Runtime Error pada Windows Explorer – Cara mengatasinya

Pernahkah berlaku pada diri anda, semasa sedang sibuk menggunakan windows explorer komputer anda baik ketika sedang meng’copy’ data dan files atau membelek-belek isi folder-folder anda, tiba-tiba muncul error sehingga semua windows explorer anda terpaksa ditutup. Hal ini tentu menyebabkan anda rasa menyampah kecewa terutama sekali ketika anda sedang meng’copy’ file-file besar.

Error ini sebenarnya berlaku kerana ‘bug’ pada addon Internet Explorer anda. Untuk mengatasinya cukup mudah. Pertama sekali anda buka internet explorer. Pilih menu ‘Tools’ dan klik pada ‘Manage Add-Ons’. Cari ‘add ons FDMIECookieBHO Class’ dan disable add-ons.

Kemudian tekan OK. Tutup semua Internet dan Windows Explorer. Restart komputer anda. Selepas ini tidak akan ada lagi Runtime Error muncul di screen komputer anda. Semoga ia memberi manfaat kepada anda semua.

Comments

Powered by Facebook Comments