

Suruhanjaya Sekuriti (SC) semalam telah bertindak lebih tegas dengan memberi amaran kepada pelabur-pelabur yang terlibat dalam skim-skim cepat kaya di internet supaya mengeluarkan wang pelaburan mereka sebelum 11 Jun ini.
Selepas tarikh tersebut, semua akses ke laman web-laman web samada tempatan atau luar negeri yang mempromosikan skim2 pelaburan yang tidak pasti kesahihannya ini akan disekat..!!!!Ini bermakna semua pelabur tidak akan dapat lagi mengakses laman web-laman web tersebut malah akaun mereka juga tidak boleh di login.
SC menyatakan bahawa mereka sudah mengenalpasti 45 laman web dan 15 syarikat yang dikesan menjalankan aktiviti skim cepat kaya, pelaburan internet yang tidak sah serta pasaran modal dan sekuriti tanpa kelulusan mereka.
Masalahnya sekarang, pihak SC masih belum lagi mendedahkan senarai lengkap laman web-laman web dan syarikat-syarikat tersebut kepada umum. Hanya “mengenalpastiâ€. Sebelum ini mereka telah mendedahkan beberapa contoh laman web yang terlibat dalam skim-skim cepat kaya dan pelaburan internet haram ini. Ternyata contoh yang mereka berikan adalah tidak tepat sama sekali kerana WangCyber.Com dan BicaraJutawan.Com turut tersenarai dalam rekod mereka.
Ini menunjukkan mereka masih belum faham perbezaan antara orang yang berniaga menggunakan internet dengan pelaburan atau skim cepat kaya di internet. Tidak semestinya semua jenis perniagaan melalui internet boleh dikategorikan sebagai haram dan tidak sah dari segi undang2.
Bahkan WangCyber.Com dan BiacaraJutawan.Com adalah antara laman web yang paling aktif dalam memberi kesedaran kepada masyarakat terutama pengguna-pengguna internet di Malaysia tentang bahayanya skim cepat kaya dan pelaburan haram di internet ini.
Diharap pihak SC dapat menyemak dan membuat penelitian semula sebelum menuduh laman web-laman web tertentu mempromosi skim-skim dan pelaburan terlarang di internet sebelum menyekat akses ke laman web-laman web tersebut.
SC bertindak tegas
June 1st, 2007
amzani
RSS Feed
Twitter
Posted in 



saya sangat terrenjat…ha..terrenjat nkau..pasal terlalu ramai yang salah faham tentang pelaburan internet dan perniagaan internet.contohnya….jai network systems sdn bhd..www.jnssb.com….bukan pelaburan internet tapi pemberita cha ya nun alif tu…sudah jadi tolol wal bongok. jnssb tak pernah wujudkan pelaburan internet tapi perniagaan melalui sistem tabarruq..ada dan sah…samada segi hukum dunia atau agama.cumanya agen2nya yang kurang faham cara yang seafdhal2nya akad jualbeli tu…