Enam laman web telah dikenal pasti dipercayai menawarkan skim pelaburan secara haram kepada orang ramai iaitu www.abbfund.com atau abfund.us, www.cfventure.com, www. swedenfund.com, www.uebond.com, www. esuissefund.com atau www.efmf. com.pa dan www.ecashfinance.com.
Sekurang-kurangnya enam daripada 45 laman web skim pelaburan tempatan dan asing yang dikesan menjalankan aktiviti pasaran modal dan sekuriti tanpa kelulusan SC masih beroperasi seperti biasa meskipun arahan menghalang akses kepada laman-laman web itu telah dikuatkuasakan.
Didapati laman-laman web itu masih aktif kecuali www.swedenfund.com. Antara laman web yang dikesan masih beroperasi ialah www.prowealthsolutions.com, www.myshare2u.com, www.mydinar.net, www.eduit.com, www.usfunds.com, www.sunshine-empire.com dan www.simesecurities.net.
Namun, akses kepada laman-laman web itu hanya disekat dari Malaysia tetapi ia masih dapat diakses dari luar negara. Bagi saya, adalah tidak bijak untuk orang ramai terus melabur dalam skim pelaburan tidak sah ini sedangkan pihak berkuasa telah pun memberi amaran oleh bahawa pihak (pengendali laman web) itu tidak dilesenkan bagi aktiviti pelaburan sedemikian.
Memang tidak dinafikan kebanyakan orang ramai yang terjebak ke dalam skim seperti ini adalah kerana terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan kenalan atau saudara-mara. Mana taknya, dengan pelaburan AS$1,000 (kira-kira RM3,400) untuk membuka satu akaun, akaun tersebut dikatakan mampu menjana pulangan AS$2,000 dalam tempoh 100 hari. It is good to be true, isn’t it?
Dikatakan, dalam dua bulan pertama, pulangan seperti yang dijanjikan iaitu AS$20 (RM68) akan dijana sehari. Kerana terpengaruh dan ikutkan nafsu, seseorang sanggup melabur lagi dan membuka sehingga enam akaun berjumlah AS$6,000 (RM20,400). Selang beberapa bulan, keadaan tidak seperti biasa lagi kerana wang pulangan tidak dimasukkan ke dalam akaun seperti kebiasaan walaupun ia tertera dalam rekod transaksi.
Adakah anda sanggup jadi seperti ini? Pada saya, nak jadi kaya bukan senang. Bukan boleh dalam sekelip mata kecuali jika kita menipu orang. Ingatlah, duit tuh hanya daki dunia. Janganlah kita butakan mata hati kita hanya dengan melihat duit yang banyak. Hidup senang banyak duit pun tak menjanjikan bahagia. Hidup sederhana atau serba kekurangan pun tak semestinya derita sepanjang hayat. Allah yang bagi rezeki. Hanya Dia yang menentukan hidup kita derita atau bahagia. Bukan duit.
RSS Feed
Twitter
June 17th, 2007
amzani
Posted in 


