[Internet] Google disiasat ekoran salahguna kuasa sebagai enjin carian online yang dominan
Suruhanjaya Eropah telah memulakan siasatan terperinci terhadap Google selepas pesaing-nya mengeluhkan bahawa Google telah menyalahgunakan kedudukan dominan-nya sebagai enjin carian utama di internet.
Suruhanjaya Eropah akan melakukan penyiasatan sama ada enjin carian terbesar di dunia itu menghukum(penalised) laman web pesaing-nya dalam hasil carian Google.
Siasatan tersebut dibuat berikutan aduan oleh syarikat termasuk laman web perbandingan harga, “Foundem” dan “ejustice.fr”, sebuah enjin carian laman web perundangan.
Google menyangkal semua tuduhan tersebut namun mereka mengatakan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Eropah untuk “menjawab segala persoalan”.
Awal tahun ini jabatan peguam dari Texas telah menjalankan siasatan yang sama ke atas Google berikutan aduan daripada syarikat-syarikat termasuk Foundem.
Pertuduhan dalam kedua-dua kes tersebut ialah pesaing menyatakan bahawa Google memanipulasi hasil enjin carian mereka.
“Suruhanjaya Eropah telah memutuskan untuk memulakan penyiasatan berhubung tuduhan Google menyalahgunakan kedudukan dominan-nya dalam pencarian online,” kata suruhanjaya tersebut dalam satu kenyataan.
Dikatakan tindakan itu dibuat berikutan aduan oleh laman-laman web penyedia perkhidmatan carian yang lain mengenai layanan yang kurang baik dari pengiklanan percuma dan berbayar yang disediakan oleh Google ditambah lagi dengan keistimewaan dan kelebihan yang diberikan kepada anak-anak syarikat Google dalam mendominasi kedudukan senarai carian.
Penyelidikan Suruhanjaya Eropah tidak menyatakan bentuk kesalahan yang dibuat oleh Google.
“Sejak beroperasi, kami telah bekerja keras untuk melakukan yang terbaik kepada pelanggan kami dan industri kami,” kata Google dalam satu kenyataan.
“Walau apapun permasalahan yang berlaku, pasti ada ruang untuk membetulkan semula keadaan, dan kami akan bekerjasama dengan Suruhanjaya untuk mengatasi setiap masalah.”
Perniagaan Utama
Google menawarkan dua jenis hasil carian – hasil carian percuma yang dihasilkan oleh algoritma syarikat yang dipaparkan dalam laman web utama enjin carian Google dan pengiklanan berbayar yang dikenali sebagai “sponsored ads” atau Adwords.
Bentuk siasatan yang dilakukan ialah dengan mencuba untuk menentukan sama ada kaedah Google menghasilkan keputusan senarai enjin carian mempengaruhi atau tidak kedudukan syarikat pesaing lain.
Misalnya, penyedia enjin carian laman web tertumpu (targeted search engine provider), adakah mereka turut tersenarai dalam enjin carian Google.
Foundem menuduh bahawa algoritma Google “memadam laman web yang sah dari hasil carian mereka, tanpa memperhatikan perkaitan carian yang dibuat”. Ia juga mengatakan bahawa Google mempromosikan perkhidmatan mereka sendiri berdasarkan apa yang ditawarkan oleh pesaing mereka.
“Google memanfaatkan dominasi-nya dalam carian online dengan cara melumpuhkan inovasi, menekan pesaing dan mengikis pilihan pelanggan,” kata Foundem dalam aduan yang diajukan pada bulan Februari 2010.
Namun Google berpendapat bahawa ada mereka mempunyai “alasan kuat” mengapa laman-laman web pesaing mereka ini berada dalam “kedudukan buruk” dalam senarai enjin carian Google.
Sebagai contoh, katanya, Foundem mengandungi 79% content yang diambil dari laman web lain (79% duplicate contents).”
“Kami secara konsisten telah memberitahu para pembikin laman web bahawa algoritma Google tidak akan memberi kelebihan kepada isi kandungan laman web yang ditiru dari laman web lain” kata syarikat.
Suruhanjaya juga akan melihat kepada tuduhan bahawa Google memanipulasi unsur-unsur sistem yang menentukan harga yang harus dibayar untuk pengiklanan “sponsored ads” dari laman web tersebut.
Akhirnya, siasatan juga akan menyiasat bagaimana Google berurusan dengan rakan kongsi syarikat pengiklanan mereka (Google Advertising Partner).
Pengiklanan ialah perniagaan utama Google.
Google dituduh memaksa “kewajipan pengiklanan eksklusif dalam ruangan iklan rakan kongsinya, menghalang rakan kongsinya daripada menempatkan beberapa jenis iklan yang bersaing dengan laman web Google, serta pada penjual komputer dan perisian,” menurut kenyataan Suruhanjaya Eropah.
Selain itu, Suruhanjaya Eropah mengatakan juga akan melihat kepada pertuduhan dimana “Google disyaki membuat sekatan ke atas kemudahan pemindahan data kempen pengiklanan ke platform syarikat pengiklanan online yang lain.”
Google mengatakan bahawa mereka telah membenarkan pelanggan-pelanggan “untuk mengambil data pengiklanan mereka jika mereka mahu beralih kepada syarikat perkhidmatan pengiklanan yang lain dan kontrak-kontrak tersebut bukannya eksklusif.
Sumber: BBC News




Comments
Powered by Facebook Comments