[Internet] BING.com – Enjin Carian dan Pengiklanan Online Alternatif

Microsoft merupakan salah satu seteru terkuat Google selepas Yahoo dalam dunia cyber terutamanya mengenai laman web enjin carian atau search engine. Sekitar tahun 2009 yang lalu, Microsoft telah membuat kejutan terbesarnya dalam dunia internet dengan melancarkan laman web enjin carian terbaru iaitu “BING”.

BING dipercayai mampu menjadi senjata paling ampuh Microsoft untuk menandingi Google dalam menarik perhatian hampir 2 billion pengguna internet seluruh dunia (rujukan: http://www.internetworldstats.com/stats.htm). Selain dari fungsinya sebagai enjin carian, BING juga menawarkan platform pengiklanan berbayar yang dinamakan Microsoft Adcenter, yang mampu memecah dominasi Google Adwords dalam bidang pengiklanan online berbayar.

Usaha Microsoft bukan setakat itu sahaja. Pada awal tahun 2010, Microsoft telah mengumumkan akan bekerjasama dengan Yahoo untuk melebarkan penguasaan mereka dalam bidang pengiklanan online. Seperti Google, Yahoo juga memiliki platform pengiklanan berbayar mereka sendiri yang dikenali sebagai “Yahoo Search Marketing” atau YSM. YSM menjadi sangat popular kerana keupayaan mereka menawarkan Read more…

Be the first to comment - What do you think?
Posted by amzani - October 31, 2010 at 8:56 pm

Categories: Internet   Tags: , ,

[Internet] 15 Plugins Add-On Firefox Pilihan

Anda biasa mendengar Mozilla Firefox? Saya yakin ramai diantara anda yang sudah mengetahuinya atau barangkali juga anda merupakan salah seorang pengguna setia Mozilla Firefox seperti saya. Mozilla Firefox merupakan sebuah browser internet yang menjadi pesaing terkuat Internet Explorer milik Windows.

Saya telah berhijrah dari menggunakan Internet Explorer kepada Firefox sejak Firefox Version 2 diperkenalkan pada tahun 2006. Antara kelebihan Mozilla Firefox yang amat saya minati ialah aplikasi Add-On yang dimiliki oleh Firefox.

Firefox Add-On merupakan aplikasi tambahan yang sangat bermanfaat untuk memaksima dan memudahkan anda dalam melayari internet. Salah satu Add-On kegemaran saya ialah Fireshot. Add-On ini membolehkan saya merakamkan screenshot untuk keseluruhan page browser internet dengan satu click sahaja.

Terdapat beribu-ribu lagi Add-On yang tersedia untuk di-download. Hari ini, saya akan kongsikan dengan anda 15 Add-On Firefox pilihan terbaik yang saya fikir sangat berguna dan bermanfaat untuk anda miliki.

Read more…

Be the first to comment - What do you think?
Posted by amzani - August 14, 2010 at 10:45 am

Categories: Internet   Tags: , ,

Strategi berkesan menarik trafik yang tinggi ke laman web anda

Jika anda mempunyai laman web atau blog, tidak kira ianya dibina bagi tujuan perniagaan ataupun peribadi, pasti anda mahukan ianya dikunjungi.

Jumlah pelawat yang mengunjungi sesebuah laman web setiap bulan atau lebih mudah disebut sebagai “Web Traffics” sangat penting terutama untuk mereka yang mempunyai laman web perniagaan.

Bagi mendapatkan trafik yang tinggi ke laman web anda memerlukan usaha yang keras serta teknik dan strategi yang bijak. Salah satu caranya ialah dengan mendapatkan backlinks dari laman-laman web yang mempunyai trafik yang tinggi.

Backlinks ialah link masuk ke laman web anda atau “inbound links” yang terdapat pada laman web lain. Secara asasnya, jika link laman web anda terdapat pada 1000 laman web lain, maka anda memiliki 1000 backlinks. Itu secara asasnya sahaja supaya anda mudah faham.

Jadi dimana dan bagaimana caranya untuk mendapatkan backlinks dari laman web yang bertrafik tinggi?

Read more…

1 comment - What do you think?
Posted by amzani - July 1, 2010 at 10:58 pm

Categories: Internet   Tags: , ,

« Previous PageNext Page »