Gmail atau Google Mail merupakan penyedia layanan webmail dan POP3 percuma yang dimiliki oleh Google. Dahulu, untuk mempunyai account Gmail kita perlu di ‘invite’ oleh seseorang yang sudah mempunyai account Gmail. Tapi sekarang kita boleh memiliki account Gmail tanpa perlu di invite oleh orang lain, hanya membuka laman web Gmail.com dan sign-up email percuma di sana. Gmail menyediakan 2 Gigabyte ruang penyimpanan untuk satu account e-mail.
Selain dari menyimpan email, ruang penyimpan sebesar 2 GB tersebut mungkin boleh dimanfaatkan bagi tujuan lain seperti menyimpan file-file video, audio atau apa sahaja. Kini terdapat software add-on untuk Microsoft Windows bernama GMail Drive yang dapat berfungsi untuk memanfaatkan space account Gmail 2 Gigabyte tersebut sebagai drive virtual yang dapat menyimpan data.
Cara menggunakannya sama seperti harddisk yang terdapat dalam komputer anda, tapi sebelum itu anda harus mendownload dahulu software GMail Drive. Software ini boleh didownload di sini. Setelah selesai mendownload, buka folder dimana anda savekan file tersebut seterusnya double click pada file setup.
Proses installation cuma mengambil masa beberapa saat sahaja. Setelah selesai menginstall, anda akan dapat lihat sebuah window tertera seperti ini :

Tutup sahaja window tersebut dan GMail Drive sudah terinstall dalam komputer anda. Untuk melihatnya masuk ke ‘My Computer’. Kemudian anda akan dapat lihat drive baru yang berlabel GMail Drive.

Double click pada GMail Drive tersebut untuk menggunakannya. Satu window akan muncul seperti dibawah ini :

Masukkan username dan password account Gmail anda kemudian klik ok.
Sebuah window seperti dibawah akan muncul :

Penggunaan GMail Drive adalah sama seperti menggunakan drive penyimpanan biasa yang lain. Anda boleh meng ‘copy paste’ file, membuat folder, menghapus folder dan memeriksa space yang sudah anda gunakan.
Untuk keluar dari GMail drive, klik kanan icon GMail Drive di ‘My Computer’ dan kemudian pilih ‘Log Out’.

RSS Feed
Twitter
September 12th, 2007
amzani
Posted in 



hm.. member aku ada try dah benda ni. tp katanya tak leh nk bubuh file besar cth mcm file 1.2G nk bubuh terus takleh. Tp aku tak tau la pulak belum try lg… Ke ko dh try boleh?
Ahib0205, saya dah cuba. Sebenarnya memang boleh. Tetapi bergantung kepada kelajuan sambungan internet anda. Sememangnya 1.2GB adalah satu file yang agak besar. Lebih gemuk sang gergasi, lebih perlahanlah dia berjalan. Anda faham maksud saya?