AmzaniMokhtar.com

[Internet] Facebook mempunyai lebih 83 juta akaun pengguna palsu

Facebook mendedahkan bahawa mereka percaya terdapat lebih 83 juta pengguna palsu berdaftar dalam laman web sosial tersebut.

Angka tersebut merupakan 8.7% daripada 955 juta pengguna aktif yang berkemungkinan bukan pengguna sebenar.
4.8% daripada keseluruhan 83 juta akaun palsu tersebut merupakan profil duplikasi, 2.4% merupakan akaun tanpa klasifikasi dan 1.5% merupakan pengguna yang tidak mempunyai keinginan untuk membuka akaun facebook.

Analisis anggaran tersebut dibuat disebabkan kebimbangan terhadap kualiti laman web sosial tersebut pada masa akan datang jika ia menular dan gagal dibendung dari sekarang.

Facebook merupakan laman web sosial percuma yang punca pendapatan mereka bergantung sepenuhnya pada “targeted advertising”, telah meningkatkan pengawasan terhadap nilai kualiti platform pengiklanan mereka yang mempromosikan pengumpulan “likes” dari pengguna terhadap sesuatu topik.

“Punca pendapatan utama kami adalah melalui pengiklanan. Kehilangan pengiklan, atau penurunan modal yang dibelanjakan oleh pengiklan di Facebook akan membahayakan dan merosakkan perniagaan kami” jelas jurucakap Facebook dalam satu temubual.

Beberapa bulan lalu, koresponden teknologi BBC, Roy Cellan-Jones telah mendaftarkan sebuah syarikat palsu bernama “VirtualBagel” untuk menyiasat tuduhan terhadap jumlah “likes” palsu dari pengguna.

Hasil siasatan tersebut mendapati bahawa sejumlah besar “likes” palsu yang diterima adalah dari Timur Tengah dan Asia.
Terlalu banyak “likes” yang datangnya dari pengguna palsu, contohnya seperti “Ahmed Ronaldo” – pengguna yang didaftarkan di Kaherah, Mesir.

Beberapa minggu lalu, sebuah firma pengedaran digital “Press Limited” melalui software analisis yang dibangun sendiri oleh mereka mendapati bahawa, 80% klik pada iklan berbayar dalam Facebook datangnya dari akaun-akaun palsu.

Leave a Reply




NAVIGASI

Kalendar

May 2013
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031