amzanimokhtar.com

Tips Komputer dan Internet

Archive for the ‘Yahoo Messenger’


Tips menampilkan status online/offline Yahoo Messenger di blog anda

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana untuk menampilkan status offline/online Yahoo Messenger di blog atau laman web anda. Sebelum itu, baik saya terangkan dahulu bagaimana ia berfungsi.

Pernahkah anda lihat ikon seperti dibawah?

Jika pengunjung melihat ikon tersebut blog atau laman web anda, mereka boleh mengetahui anda sedang online atau offline di Yahoo Messenger. Jika anda online, mereka boleh terus klik pada ikon tersebut dan berinteraksi dengan anda. Ini akan dapat menjalinkan hubungan yang erat antara anda dan pengunjung anda.

Bagaimana untuk membuatnya?

Begini. Copy code dibawah dan pastekan di sidebar blog anda. Atau pastekan dimana-mana bahagian yang anda suka di laman web anda. Tukarkan tulisan yang berwarna merah dengan Yahoo ID anda.

Selamat mencuba….

Terjemahan Al-Quran di Yahoo Messenger

Kini, Yahoo Messenger (YM) bukan sahaja berfungsi hanya sebagai medium interaksi antara netter, malah bagi mereka yang beragama Islam, anda juga boleh menggunakan Yahoo Messenger untuk mencari terjemahan Al-Quran dan Hadith Nabi SAW. Bagaimana caranya?

Ikuti cara berikut:


  • Klik ikon ‘add a contact’, kemudian pada kolum yang disediakan, taip ‘quran.noble’. Masukkan ‘quran.noble’ ke dalam senarai contact anda. Ikut arahan seterusnya seperti biasa.

    addym.JPG

  • Buka dialogue box bagi ‘quran.noble’ dan taip “help” utk demo dan keterangan lanjut.

  • Saya berikan beberapa contoh bagaimana anda boleh mendapatkan terjemahan Al-Quran dalam pelbagai bahasa.

    Contoh : Untuk mendapatkan terjemahan Al Fatihah ayat 1 hingga 3
    Taip ‘Quran 1:1-3 MY’ (”my” = b.malaysia, “id” = b.indonesia, ‘en’ = english etc — ada diterangkan dlm “help”)



Mudah bukan..? Semoga dengan keterangan yang serba ringkas diatas, kita semakin mudah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan semakin mengerti akan kandungan firman-Nya.

Tambahan : Sebenarnya, banyak lagi kemudahan boleh didapati seperti glosari, cari Hadith-hadith dan lain-lain. Insya-Allah, bermanfaat utk semua…