AmzaniMokhtar.com

[Komputer] Review iPad 3: Episod 2

Interface, media dan gaming

review ipad 3Bagi anda yang sudah biasa menggunakan iPad 2 tidak akan perasan update iOS 5.1 kerana update ini tidak membawa sebarang perubahan besar berbanding iOS 5. Begitu juga CPU A5 yang merupakan teras kepada iPad 2 – boleh dikatakan tiada upgrade ketara yang berlaku. Hanya bahagian grafik yang dinaik taraf kepada quad core yang diberikan nama baru iaitu ASX.

Walaupun CPU yang lebih pantas amat diperlukan, ini tidak bermakna iPad 3 adalah tablet yang perlahan dari segi pemprosesan data-nya. Dengan pixels yang begitu banyak, fokus perlu diletakkan pada graphics processor dan hasilnya tidak mengecewakan. iPad 3 melalui ujian saintifik yang ketat, tablet ini lulus dengan jayanya. Tiada kesalahan yang boleh ditunjukkan sama ada pada response time ataupun kemampuan untuk menerima input. Tidak kira banyak mana aplikasi yang ditutup dan dibuka, tiada sebarang petanda yang menunjukkan iPad 3 bertambah perlahan – walaubagaimanapun kadangkala terdapat juga aplikasi itu sendiri yang memerlukan masa sebelum boleh digunapakai.

Apple tidak menyatakan berapakah RAM pada iPad baru ini, tetapi khabar angin mengatakan ia adalah dua kali ganda daripada sebelumnya (dari 512 MB kepada 1GB). Ini menjelaskan bagaimana kelajuannya bertambah. Satu perkara yang perlu di-ambil perhatian: iPad 3 sering menjadi panas; tidaklah sehingga melecurkan tangan tetapi ia suatu perkara yang agak pelik apabila tiada sebab untuk tablet ini bekerja keras.

Ujian sebenar ialah apabila apps baru yang mesra Retina bakal muncul di App Store. Filem yang ditonton di iPad 3 juga tidak kurang hebat: filem dengan kualiti 1080p yang dimuat turun melalui iTunes kelihatan begitu menawan di skrin iPad 3 serta dapat dimainkan dengan lancar. Gabungan Retina Display dan quad-core graphical processor membuka peluang kepada Apple untuk menghasilkan produk hebat dalam pasaran permainan portable. Saya pernah mencuba permainan Sky Gamblers Air Supremacy, yang walaupun namanya tidak menarik perhatian, tetapi grafiknya sungguh cantik. Anda boleh terbang di udara dengan visual yang hebat dan processor iPad pula cukup berkuasa kerana game itu dapat dimainkan tanpa sebarang masalah tersekat-sekat.

Apple menyatakan ketika pelancaran iPad ini bahawa orang ramai akan lebih suka bermain game di iPad. Walaupun saya tidak bersetuju dengan kenyataan ini, peningkatan resolution bermakna gamers yang sudah terbiasa dengan kehebatan grafik PS3 ataupun Xbox 360 tidak akan kecewa dengan kualiti paparan iPad. Games merupakan pengukur aras yang baik untuk menunjukkan penambahbaikan dari iPad 2 kepada iPad 3 – perubahannya mungkin sekali sudah diramal, tetapi impak keseluruhannya tetap mengagumkan apabila anda memiliki dan menggunakan sendiri iPad baru ini.

Camera dan Apps

ipad 3 kameraKamera merupakan upgrade terbesar yang dilakukan – dari kurang daripada 1MP sensor yang didapati pada iPad 2 kepada 5MP sensor pada iPad 3. Flash masih lagi tiada pada model ini, tetapi dengan mengambil kira bentuk, berat ataupun saiznya, iPad sama sekali tidak sesuai untuk menjadi pengganti DSLR. Kemampuan kamera iPad apabila terdapat kehadiran cahaya menurun disebabkan bukaan aperturenya yang besar (f/2.4), sensor di bahagian belakang serta struktur lens yang dipinjam daripada iPhone 4S.

Rakaman video kini ditingkatkan kualitinya kepada 1080p. Kualiti rakaman adalah sangat baik serta rakaman anda masih dapat dirakam dengan baik walaupun iPad anda bergegar. Saya kagum dengan kemampuan iPad 3 untuk mengambil gambar demi gambar dengan cepat, walaupun tidak secepat iPhone 4S apabila kita perkatakan tentang “photography on the go”.

Ketiadaan pilihan untuk menukar elemen seperti resolution secara manual mungkin mengecewakan sesetengah pembeli walaupun kegunaan khusus iPad 3 bukanlah untuk fotografi. Kamera iPad menetapkan secara automatic semua settings yang diperlukan dan anda tidak boleh mengubahnya. Walaubagaimanapun, anda masih mempunyai pilihan untuk mengecilkan saiz apabila anda ingin menghantar gambar melalui emel.

PHOTO BOOTH: Anda boleh mencuba pelbagai efek yang anda inginkan pada mana-mana gambar yang anda pilih.

Kamera yang menghadap ke hadapan merupakan pilihan utama jika anda ingin gunakan untuk stills – tetapi alangkah bagusnya jika kamera ini mempunyai kualiti yang sama dengan kamera utama.

Adakah kamera iPad 3 mampu menjadi tarikan utama untuk orang ramai membelinya? Pada pendapat saya, ianya mungkin. Apple telah menghasilkan kamera iPad yang cukup bagus untuk sesebuah tablet, oleh itu anda tidak akan kecewa jika anda menggunakannya untuk merakam video ataupun menangkap gambar.

Apps dan storage

Aplikasi yang disertakan sekali dengan iPad 3 ini adalah agak sedikit, walaubagaimanapun anda boleh men-download sendiri dari App Store yang mempunyai lebih 200,000 aplikasi sedia untuk dimuat turun. Terdapat beberapa pilihan baru: contohnya Dictation yang membantu anda menyalin apabila anda menghadiri persidangan yang sibuk dan anda perlu memberi tumpuan yang sepenuhnya.

Secara praktikalnya iPad 3 ini berfungsi dengan baik – cuma ketiadaan ‘Siri’ seperti dalam iPhone 4S yang tidak diketahui sebabnya. Walaubagaimanapun, terdapat satu lagi isu yang mungkin akan membuatkan anda terfikir dua kali sebelum membeli iPad 3, terutamanya jika anda sedang berkira-kira untuk membeli model 16GB kerana….

Muat turun akan memainkan peranan yang besar bagi iPad. Terdapat filem dengan kualiti 1080p di iTunes, dan filem-filem baru ditambah setiap hari. Filem Anynomous contohnya, bersaiz 4.4GB. Memandangkan kapasiti maksimum iPad adalah 64GB, ruang storan iPad akan dipenuhi dengan cepat. Mungkin pengguna sedia ada sudah mula terfikir untuk meminta Apple mengeluarkan iPad dengan kapasiti 128GB pula.

Muat turun untuk fail bersaiz besar hanya boleh dilakukan dengan Wi-fi dan jika anda mempunyai had muat turun sebanyak 2GB yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan broadband anda, maka anda akan menghabiskan had data yang diberikan hanya untuk satu rancangan TV. Anda juga perlu tahu walaupun label di kotak tertulis Wi-fi + 4G, tetapi jika anda berada di tempat yang hanya mempunyai kelajuan 3G, ia mungkin akan mengecewakan. Anda boleh mendapatkan kelajuan sehingga 21Mbps atau lebih lagi jika anda menjumpai tempat yang menyediakan kemudahan itu tetapi kemudahan 4G LTE belum lagi disediakan secara meluas. Teknologi 4G LTE ini juga masih belum boleh digunakan secara meluas di Amerika Syarikat, negara pelopor teknologi tersebut.

Leave a Reply




NAVIGASI

Kalendar

June 2013
M T W T F S S
« May    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930