Posts tagged "Google"

Lima hasil carian Google yang aneh dan melucukan

Google adalah sebuah enjin carian favourite majoriti penduduk dunia yang menggunakan internet. Setiap hari Google membantu berjuta-juta pengguna menjelajahi Internet. Dan jika anda mengharapkan sesuatu dari Google, selalu ia tidak akan mengecewakan anda. Beberapa hari lepas saya terjumpa satu artikel berkenaan dengan beberapa hasil carian Google yang agak aneh. Saya terus mencubanya. Berikut adalah 5 hasil carian Google yang pada saya memang melucukan.

Catatan: Hasil carian dilakukan dengan menggunakan domain Google.com, bukan domain regional seperti Google.com.my atau sebagainya.

1. Who is a failure ?

Taip “who is a failure?” pada kotak carian lalu tekan enter. Dan hasilnya adalah…

Who is a failure

2. Search

Jika anda menaip perkataan “search” pada kotak carian Google dan tekan enter, hal yang aneh akan terjadi. Google berada dalam rangking bawah di halaman kedua atau ketiga. Hasil pencarian pertama adalah Microsoft Live Search!. Memang hasil carian ditampilkan berdasarkan perhitungan algoritma, namun Google seharusnya muncul pada ranking pertama di halaman pertama kerana pengguna mencari perkataan “search” dengan menggunakan enjin carian Google sendiri. Kesimpulannya Google tidak mengiktiraf dirinya sendiri sebagai enjin carian terkenal didunia.

3. Achieving

Yang satu ini sangat menarik dan menggelikan. Taip perkataan “Achieving” pada kotak carian Google dan lihat hasilnya!!

google_achieving

4. What to do if..

Tanyakan kepada Google “what to do if inside of the grill gets wet” (apa yang harus dilakukan jika dalam alat pemanggang basah). Lihat hasilnya!

5. Find Chuck Norris

Anda ingin mencari Chuck Norris? Taip “find Chuck Norris” pada Google lalu klik “I’m feeling lucky” dan lihat hasilnya.

Chuck Norris

Anda tahu hasil carian lain yang menarik dan melucukan? Boleh juga dikongsikan di ruang comment… sekian

1 comment - What do you think?
Posted by amzani - August 7, 2008 at 11:14 am

Categories: Internet   Tags: , , , ,

Google Inc. meminati Malaysia

Semalam sewaktu saya membaca akhbar Utusan Malaysia dibahagian berita Dalam Negeri, terpandang satu tajuk berita yang pada saya amat menarik. Ia mengenai kenyataan Naib Presiden Google Inc. tentang keinginan Google dalam meluaskan sayap pemasarannya di Asia Tenggara dengan memilih Malaysia sebagai kajian. Mereka membuat kajian tentang pasaran negara ini termasuk faktor bahasa, budaya dan gaya hidup serta tabiat pengguna tempatan melayari internet tempatan.

Ikuti petikan akhbar tersebut:

Google Inc. (Google), syarikat enjin carian Internet terbesar di dunia menyifatkan pasaran Malaysia semakin penting kerana negara ini merupakan pengguna kemudahannya yang terbesar di rantau Asia Tenggara.

Sehubungan itu, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Internet Google, Vinton G.Cerf berkata, pihaknya masih mencari peluang dan masa terbaik untuk meluaskan penguasaan pasaran berkenaan.

Katanya, bagi merealisasikan cadangan berkenaan, Google sedang membuat kajian tentang pasaran negara ini termasuk faktor bahasa, budaya dan gaya hidup serta tabiat pengguna tempatan melayari Internet tempatan.

”Kami telahpun memiliki operasi di negara-negara lain di Asia seperti di China dan India dan kami memang mencari peluang baru untuk meluaskan aktiviti perniagaan kami khasnya di rantau ini,” katanya pada sidang akhbar sempena Kongres Teknologi Maklumat Sedunia (WCIT 2008) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Menurut Ceft, kajian terperinci perlu kerana ia akan menjadi pemangkin kepada kejayaan syarikat untuk menguasai sesebuah negara berdasarkan kefahaman syarikat terhadap keperluan dan kemahuan pengguna Internet dan tabiat pelayaran mereka.

Katanya, tabiat pengguna melayari Internet amat berbeza daripada satu negara dengan negara lain kerana ia adalah berkaitan dengan budaya, bahasa dan kepercayaan masing-masing.

”Kadar penembusan kami di sebahagian pasaran dunia ini bergantung kepada sejauh mana kami memahami bahasa dan tabiat pengguna melayari Internet untuk memperoleh maklumat,” ujarnya.

1 comment - What do you think?
Posted by amzani - May 22, 2008 at 11:23 pm

Categories: Umum   Tags: