

Selamat Datang 2008 dan Wajah Baru

Tiga bulan terakhir tahun 2007 merupakan saat yang paling sibuk dalam hidup saya. Banyak perkara baru terjadi dan ia secara tidak langsung telah mengubah lifestyle gaya hidup saya kepada sesuatu yang belum pernah saya alami selama ini. Tidak terkejar rasanya untuk membuat semua perkara membuatkan blog ini sepi tanpa sebarang tips dan berita terkini. Cuma saya sempat seketika menulis satu dua post pada bulan oktober dan november, namun pada bulan december yang lepas, tiada sebarang post ditulis. oohh…. maaf kepada para pembaca yang setia mengikuti perkembangan blog ini.

Tahun 2008 telah memberi sinar baru dan azam yang segar kepada saya dan saya percaya anda juga begitu. Memasang azam baru setiap kali menjelangnya tahun baru memang mudah tetapi untuk meneruskan keazaman tersebut sehingga ke akhir tahun adalah suatu perkara yang amat sukar. Namun setiap perkara harus bermula dengan langkah pertama. Dan langkah pertama tersebut adalah dengan memasang azam…hehehe…

Jadi azam saya pada tahun 2008 ini adalah untuk menghidupkan dan memeriahkan blog ini serta akan menyediakan tips, berita dan post yang segar lagi terkini untuk tatapan pembaca setia sekelian. Jadi untuk menjayakan misi tersebut, saya akan meng’update’ blog ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Saya telah menyiapkan bahan-bahan yang padat dengan info terkini bagi mereka yang dahagakan tip-tip mengenai dunia internet.

Diharap anda semua terus setia bersama saya dan kepada sesiapa yang belum mendaftar sebagai subscriber RSS Feed diblog ini, saya syorkan anda melakukannya sekarang.

  • Share/Bookmark
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes