Laman web carian dan pemberi informasi web

Tahukah anda bahawa terdapat begitu banyak laman web yang boleh memberikan anda informasi tentang status sesebuah laman web yang lain. Disini saya senaraikan beberapa laman web yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

  1. www.whois.sc
    Laman web ini berfungsi untuk memboleh anda memeriksa status sesebuah laman web yang lain. Antara informasi yang ditampilkan adalah:

    • Pemilik laman web, nama (personal / perniagaan), alamat, telepon, dsb
    • Tarikh dan masa laman web tersebut didaftarkan
    • Server hosting dan IP (boleh dilihat laman web berasal dari negara mana)

  2. www.alexa.com
    Laman web ini merupakan laman web rating dan pemantau trafik serta ranking. Ranking sesebuah laman web akan dibuat berdasarkan berapa ramai pengunjung mengunjungi laman web tersebut. Laman web yahoo!, MSN dan google merupakan laman web yang paling banyak dikunjungi pengunjung saat ini menurut pantauan dari Alexa.Com

  3. www.netsol.com
    Laman web ini digunakan untuk memeriksa availability sesuatu nama domain (sudah dipakai atau belum). Di Netsol.Com anda juga boleh membeli domain dan mendapatkan perkhidmatan web design, web hosting, sijil SSL, transfer domain dan lain-lain. Selain itu Netsol.Com memuatkan beberapa informasi yang berguna untuk para pengunjung dalam memeriksa status sesebuah laman web.

  4. www.submitexpress.com dan www.freewebsubmission.com
    Jika anda mempunyai beberapa buah laman web dan menginginkan laman web anda dikenali oleh para pengguna internet seluruh alam dan disenaraikan dalam senarai enjin carian, anda disyor untuk menggunakan perkhidmatan kedua-dua laman web di atas. Laman web ini akan membantu mendaftarkan laman web anda ke 40 enjin carian seperti google, yahoo, msn, astalavista dan lainnya dan juga disenaraikan ke dalam direktori enjin carian tersebut. Laman web ini juga banyak menyajikan informasi yang akan membantu untuk menaikan rating laman web anda.

  5. www.webstats4u.com
    Jika anda ingin melihat statistik laman web anda seperti jumlah pengunjung, halaman yang di akses atau pengunjung dari negara mana, pasti anda perlukan webstats4u.Com. Webstat4u.Com merupakan salah satu pencatat statistik laman web yang paling popular kerana selain ianya adalah percuma, ciri-cirinya cukup bagus dan lengkap.

  6. www.google.com dan www.yahoo.com
    Tentunya anda sudah tahu kedua-dua laman web di atas, di mana ia merupakan laman web pencari yang paling popular saat ini. Google sendiri telah membahagikan webnya mengikut kesesuaian negara sehingga banyak variasi seperti www.google.co.uk (untuk United Kingdom) dan www.google.de (untuk Jerman) supaya pencarian lebih efisien.

  • Share/Bookmark
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Powered by WordPress | Designed by: Free MMORPG Games | Thanks to Browser Games, Game Music and RPG Reviews