AmzaniMokhtar.com

[Komputer] Review iPad 3: Episod 3

iPad 3: Internet dan Connectivity
Bagi mereka yang tinggal di kawasan yang menyokong Long Term Evolution, LTE (buat masa ini di Kanada dan Amerika Syarikat), sambungan internet adalah sangat laju. Ditambah pula Verizon iPad membenarkan wireless hotspots, jadi anda mempunyai akses kepada LTE hotspot yang laju.

Persoalannya, berapa laju sambungan internet tersebut?

Di San Francisco, California, kelajuan 3G adalah sangat perlahan. Dengan LTE tidak diaktifkan, iPad hanya mampu mencapai kelajuan download 3 hingga 6Mbps dan hanya 0.53Mbps hingga 1Mbps untuk kelajuan upload.

Apabila LTE diaktifkan, iPad mampu mencapai kelajuan download sehingga 53Mbps dan kelajuan upload sehingga 20Mbps. Kelajuan tersebut adalah lebih laju daripada kelajuan download dengan Wi-fi (sekitar 33Mbps), tetapi tidak setinggi kelajuan upload (sekitar 32Mbps).

Kelajuan LTE: Kelajuan yang tinggi dan ditambah pula dengan bateri yang tahan lama merealitikan impian ramai orang. Kelajuannya adalah sangat tinggi tidak kira jika dibandingkan dengan mana-mana jenis sambungan internet sekalipun. Ya, kelajuan sambungan anda bergantung kepada kawasan serta penyedia perkhidmatan internet. Jika anda berada di Amerika Syarikat, anda disyorkan untuk memilih Verizon iPad – bukan sahaja disebabkan coverage LTE yang menyeluruh, tetapi juga kerana ia membolehkan anda menjadikan iPad sebagai Personal Hotspot. Di kawasan yang tidak mempunyai liputan LTE, anda akan dihubungkan dengan rangkaian 3G (HSPA, HSPA+, and DC-HSDPA).

iPad 3 masih lagi tidak menyokong Flash, tetapi ia tidaklah menjadi satu kejutan malahan ketiadaannya tidak mengganggu fungsi melayari Internet. Setiap iPad mempunyai built-in Wi-fi dan setiap model juga menyokong Bluetooth 4.0, yang membenarkan sambungan yang dapat menjimatkan tenaga bateri.

Keputusan
Jika lebih banyak ciri-ciri baru ditawarkan dalam iPad 3 serta CPU yang lebih pantas dan kehadiran Siri (ketiadaannya di dalam iPad 3 agak mengejutkan, tetapi Dictation mengisi kekosongan itu dan berfungsi dengan baik), maka sudah pasti iPad 3 menjadi satu tablet yang jauh lebih baik. Tetapi hardware upgrade di samping Retina Display menyukarkan Apple untuk menetapkan harga yang sama dengan model sebelumnya. Apa yang hebatnya ialah Apple mampu menstabilkan harga iPad 3 apatah lagi dengan komponen ekstra yang mahal seperti skrin baru.

Yang saya suka
Paparan baru sudah cukup untuk mengagumkan anda. Kamera yang diupgrade merupakan satu bonus, begitu juga perisian seperti iPhoto – yang memanfaatkan kegunaan display dan kamera dengan efektif. Kelajuan sambungan juga berpotensi untuk menjadikan ia lebih hebat kerana penyedia perkhidmatan internet sedang menyediakan infrastruktur yang jauh lebih laju berbanding sekarang. Malang bagi penduduk di United Kingdom kerana sambungan 4G tidak begitu compatible. Walaubagaimanapun secara keseluruhannya iPad 3 adalah model tablet yang terbaik pernah Apple hasilkan buat masa ini.

Yang saya tidak suka
Ketebalan dan berat yang bertambah, suatu tindakan pelik bagi sebuah syarikat yang amat mementingkan design. Model 64GB menjadi model “mesti milik” untuk iPad 3, kerana saiz apps yang pastinya memakan ruang storage yang besar disebabkan skrin bertaraf HD. Dengan kapasiti yang hebat itu anda hendaklah bersedia mengeluarkan kira-kira RM3200 sebagai persediaan.

Isu heat berlebihan juga sesekali membimbangkan walaupun kita sudah mengalami isu yang sama sebelum ini kerana hal ini boleh menjejaskan jangka hayat bateri jika dibiarkan.

Keputusan Akhir
Barisan apps yang hebat, processor yang lebih berkuasa, connectivity yang bertambah laju serta kamera yang lebih baik – semua ini adalah penambahbaikan daripada model iPad sebelumnya. Tetapi yang paling ketara antara semuanya adalah display iPad 3. Paparan yang cantik merupakan penambahan yang ditunggu-tunggu dan melonjakkan iPad ke tempat teratas di antara tablet yang berada di pasaran. Sudah semestinya kedai Apple berhampiran anda akan menerima lebih ramai pelanggan dengan keluaran iPad 3 ini.

Rasanya tiada guna merendahkan mana-mana produk Apple kerana harga yang terlalu mahal – jika ramai yang tetap membeli produk Apple ini bermakna harganya adalah berpatutan bagi pembeli-pembeli tersebut. Ramai peminat Apple mengharapkan sesuatu yang lebih luar biasa daripada model 64GB dengan harga yang tinggi, tetapi kini Apple masih lagi selesa dalam pasaran tablet berbanding pasaran smartphone yang semakin sengit saingannya.

Pendek kata jika anda sudah memiliki iPad 2 dan tidak begitu mementingkan visual, teruskan sahaja dengan iPad tersebut dan bagi yang masih belum memiliki iPad 2, gajet ini sudah memadai tambahan lagi harganya telah diturunkan. Satu nasihat sahaja untuk anda, berhati-hati jika anda menguji Retina Display di iPad 3 atau bermain game mahupun menonton filem melalui Full HD, kerana sukar untuk tidak membandingkan mana-mana tablet dengan iPad 3 selepas itu.

Leave a Reply




NAVIGASI

Kalendar

May 2013
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031