Gadget komputer tablet Apple iPad

Sudah lama saya tidak menulis post terbaru disini. Akhir sekali post yang saya hantar ialah pada bulan Mac yang lalu. Hampir 2 bulan tidak menulis.

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai iPad, produk gadget yang boleh dikatakan masih baru dan segar.

Pasti ramai diantara anda yang sudah mengetahui tentang kewujudan iPad, sebuah peranti mini keluaran syarikat Apple.

iPad merupakan sebuah peranti atau komputer tablet yang berukuran 9.7 inci persegi, mempunyai fungsi “touch screen” pada layar paparannya.

iPad boleh dikatakan mirip sebuah mini laptop, yang boleh mendukung fungsi multimedia, internet dan games.

iPad memiliki berat sekitar 600 gram sahaja, mempunyai fungsi-fungsi yang sama seperti netbook iaitu wifi dan Bluetooth serta menggunakan Safari sebagai sistem operasinya.

iPad menggunakan sistem processor buatan Apple A41 GHz. Baterinya boleh menjangkau sehingga 10 jam untuk penggunaan aktif dan mampu bertahan selama sebulan jika hanya menggunakan fungsi standby.

iPad dilengkapi dengan applikasi iTunes yang membolehkan penggunanya memuat-turun lagu dan video serta berkongsi data dengan iPod. iPad juga disertai dengan aplikasi iBook yang membolehkannya membaca dan memuat-turun ebook dalam format PDF.

Apakah kegunaan iPad?

Antara aplikasi yang dimiliki iPad ialah seperti berikut :-

Calendar – Kalendar yang menangani fungsi-fungsi asas sebuah organizer. Ini termasuk melihat tarikh, mengurus temujanji sehingga kepada melihat agenda aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.
Contact – Di sini semua data rakan dan keluarga boleh disimpan. Tampilannya yang seperti buku juga membuat aplikasi ini cantik pada pandangan mata.
Maps – Aplikasi untuk mengakses Google Maps seperti pada iPhone. Layar yang lebih lebar membuatkan paparan peta lebih luas.
Notes – Aplikasi ini digunakan untuk membuat catatan-catatan kecil. Jika pada iPhone aplikasi ini lebih mirip Post It, pada iPad aplikasi ini bagai memiliki sebuah block note kecil.
Video – Menonton video pada iPad tidak dilakukan lewat aplikasi iPod. Video menjadi aplikasi khusus untuk menyaksikan video yang disinkronisasi dari iTunes.
YouTube – Memang, browser Safari pada iPad tidak mendukung Flash. Tetapi setidaknya untuk menonton video YouTube, Apple telah menyediakan aplikasi tersendiri.
iTunes – Aplikasi ini digunakan untuk mengakses database iTunes, untuk membeli lagu-lagu diinternet.
App Store – Aplikasi ini digunakan untuk membeli aplikasi di App Store.
Settings – Sesuai dengan namanya, ini adalah aplikasi untuk melihat pengaturan pada iPad. Termasuk pengaturan pada berbagai aplikasi yang ada.
Safari – Browser bawaan dari Apple untuk mengakses laman web internet.
Mail – Aplikasi client email bawaan pada iPad. Beberapa layanan email gratisan bisa langsung ditarik dari sini, misalnya Yahoo! atau Gmail.
Photos – Aplikasi untuk melihat foto di dalam iPad.
iPod – Memutar muzik pada iPad boleh dilakukan menggunakan aplikasi ini. Setelah muzik dimainkan, pengguna boleh beralih ke aplikasi lain dengan muzik tetap dimainkan.

Namun begitu, masih banyak kekurangan yang terdapat pada iPad iaitu seperti:-

• bentuk yang dianggap terlalu besar
• tidak mendukung aplikasi 3G dan Flash
• applikasi yang hanya boleh dibeli di AppStore
• tidak boleh menjalankan aplikasi secara bersamaan (multi tasking)
• tidak memiliki port USB
• tidak memiliki slot SD
• kapasiti penyimpanan (memory) yang terbatas
• tidak ada fungsi camera

iPad bukanlah sebuah alat yang kompleks seperti komputer dan ia juga tidak simple seperti iPhone.

Steve Jobs, co-founder dan ketua pegawai eksekutif Apple dipetik sebagai berkata, “iPad bukan sebuah komputer tablet biasa tetapi merupakan sebuah peranti yang serba boleh. iPad jauh lebih menyenangkan berbanding laptop dan jauh lebih pintar dari smartphone.”

..

  • Share/Bookmark

Cara-cara menukar favicon di Blogger.com

Favicon ialah sejenis ikon kecil yang kelihatan muncul disebelah URL pada address bar sesebuah browser window. Untuk pengguna Blogspot, ikon empat segi berwarna oren yang mempunyai lambang “B” seperti ini – ialah ikon yang muncul secara default apabila anda membina blog di Blogger.com.

Anda sebenarnya boleh menukar ikon tersebut kepada bentuk design yang lain agar URL laman web anda kelihatan lebih menarik. Hari ini saya akan tunjukkan cara-cara menukar favicon untuk pengguna Blogger.com.

Sebelum memulakan langkah ini, adalah lebih baik anda membuat backup untuk template blog anda terlebih dahulu. Ianya sangat mudah.

Di halaman dashboard akaun blogger anda, klik pada Layout > Edit HTML dan klik pula pada link “download full template” untuk menyimpan file template ke dalam komputer anda.

Setelah selesai membuat backup, sekarang, anda perlu mencari pula imej favicon yang anda minati di laman-laman web yang tersenarai dibawah:-

http://favicon-generator.org/gallery/
http://www.thefavicongallery.com/
http://mppierce66.home.comcast.net/~mppierce66/web/fi/
http://blog.econsultant.com/favicon-gallery-index

Anda boleh juga membuat search di Google dengan menggunakan keyword “favicon gallery”. Terdapat banyak laman-laman web yang menyediakan imej-imej favicon yang menarik.

Setelah anda membuat pilihan, savekan imej favicon pilihan anda ke dalam komputer. Format imej favicon selalunya dalam bentuk “.ico”. Namun terdapat juga beberapa favicon yang disave ke dalam format “.gif”. Kedua-duanya boleh digunakan.

Langkah seterusnya ialah upload imej favicon ke dalam server hosting anda. Jika anda tidak mempunyai hosting, anda boleh juga upload imej favicon di photobucket.com.

Jika anda upload imej favicon di photobucket, dapatkan “direct link” ke imej tersebut. Link tersebut akan berbentuk seperti ini:-

http://i234.photobucket.com/albums/ff277/usernameanda/favicon.ico

Sekarang, kita boleh mulakan proses menukar favicon. Ikuti langkah-langkah berikut:-

1. Klik pada Layout > Edit HTML di halaman dashboard akaun Blogger anda.

2. Cari kod berikut <data:blog.pageTitle/> (ia terdapat dibahagian atas)

3. Kemudian, masukkan kod dibawah selepas <data:blog.pageTitle/>

</title><link href=’http://www.websiteanda.com/images/favicon.ico’ rel=’shortcut icon’ type=’image/x-icon’/>

Contohnya:

Jika anda upload image ke dalam hosting anda:

<title><data:blog.pageTitle/></title><link href=’http://www.websiteanda.com/images/favicon.ico’ rel=’shortcut icon’ type=’image/x-icon’/>

Atau jika anda upload image menggunakan photobucket:

<title><data:blog.pageTitle/></title><link href=’http://i234.photobucket.com/albums/ff277/usernameanda/favicon. ico’ rel=’shortcut icon’ type=’image/x-icon’/>

Proses hampir selesai. Setelah memasukkan kod tersebut, sila klik pada “save template”.

Buka blog anda dan lihat hasilnya.

Selamat mencuba….

Jika anda menghadapi masalah, silakan kemukakan dibahagian comment dibawah.

.
.

  • Share/Bookmark

Youtube akan memperkenalkan tontonan video filem berbayar

Bermula 22 Januari 2010, YouTube akan memperkenalkan  satu daya tarikan terbaru dengan menyediakan perkhidmatan penyewaan video filem pawagam.

Sebagai percubaan pertama, perkhidmatan terbaru YouTube ini bertujuan untuk mempromosikan filem-filem yang akan dipertontonkan pada Festival Filem Antarabangsa Sundance di Park City, Utah, Amerika Syarikat.

Percubaan berani  Youtube dalam memperkenalkan perkhidmatan berbayar ini diharapkan dapat memancing lebih banyak studio-studio filem terkenal menyewakan filem-filem produksi mereka melalui YouTube.

Sudah tentu YouTube sudah memperkirakan langkah ini sebagai satu sumber yang akan memberikan pendapatan besar terutamanya melalui jualan ruangan pengiklanan di laman web mereka selain dari komisen bagi setiap keuntungan yang diperolehi dari studio filem melalui penyewaan video mereka di Youtube.

Buat masa ini hanya terdapat lima filem perdana yang disewakan YouTube berharga $3,99 sejam untuk 48 jam masa tontonan. Filem-filem tersebut ialah “The Cove”,  “Bass Ackwards”,  “One Too Many Mornings”,  “Homewrecker” dan “Children of Invention”. Para pengelola studio filem boleh mengatur harga sewaan yang mereka inginkan dan dibenarkan meletak filem mereka di Youtube selama sehingga 90 hari.

Para penganalis filem menilai bahawa melalui perkhidmatan ini menandakan YouTube telah mencetus satu evolusi baru setelah lebih sedekad penubuhan mereka dari sebuah laman web yang menawarkan penayangan video secara percuma kepada sebuah laman web video berbayar.

Jika Youtube berjaya dalam percubaan mereka ini, sudah pasti ia akan memberi impak yang amat besar kepada syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan penyewaan video berbayar terutamanya  Netflix.com dan LoveFilm.com, antara syarikat penyewaan video online terbesar dunia.

YouTube ada menyebutkan bahawa pihaknya akan membezakan video yang disewa untuk memenuhi permintaan pengguna dengan yang tidak. YouTube masih menyediakan perkhidmatan alternatif yang akan digunakan oleh para pembikin filem kecil yang ingin menayangkan filem mereka tanpa kehadiran iklan.

Buat masakini Youtube sedang dalam proses untuk menyiarkan filem premier box-office terbaru iaitu – Avatar arahan James Cameron.  Selain itu juga, dalam waktu dekat YouTube dikhabarkan akan menyiarkan kejohanan  olahraga dunia yang akan disiarkan secara langsung – pertama kali dalam sejarah penubuhan Youtube menyiarkan rancangan secara langsung.

  • Share/Bookmark
Powered by WordPress | Designed by: Free MMORPG Games | Thanks to Browser Games, Game Music and RPG Reviews