amzanimokhtar.com

Tips Komputer dan Internet

Archive for the ‘Youtube’


Youtube akan memperkenalkan tontonan video filem berbayar

Bermula 22 Januari 2010, YouTube akan memperkenalkan  satu daya tarikan terbaru dengan menyediakan perkhidmatan penyewaan video filem pawagam.

Sebagai percubaan pertama, perkhidmatan terbaru YouTube ini bertujuan untuk mempromosikan filem-filem yang akan dipertontonkan pada Festival Filem Antarabangsa Sundance di Park City, Utah, Amerika Syarikat.

Percubaan berani  Youtube dalam memperkenalkan perkhidmatan berbayar ini diharapkan dapat memancing lebih banyak studio-studio filem terkenal menyewakan filem-filem produksi mereka melalui YouTube.

Sudah tentu YouTube sudah memperkirakan langkah ini sebagai satu sumber yang akan memberikan pendapatan besar terutamanya melalui jualan ruangan pengiklanan di laman web mereka selain dari komisen bagi setiap keuntungan yang diperolehi dari studio filem melalui penyewaan video mereka di Youtube.

Buat masa ini hanya terdapat lima filem perdana yang disewakan YouTube berharga $3,99 sejam untuk 48 jam masa tontonan. Filem-filem tersebut ialah “The Cove”,  “Bass Ackwards”,  “One Too Many Mornings”,  “Homewrecker” dan “Children of Invention”. Para pengelola studio filem boleh mengatur harga sewaan yang mereka inginkan dan dibenarkan meletak filem mereka di Youtube selama sehingga 90 hari.

Para penganalis filem menilai bahawa melalui perkhidmatan ini menandakan YouTube telah mencetus satu evolusi baru setelah lebih sedekad penubuhan mereka dari sebuah laman web yang menawarkan penayangan video secara percuma kepada sebuah laman web video berbayar.

Jika Youtube berjaya dalam percubaan mereka ini, sudah pasti ia akan memberi impak yang amat besar kepada syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan penyewaan video berbayar terutamanya  Netflix.com dan LoveFilm.com, antara syarikat penyewaan video online terbesar dunia.

YouTube ada menyebutkan bahawa pihaknya akan membezakan video yang disewa untuk memenuhi permintaan pengguna dengan yang tidak. YouTube masih menyediakan perkhidmatan alternatif yang akan digunakan oleh para pembikin filem kecil yang ingin menayangkan filem mereka tanpa kehadiran iklan.

Buat masakini Youtube sedang dalam proses untuk menyiarkan filem premier box-office terbaru iaitu – Avatar arahan James Cameron.  Selain itu juga, dalam waktu dekat YouTube dikhabarkan akan menyiarkan kejohanan  olahraga dunia yang akan disiarkan secara langsung – pertama kali dalam sejarah penubuhan Youtube menyiarkan rancangan secara langsung.

  • Share/Bookmark

Youtube menyediakan video kuliah online

Tahukah anda bahawa dalam tempoh 10 tahun lagi, para pelajar dan penuntut institusi pengajian tinggi mungkin tidak perlu lagi bersusah payah untuk pergi ke kelas atau kuliah untuk belajar. Pelbagai pihak dari institusi pengajian tinggi seluruh dunia kini sudah mula bekerjasama antara satu sama lain dengan menyediakan video pembelajaran secara online di internet.

Dan Youtube telah dijadikan platform utama dimana pihak institusi pengajian tinggi boleh memaparkan video-video kuliah dan kelas mereka disana. Youtube pula telah menyediakan sebuah channel khas iaitu “Youtube EDU” untuk menghimpunkan kesemua video-video pembelajaran ini didalam satu tempat bagi memudahkan carian para pengguna internet.

Ketika ini sudah lebih 100 institusi pengajian tinggi termasuk Stanford Uni, MIT, Harvard Uni, University of Yale dan UC Berkeley telah mula menawarkan video-video kuliah dan kelas di Youtube EDU dan ia dibahagikan mengikut kelas pengajian serta jurusan masing-masing seperti kejuruteraan, pengurusan perniagaan, fizik, kimia, art, perakaunan, undang-undang dan pelbagai lagi.

Pengurus Perkongsian Strategik Youtube, Obadiah Greenberg mengulas, “Terdapat keinginan besar pada masyarakat dari seluruh dunia untuk meningkatkan kualiti diri, salah satunya adalah untuk mempelajari perkara-perkara yang tidak mungkin mereka pelajari atau belum sempat mereka ketahui.”

Menurut Greenberg lagi, trend kelas dan kuliah online ini sudah mula berkembang. Pembiayaan untuk menjalani kuliah di universiti sering tidak terjangkau oleh ramai bakal pelajar dan penuntut dari keluarga yang miskin, kerana ia melibatkan yuran yang mencapai sehingga 100 ribu US dollar untuk empat tahun. Dengan terbinanya kerjasama ini dan perkongsian video-video kuliah di internet kini semua orang boleh mengikuti pembelajaran di institusi pengajian tinggi terkemuka seperti MIT dengan percuma. Baru-baru ini MIT telah melancarkan program “OpenCourseWare” untuk memaparkan sebahagian besar perkuliahan mereka secara online. Ketika ini idea tersebut sudah tersebar luas sehingga menyebabkan penyertaan institusi-institusi pengajian tinggi yang lain hadir ke YouTube.

Video-video di channel Youtube EDU boleh dijadikan sumber rujukan kepada para pelajar dan penuntut untuk membuat kajian dan penyelidikan. Inilah yang dinamakan dunia internet tanpa sempadan. Pelajar atau penuntut dari pelbagai negara boleh mengikuti pengajian dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi di negara yang lain seterusnya meningkatkan pengembangan ilmu.

Sebagian besar institusi pengajian tinggi mungkin belum bersedia untuk membuka kelas mereka di internet kerana pelbagai masalah, salah satunya adalah kewangan. Namun kenyataan bahawa era informasi dan teknologi maklumat telah mengubah manusia dan dunia dalam waktu terdekat menyebabkan universiti-universiti terpaksa perlu melakukan hal tersebut (menyediakan kuliah secara online). Kini teknologi yang tidak terbayangkan 10 tahun lalu seperti infrastruktur untuk mengalirkan video kuliah terus ke setiap rumah di seluruh dunia sudah tersedia. Dan sekali video kuliah tersebut dirakam, maka video tersebut akan tersedia selama-lamanya.

Anda boleh cuba menonton salah satu video kuliah di MIT dibawah. Majoriti video yang dipaparkan di Youtube EDU adalah lebih dari setengah jam. Bagi mereka yang betul-betul ingin belajar atau membuat research bagi projek pengajian mereka sudah tentu seronok menonton sehingga berjam-jam.

Selamat Menonton

http://www.youtube.com/edu

  • Share/Bookmark

10 Video Paling Popular di Youtube

Sekadar selingan: Video dibawah diadaptasi dari video yang menduduki carta no. 1 di Youtube ketika ini.

Seperti yang anda sudah ketahui, Youtube merupakan salah satu laman web video paling popular masakini. Sebut sahaja video internet, sudah terbayang di kepala kebanyakan pengguna internet akan youtube.

Pernahkah anda terfikir video apakah yang paling banyak ditonton di Youtube sehingga kini? Mari kita lihat senarai 10 video yang paling popular (tidak termasuk official video klip muzik):

No 1: Evolution of Dance oleh Judson Laipply, seorang pelawak dari Cleveland Ohio. Ditonton lebih dari 116 juta kali.

No 2: Charlie bit my finger – again ! Gelagat dua beradik yang comel. Ditonton sebanyak 87 juta kali.

No 3: Potter Puppet Pals in “The Mysterious Ticking Noise”. Ditonton sebanyak 59 juta kali.

No 4: Guitar video seorang remaja jepun menjadi expert bermain guitar hanya belajar melalui internet. Telah ditonton sebanyak 53 juta kali.

No 5: OK Go – Here It Goes Again. Menari diatas treadmills. Ditonton sebanyak 45 juta kali.

No 6: “Chocolate Rain” Original Song oleh Tay Zonday. Ditonton sebanyak 35 juta kali.

No 7: Daft Hands – Harder, Better, Faster, Stronger. Tarian tangan yang sangat menarik dan kreatif. Ditonton sebanyak 29 juta kali.

No 8: Urban Ninja. Aksi stunt ala ninja. Ditonton sebanyak 27 juta kali.

No 9: Tuƒüba ?ñzay ve 250.000ci GarantiArkadas. com ?úyesi ditonton sebanyak 25 juta kali.

No 10: David Blaine Street Magic: YouTube Edition! Telah ditonton sebanyak 23 juta kali.

SELAMAT MENONTON

  • Share/Bookmark
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes