AmzaniMokhtar.com

[Internet] Google Panda vs Google Penguin

Komuniti SEO kecoh baru-baru ini dengan pengumuman update terbaru dari Google yang sering kita dengar sejak kebelakangan ini iaitu Penguin. Update Penguin berlaku pada beberapa minggu selepas update Panda berlaku. Disebabkan kebanyakan update besar pada tahun lepas tertumpu pada Panda, kebanyakan pemilik laman web authority tertanya-tanya apakah perbezaan sebenar antara update Panda dan Penguin. Berikut ialah perbezaan antara kedua-dua update tersebut:

Gambaran keseluruhan update Google Panda

Menurut post di blog rasmi Google ketika update Panda dilancarkan:
“Update Panda direkabentuk untuk mengurangkan ranking laman web yang berkualiti rendah, laman web yang tidak memberikan nilai signifikan kepada pelawat, meniru atau mengambil isi kandungan daripada laman web lain, dan/ataupun laman web yang secara keseluruhannya langsung tidak mempunyai kandungan berguna atau berfaedah.”

“Update Panda bertujuan untuk membantu memberikan ranking yang tinggi kepada laman web berkualiti tinggi, laman web yang mempunyai isi kandungan asli serta mengandungi maklumat berguna seperti hasil kajian, laporan terperinci, analisis yang teliti dan sebagainya.”

Pada asasnya, update Panda dibuat dengan menyasarkan laman-laman yang bukan sahaja aktif dalam melakukan “spamming” tetapi juga laman-laman yang berkualiti rendah. Laman web yang terjejas teruk oleh update Panda adalah laman web content farm (mengandungi content yang banyak tetapi tidak berkualiti), dan oleh sebab itulah update ini pada asalnya dipanggil “update Farmer”, di mana pemilik laman web menerbitkan berdozen-dozen artikel sampah yang disumbat dengan keyword yang tidak menawarkan sebarang nilai kepada pembaca. Ramai penulis akan menghantar artikel sama kepada pelbagai content farm ini untuk mendapatkan link tambahan. Paling teruk terjejas ialah laman web jenis blog network seperti Article Marketing Automation, Linkvana, Build MyRank, My Article Network, Traffic Kaboom dan banyak lagi.

Blog network membenarkan pemilik laman web menghantar artikel bagi tujuan mendapatkan backlinks ke laman web mereka namun kebanyakkan artikel yang dihantar telah diubah struktur ayatnya serta perkataan untuk kelihatan unik, padahal isi kandungannya telah diambil dan ditiru dari laman web lain.

Sangat menyedihkan kerana article directory berkualiti seperti EzineArticle, ArticleBase, ArticleCity dan sebagainya yang menawarkan artikel-artikel tulen juga telah dikategorikan sebagai content farm oleh Google. Perkara ini menyebabkan pihak EzineArticle mengemaskini secara menyeluruh kesemua artikel yang terdapat dalam direktori mereka serta mengetatkan submission criteria bagi artikel-artikel baru.

Update Panda mengenakan penalti kepada keseluruhan sesuatu laman web itu, bermaksud jika sesuatu laman web itu telah dikenalipasti sebagai content farm oleh Google, maka keseluruhan laman web tersebut termasuk page dan sub-domainnya akan dikenakan penalti.

Panda juga direkabentuk untuk menghentikan scrapper (laman web yang menerbitkan semula isi kandungan dari laman web lain) dari memiliki ranking lebih tinggi daripada penulis asal sesuatu kandungan.

Berikut adalah gambaran keseluruhan update Panda dan tarikh pelancarannya. Jika laman web anda terjejas teruk sekitar waktu yang dinyatakan maka ia berkemungkinan besar disebabkan oleh update ini:-

1. Panda 1.0 (atau Farmer Update) pada 24 Februari 2011
2. Panda 2.0 pada 11 April 2011(Panda berkuatkuasa di negara berbahasa Inggeris)
3. Panda 2.1 sekitar 9 Mei 2011
4. Panda 2.2 sekitar 18 Jun 2011
5. Panda 2.3 sekitar 22 Julai 2011
6. Panda 2.4 pada Ogos 2011(berkuatkuasa di peringkat antarabangsa)
7. Panda 2.5 pada 28 September 2011
8. Panda 2.5.1 pada 9 Oktober 2011
9. Panda 2.5.2 pada 13 Oktober 2011
10. Panda 2.5.3 pada 19/20 Oktober 2011
11. Panda 3.1 pada 18 November 2011
12. Panda 3.2 pada 15 Januari 2012
13. Panda 3.3 pada 26 Februari 2012
14. Panda 3.4 pada 23 Mac 2012
15. Panda 3.5 pada 19 April 2012

Baru-baru ini Search Engine Land telah membuatkan analisis infografik terhadap update Google Panda ini bagi membantu pemilik laman web mengenalpasti versi-versi update Google Panda.

Ramai pemilik laman web mengadu walaupun selepas mereka membuat perubahan kepada laman web mereka untuk menyesuaikannya dengan update Panda, laman web mereka tidak kembali pulih kepada ranking asal secara automatik.

Update Panda tidak berlaku pada selang masa tertentu dan Google tidak mengindeks semula semua laman web setiap kali update dibuat, oleh itu mereka terpaksa menerima sahaja kadar trafik yang rendah untuk beberapa bulan sehinggalah Google Spider melawati semula laman web mereka dan mengenal pasti sebarang perubahan positif.

Gambaran keseluruhan update Google Penguin

Update Google Penguin dilancarkan pada 24 April 2012. Menurut blog Google, Panda adalah “algoritma penting yang menyasarkan web spam”. Perubahan ini akan menurunkan ranking laman-laman web yang dipercayai menyalahi garis panduan kualiti oleh Google.

Taktik blackhat SEO seperti menyumbat keyword (sudah lama dikategorikan sebagai spam) akan menjadikan sesuatu laman web itu bermasalah, tetapi taktik yang tidak ketara seperti menggunakan link yang mengandungi link keluar (outbounce link) yang tidak relevan kepada sesuatu laman, akan membuatkan Penguin menandai (flag) laman web mereka.

Google berkata, laman web yang terjejas dengan perubahan ini mungkin sukar dikenal pasti sebagai spam tanpa kepakaran dan analisis mendalam, namun Google percaya mereka melakukan taktik webspam yang licik untuk memanipulasikan ranking dalam search engine.

Pemilik laman web seharusnya memeriksa akaun Google Webmaster sekiranya mereka menerima sebarang mesej amaran daripada Google tentang aktiviti spam yang telah dilakukan secara sedar atau tidak sedar, dan kemungkinan dikenakan penalti.

Google berkata Penguin telah memberi kesan sebanyak 3.1% hasil carian (berbanding Panda sebanyak 12%). Jika anda mendapati terdapat penurunan trafik yang besar sekitar 24 dan 25 April 2012 yang lalu, kebarangkalian ia disebabkan oleh Penguin walaupun Panda 3.5 dilancarkan sekitar tarikh tersebut.

Malangnya Google masih belum mengeluarkan garis panduan apakah isyarat yang dikenalpasti oleh Penguin. Ramai pemilik laman web yang terjejas teruk masih tertanya-tanya apakah masalah yang terdapat pada SEO laman web mereka. Ramai dalam komuniti SEO membuat spekulasi antara faktor penyumbang kepada Penguin ialah:

1. Exact-match anchor text yang agresif
2. Penggunaan berlebihan keyword exact-match pada nama domain
3. Melakukan kempen article marketing berkualiti rendah serta blog spam
4. Menyumbat keyword pada inbound/outbound link

Perlu di-ingat bahawa Panda ialah update kepada algoritma, bukannya penalti secara manual. Permintaan terhadap Google untuk mengindeks semula laman web yang telah diperbaiki tidak akan memberi sebarang perbezaan – anda perlu tunggu untuk suatu jangkamasa tertentu sehingga Google Spider mengindeks semula laman web anda.

Seperti biasa jangan panik jika melihat penurunan pada trafik laman web anda. Sebelum ini, apabila terdapat update Google yang besar seperti ini keadaan biasanya akan bertambah baik selepas beberapa waktu. Jika anda berasa anda dikenakan penalti SEO disebabkan oleh update Panda atau Penguin, hubungilah penyedia servis SEO anda untuk meminta bantuan atau anda sendiri boleh mengenal pasti masalah yang berlaku.

One Response to “[Internet] Google Panda vs Google Penguin”

  1. saya pikir selama konten kita unik dan konsisten dengan apa yang kita tulis di web (dalam arti positif) semua algoritam google itu nggak akan berpengaruh negatif. selama apa yang kita tanam itu baik, maka hasilnya pun akan baik. semoga….

Leave a Reply




NAVIGASI

Kalendar

May 2013
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031