AmzaniMokhtar.com

Salam Maal Hijrah 1430 dan Plugins untuk Browser Internet

Saya rasa masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430 kepada pembaca-pembaca yang beragama Islam khususnya diseluruh Malaysia dan diseluruh dunia secara amnya. Hari ini sudah 5 Muharram 1430 baru nak wish…oohh…

Sempena tahun baru hijrah ini, saya nak berkongsi sesuatu dengan anda yang suka bermain games ataupun menggunakan aplikasi media melalui internet.

Bagi anda yang sering menggunakan internet untuk bermain games atau menggunakan aplikasi media seperti memutarkan radio online, menonton TV online atau video, memasuki laman-laman web yang menampilkan aplikasi flash atau sejenis dengannya, tentu anda memerlukan plugins yang mampu mendukung games atau aplikasi media tersebut.

Apakah jenis Plugins yang diperlukan? Saya senaraikan plugins yang sesuai untuk anda. Semoga ia membantu:-

    1. Flash Player

Plugins ini adalah satu keharusan kerana ketika ini terlalu banyak laman web yang mewajibkan penggunaan plugins flash player baik untuk bermain games mahupun untuk menampilkan iklan dan video seperti Youtube.

    1. Shockwave Player

Plugins ini banyak digunakan pada laman web interaktif dan laman web e-learning. Beberapa laman web games juga memerlukan plugins ini.

    1. Java Runtime Environment

Plugins ini adalah suatu kemestian bagi laman web yang mendukung JAVA. Pada umumnya digunakan juga untuk bermain games JAVA.

    1. Silverlight

Plugins buatan Microsoft ini adalah pesaing bagi flash player.

    1. Quicktime Player

Plugins buatan Apple yang banyak digunakan untuk memuatturun video dari laman-laman web Apple. Plugins ini merupakan plugins standard bagi sistem operasi Macintosh.

    1. Real Player

Plugins ini banyak digunakan untuk memutarkan radio dan menonton TV di internet. Beberapa laman web pemutar video juga mewajibkan penggunaan plugins ini.

    1. DivX Player

Plugins ini banyak digunakan pada laman web pemutar filem menggunakan DivX di internet. Biasanya video yang di”convert” dari DVD akan menggunakan plugins ini. Tetapi sekarang plugins yang sudah terpasang dari Windows Media Player pada umumnya sudah boleh memainkannya.

Sock and Awe – Trafik Paling Tinggi Dalam Masa Beberapa Hari Dilancarkan

Permainan komputer paling cepat direka dan laman webnya mendapat trafik paling tinggi dalam masa beberapa hari sahaja selepas ia dicipta. Anda tentu terbaca berita terbaru di akhbar-akhbar arus perdana mengenai isu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama George W Bush dibaling dengan kasut semasa sidang akhbar ketika lawatannya ke negara yang telah dihancurkannya Iraq baru-baru ini. Muntadar Al-Zeidi, seorang wartawan Iraq telah membaling sepasang kasut ke arah Presiden AS itu semasa lawatan perpisahan beliau ke negara berkenaan, Ahad lalu (14 Dec 2008).

Akibat daripada isu tersebut, satu permainan komputer di Internet yang diilhamkan daripada insiden tersebut telah dilancarkan. Ianya satu permainan yang sangat simple tetapi menarik. Permainan yang digelar Sock and Awe itu dilancarkan oleh seorang rakyat Britain, Alex Tew menerusi laman web Sock and Awe! dan setakat ini dikunjungi oleh lebih 1.4 juta pengunjung.

Nama permainan itu diambil sempena nama kempen ketenteraan Amerika Syarikat untuk menggulingkan Presiden Saddam Hussein pada 2003 iaitu Shock and Awe. Dalam permainan tersebut, pemain diberi masa 30 saat untuk menyasarkan balingan terhadap Bush sebelum ia bersembunyi di sebalik rostrum.

Anda boleh melayari laman web dibawah untuk melepaskan geram anda bermain permainan tersebut. Awas, trafik ke laman web tersebut terlalu tinggi. Ia mencapat sehingga 1 juta hits sehari. Jika anda mempunyai talian internet yang agak lembab, tunggu waktu malam. Mungkin trafik slow sedikit time tu.

1. http://www.sockandawe.com/

2. http://bushbash.flashgressive.de/

Selamat bermain…!!!!

10 Laman Web Yang Boleh Menghilangkan Bosan di Pejabat

Amaran KERAS:

Tips yang akan dikongsikan dalam post ini bukan bertujuan untuk menggalakkan anda “mengulo” di pejabat.

Anda dinasihatkan untuk membuka laman-laman web ini ketika waktu makan tengahhari ataupun diluar waktu bekerja sahaja. Tips ini boleh menghilangkan bosan di pejabat, bukan menghilangkan bosan ketika bekerja di pejabat. Beza tu… hehe :D

Penulis tidak akan bertanggungjawab jika berlaku situasi dimana anda dimarahi oleh boss anda atau anda disuspended oleh majikan anda atau anda dibuang kerja kerana membuka laman-laman web yang didedahkan dalam blog ini. (Apa-apa hal, sendiri tanggung aaaaa…sapa soh tak dengar cakap)

——————-

Mungkin kita sering kali terasa sangat bosan sepanjang hari berada di depan komputer, mungkin kerana memang takde kerja atau mungkin kerana malas takde mood nak bekerja. Jadi, daripada mengelamun kosong, membuka Facebook atau mengacau awek-awek mengganggu teman-teman disebelah meja anda, anda boleh cuba beberapa laman web di bawah ini untuk mengisi waktu lapang anda “di pejabat”.

Emmm… anda digalakkan untuk menggunakan head phone atau ear phone sebelum membuka laman-laman web berikut jika tidak mahu surat pemecatan jawatan dihantar ke meja anda selepas ini.

Berikut adalah laman web yang dimaksudkan:

Horse Quartet
Sebuah kuartet kuda yang aneh, lucu dan menarik di mana mereka boleh diaktifkan secara individu atau berkumpulan untuk menyanyikan lagu-lagu yang mampu menggelikan hati. Dengan berbagai kombinasi dalam laman web ini, anda boleh menghabiskan beberapa jam tanpa harus berfikir sambil menikmati hiburan yang diberikan. “Kerja murni” ini direka khas untuk membuang waktu anda sekurang-kurangnya sehingga anda mendapat tugasan lain dari boss anda. ;)

Bubble Wrap Heaven
Bagi anda yang suka memecahkan belon-belon pada plastik pembungkus (bubble wrap), pasti anda akan menyukai laman web ini. Skrin monitor anda boleh menjadi satu plastik pembungkus raksasa yang dapat memuaskan kehendak nafsu dan keinginan anda untuk memecahkan  gelembung-gelembung udara yang dipaparkan. Bagaimana jika habis? Hanya tekan “fresh sheet” dan mulakan sekali lagi “hobi” baru anda ini. Tanpa perlu menggunakan otak, anda boleh menikmati kesenangan tiada penghujungnya di pejabat.

Teddy Bear Tower
Dekatkan kursor mouse anda pada para beruang-beruang lucu tersebut. Ia akan berjatuhan dan melompat-lompat lagi secara berulang-ulang. Dijamin sangat membuang waktu anda di pejabat.

Converter
Salah satu cara lain lagi untuk membuang-buang masa, tetapi berguna. Laman ini memungkinkan anda untuk meng-convert segala jenis unit kiraan ke dalam unit kiraan yang lain. Mungkin sangat menarik untuk mengetahui berat badan atau tinggi anda dalam kiraan yang aneh. Contohnya, berat badan saya bersamaan dengan 6 biji microwave oven… OHHH…!!!! (Berat sangatkah saya ni???) :P

Screaming Beans
Mula-mula terdapat satu tin yang penuh dengan baked bean. Klik pada tin tersebut untuk meledakkannya. Mungkin kacang-kacang tersebut kurang selesa. Satu kacang mulai berteriak keras. Cuba klik pada kacang tersebut. Lihat apa yang berlaku. Hati-hati, kerana semakin lama kacang tersebut semakin pandai dan bergerak semakin cepat.

Zombo
Laman web yang sangat sesuai dan sempurna bagi anda yang telah bekerja setengah mati seharian di pejabat. Jangan buka melainkan anda betul-betul boring dipejabat :P

Soothing Origami
Sebuah idea yang bebas dari penggunaan kertas. Mungkin idea ini boleh memberi menyelesaikan masalah anda bagaimana untuk menguruskan kertas-kertas bekas yang berserakan di pejabat anda? Salah satu jalan penyelesaiannya adalah “origami” (seni melipat kertas dari Jepun). LAman web yang menakjubkan ini akan membimbing anda untuk belajar origami bermula dari asas yang paling mudah sehingga level yang paling sulit. Sekurang-kurangnya ketika pulang ke rumah anda boleh tunjukkan hasil karya anda kepada keluarga terutama isteri/suami dan anak-anak anda. :)

Design a Flower
Jika origami tidak menarik perhatian anda, mungkin seni me-rekabentuk bunga anda sendiri boleh menjadi alternatif.  Laman web ini membolehkan anda untuk menciptakan kombinasi bunga anda sendiri dan mengirimkannya kepada orang lain.

Destroy the Internet
Buka mana-mana laman web yang anda benci tak suka dan hancurkan laman web tersebut dengan pelbagai alat yang tersedia. Anda boleh memilih bermula dengan serangan serangga sehingga kepada serangan dinosau serta memotong-motong laman web tersebut dengan gergaji eletrik. Dijamin terdapat banyak alat-alat yang tersedia membuat anda dapat menghabiskan waktu anda untuk mencubanya satu per satu.

The Idiot Test
Laman web ini memerlukan waktu yang lama untuk diselesaikan kerana:

1. Ia sangat banyak soalan untuk dijawab.

2. Jika anda melakukan satu sahaja kesalahan, maka anda harus mengulang kembali dari awal.

SELAMAT MENCUBA…!!!!!

Akaun Email menggunakan Ymail.com dan Rocketmail.com

Yahoo! Mail telah membuat perubahan terbesar baru-baru ini sejak beberapa tahun operasinya dalam menyediakan perkhidmatan email berasaskan web di internet. Ia telah membolehkan pengguna untuk mendaftarkan email dengan domain ymail.com dan rocketmail.com bagi pengguna-pengguna internet baru. John Kremer, Vice President Yahoo! Mail mengatakan bahawa mereka ingin membantu pengguna memiliki alamat email yang mereka mahu agar lebih ramai menggunakan servis Yahoo sebagai alamat email mereka.

Kerana “NamaAnda@yahoo.com” berkemungkinan besar sudah tidak “available”, ramai pengguna yang terpaksa menggunakan alamat email yang sukar diingati seperti “namaanda1988@yahoo.com” , “namapena23@yahoo.com” dan sebagainya. Yahoo ingin memberikan pengguna kesempatan untuk mendapatkan alamat email yang mereka inginkan

Yahoo! telah mula memperbaharui tampilan Yahoo Mail sejak tiga tahun yang lalu dan telah menggunakan nama “all-new Yahoo Mail” selama lebih dari satu tahun. Tampilan ini berasaskan teknologi yang diperolehi dari Oddpost.com pada tahun 2004.

Sebutan “all-new” akan dihapuskan selepas ini. Beberapa perubahan yang penting akan dilakukan. Antaranya ialah sebuah “inbox yang lebih pintar”, mengadaptasikan Yahoo Mail untuk dunia social networking hari ini dan membuka platform Yahoo Mail sebagai sebahagian dari Yahoo Open Strategy (YOS).

Yahoo percaya bahawa selepas ini apabila mereka berjaya mengadaptasikan Yahoo Mail ke dalam dunia social networking, semua komunikasi jarak jauh akan menjadi satu. Anda tidak perlu lagi mengunjungi beberapa laman web komunikasi sosial yang berbeza. Apabila semua (social bookmarking site) ini boleh diletakkan di address book dan informasi kalendar yang sama, anda akan dapat melihat semua informasi ini di satu inbox yang lebih produktif dan pintar.

Ramadhan Al-Mubarak

Kita sudah 2 hari selesai menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Dan tahun ini adalah tahun ke-7 saya menunaikan ibadah puasa diluar negara. Tahun ini juga insyaAllah (jika dipanjangkan umur) saya bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri buat kali ke-7 berturut-turut tanpa keluarga tercinta. Sedihnya… oh!

InsyaAllah tahun depan saya berazam untuk pulang menyambut Hari Raya di tanahair. Tahun ini tak dapat balik kerana terpaksa memberi komitmen kepada kerja. Cuti tahunan pun dah habis kerana saya telah menggunakannya sewaktu pulang ke Malaysia pada bulan Mac dan April yang lalu.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam yang membaca blog saya ini. Moga di bulan Ramadhan ini, kita sama-sama mempertingkatkan ketaatan kita kepada segala perintah Allah SWT mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Beberapa hari lagi saya akan sambung memberikan post-post menarik berkenaan dengan rahsia dunia internet…. Selamat berpuasa sekali lagi…

NAVIGASI

Kalendar

May 2013
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031