AmzaniMokhtar.com

[Komputer] Review Ipad 3: Episod 1

iPad edisi terbaru sudah tiba. Syarikat Apple menjanjikan inilah gajet yang membawa perubahan besar dalam industri pasaran komputer tablet dunia. Adakah Apple mampu membuatkan pengguna sentiasa tertunggu-tunggu dengan setiap produk keluarannya? Mampukah kualiti display yang tajam serta hardware yang dinaik taraf menarik minat orang ramai untuk membelinya?

Apa yang mengelirukan, model iPad terbaru Apple ini tidak mempunyai nombor pada namanya (walaubagaimanapun orang ramai masih memanggilnya iPad 3 untuk mengelakkan kekeliruan) – apa yang pasti ini merupakan suatu isyarat yang menunjukkan bahawa siri iPad ini akan kekal dipasarkan seperti iPod dan Macbook Pro.

Upgrade yang paling ketara dalam model ini adalah resolution screen yang lebih tinggi serta penambahbaikan spesifikasi pada ASX CPU. Connectivity juga bertambah baik berbanding sebelumnya terutamanya apabila anda dalam perjalanan. Di samping itu, kamera juga diupgrade kepada 5MP. Saya tidak pasti samada ianya cukup kuat untuk menarik pengguna iPad sedia ada beralih kepada iPad 3. Mari kita lihat dengan lebih dekat lagi setiap ciri-ciri terkini yang ada pada iPad 3:

Design dan rekabentuk
Anda pernah lihat rupabentuk iPad 2? Itulah rupa bentuk iPad 3. Design kedua-duanya adalah serupa tetapi iPad 3 mempunyai saiz 0.6mm lebih tebal (sehingga 9.4mm) dan 50g lebih berat (650g untuk model+wi-fi, 662g untuk model 4G). Case yang digunakan untuk iPad 2 kebanyakannya masih boleh digunakan pada iPad 3 tetapi tidak sesuai bagi jenis case yang menggunakan magnet untuk mengunci screen.

Jika anda tidak mengetahui bagaimana rupa bentuk iPad 2, ia mempunyai 9.7 inci skrin kaca serta bahagian belakang yang diperbuat daripada aluminium. Ia direka bentuk dengan gaya yang elegan dan mempunyai ‘class’ tersendiri.

Ketebalan iPad 3 yang baru ini mungkin menyebabkan sesetengah orang tidak menyukainya – tetapi apabila dibandingkan perbezaannya tidaklah begitu ketara. Jika anda cuba untuk mengangkatnya, pasti anda terasa iPad 3 adalah tablet yang ringan – walaupun ia adalah 100g lebih berat daripada Samsung Galaxy Note 10.1.

Sepertimana sebelumnya, iPad 3 mempunyai butang home di bahagian depan untuk memudahkan anda mengaktifkan skrin. Terdapat suis di bahagian hujung kanan untuk anda set-kan sound kepada mute atau menetapkan orientasi skrin – bergantung pada pilihan anda, sesuatu yang jarang ditawarkan kepada pengguna Apple.

Connector 30-pin Apple kekal menjadi satu-satunya soket fizikal pada iPad, selain 3.5 mm lubang untuk headphone. Ini bermakna anda memerlukan adaptor untuk menyambungkan USB stick atau memory card SD kamera dengan iPad 3. Adaptor sangat berguna bagi tujuan memindahkan gambar atau dokumen ke dalam iPad, tetapi untuk memindahkan fail dari iPad kepada gajet yang lain adalah sukar jika anda tidak mempunyai wi-fi. Tidak mustahil untuk melakukannya tetapi ianya sedikit sukar, dan isu ini kekal menghantui pengguna iPad – terutamanya apabila kita membandingkannya dengan Android yang lebih peka dalam hal ini.

Retina Display
Dalam iPad 3, Apple membuat keputusan untuk menawarkan paparan screen yang lebih tajam dan terang dengan resolusi yang jauh lebih tinggi, dan kesannya adalah ketara. Resolusi yang lebih tinggi pada 2048×1536 – PPI yang lebih rendah berbanding screen Retina di iPhone 4S (264 berbanding 330 oleh 4S), tetapi iPad 3 direka bentuk untuk dipegang pada jarak 15 inci daripada mata anda (berbanding 10 inci untuk iPhone 4S), jadi Apple bertegas untuk mengekalkan nama Retina itu, kerana menurut mereka anda tidak akan nampak pixel pada jarak tersebut.

Sebahagian besar komputer tablet mempunyai permukaan depan yang terdiri daripada skrin kaca dan mujurlah skrin untuk model terbaru iPad ini tidak menghampakan. Ia kelihatan menarik tetapi apa yang pelik ialah kelebihan ini tidak begitu ketara. Kesan sebenar paparan yang telah diupgrade cuma paparan yang lebih tajam dan asli membuatkan pengguna berasa selesa meggunakannya. iPad 2 mempunyai skrin paparan yang hebat, tetapi apabila anda perhatikan dengan lebih dekat pada huruf atau garisan lengkung, anda akan nampak imej yang tidak tajam serta bergerigi. Tetapi masalah ini telah diatasi dengan model iPad 3.

Kadangkala sesetengah orang mempersoalkan produk baru Apple ini: adakah ia jauh lebih baik daripada model sebelumnya? Jawapannya adalah YA. Dengan melihat gambar menggunakan app iPhoto sahaja sudah cukup untuk melembutkan hati para penggila screen sehingga membuatkan mereka tersenyum.

Paparannya sangat cantik – dan merupakan peningkatan besar bukan sahaja dibandingkan dengan model iPad sebelumnya malah kebanyakan pesaingnya dari Android. Impak screen baru terhadap aktiviti harian seperti melayari Internet adalah menakjubkan. Perubahan resolusi menjadikan laman web lebih mudah untuk dibaca, serta mengurangkan keperluan untuk zoom in pada teks.

Walaubagaimanapun, tidak semua apps diupgrade oleh Retina Display. Bagi apps yang diupgrade, ia akan kelihatan menarik, tetapi apps lain yang tidak memanfaatkan teknologi Retina ini tidak jauh ketinggalan dari aspek kualiti dengan adanya upscaling. Anda akan berpuas hati tidak kira anda bermain Infinity Blade ataupun Angry Birds. Bukan sahaja resolusi telah ditingkatkan, ketepuan warna (colour saturation) juga diperbaik. Mungkin ia masih tidak mampu menandingi screen AMOLED, tetapi ia tetap jauh lebih terang daripada sebelumnya.

Proses ‘penghijrahan’ bagi apps yang masih belum dapat memanfaatkan Retina Display mungkin memakan masa sedikit lama tetapi selepas 2 atau 3 bulan, kita akan dapat lihat apps yang diupgrade akan kelihatan lebih menarik pada screen iPad 3 yang mempunyai resolusi yang tinggi.

Leave a Reply




NAVIGASI

Kalendar

May 2013
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031