Kenali cookies dalam dunia cyber

Cookies merupakan sejenis unjuran teks yang disimpan di dalam sesebuah komputer oleh browser web. Ia juga boleh dikenali sebagai web cookies, browser cookies, tracking cookies, internet cookies atau HTTP cookies.
Terdapat beberapa tanggapan yang salah dari kalangan orang ramai khususnya para pengguna internet mengenai cookies. Ini disebabkan mereka tidak benar-benar tahu apa itu sebenarnya cookies dan apakah fungsi dan tujuan cookies itu sendiri? Antara tanggapan yang salah yang boleh kita dengari mengenai cookies adalah:
1. Cookies ialah pepijat dan virus yg boleh merosakkan komputer.
2. Cookies digunakan untuk aktiviti “Spamming“.
3. Cookies akan menyebarkan maklumat peribadi ke luar rangkaian PC anda.
4. Cookies digunakan untuk pengiklanan yang tidak diundang.
Akan tetapi, realitinya ia bukanlah seperti apa yg telah disebutkan di atas. Jom! Mari kita ke dunia cookies yg sebenar dan mengenalinya dengan lebih dekat.

Seperti yang telah saya nyatakan di atas, cookies sebenarnya sejenis teks yang disimpan di dalam komputer peribadi anda. Ia bukanlah sebuah program, perisian mahupun sejenis plug-in.
Cookies ini disimpan di dalam komputer anda oleh laman web yang telah anda lawati melalui browser web (Internet Explorer, Mozilla Firefox dan sebagainya). Sekarang, tentu anda tertanya-tanya mengapa cookies ini disimpan ke dalam PC anda oleh laman web tersebut?
Tujuannya banyak sebenarnya. Berikut adalah di antara tujuan dan fungsi utama cookies:-
Menunjukkan apt content
Cookies digunakan oleh laman-laman web bagi tujuan menetapkan atau menyimpan maklumat pelawat-pelawat mereka untuk tujuan menunjukkan kandungan-kandungan tertentu (apt content) kepada para pelawat tersebut.
Apt content boleh juga dikatakan sebagai maklumat-maklumat yang dikehendaki oleh para pelawat tersebut untuk ditunjukkan pada sesuatu laman web.
Ada ketikanya laman web tidak akan dapat berfungsi dengan sepenuhnya atau langsung tidak boleh di akses jika pengguna menghalang atau tidak mengaktifkan penggunaan cookies.
Hahaha… mesti pening kan? Jangan risau. Saya pun pening. Hehe. Susah juga nak menyampaikan pemahaman kita mengenai sesuatu perkara kepada orang lain. Tidak mengapa lah. Lebih baik saya beri contoh.
Sebagai contoh, jika anda menetapkan ‘Preferences’ di browser web anda pada halaman Google untuk menunjukkan 100 results carian setiap page, maka Google akan terus menunjukkan 100 results sahaja selagi mana anda tidak padam (delete) cookies tersebut di browser web anda. Manakala, jika anda delete cookies tersebut, fungsi 100 results setiap page tersebut akan dihentikan.
Itu salah satu fungsi cookies. Menunjukkan “apt content”.
Aplikasi dalam web jenis ‘shopping cart’
Cookies digunakan untuk aplikasi laman web yang menggunakan ‘shopping cart’. Ia membantu server suatu laman web menyimpan data-data yang dipilih oleh pelawat di laman web tersebut dan seterusnya memaparkan semula data yang telah dipilih oleh pelawat laman web itu kelak apabila pelawat datang kembali. Aduh… lagi pening, yek? Okay, okay…. saya bagi contoh.
Jika pelawat ‘A’ melayari suatu laman web e-commerce ataupun e-dagang yang menggunakan format shopping cart dan memilih produk ‘B’, mungkin pelawat ‘A’ tidak mahu terus membeli kerana mahu berfikir dahulu. Kemudian dia terus log off atau shutdown PC dia.
Bagaimana laman web tersebut ingin mengesan tindakan pelawat ‘A’ tadi jika dia mengunjunginya buat kali kedua?
Cookies lah jawapannya. Cookies akan membolehkan laman web tadi mengesan pelawat yang pernah mengunjungi laman tersebut buat kali kedua dan menyimpan pilihan produk ‘B’ yang dipilih pelawat si ‘A’ dan dipaparkan apabila pelawat membuka semula laman web tadi.
Saya harap anda faham sekarang. Hehehe. Fungsi cookies seterusnya ialah…
Login secara terus
Satu lagi kebaikan cookies ialah ia membenarkan pengguna untuk log in ke suatu laman web secara automatik. Cookies membolehkan pelawat menyimpan maklumat peribadi seperti login ID dan password seterusnya menetapkan tempoh jangka masa untuk maklumat tersebut disimpan.
Jadi setiap kali pelawat yang sama ingin mengakses ke halaman yang memerlukan login id dan password sebelum tempoh luput cookies tadi, server akan secara automatik membenarkan pelawat tersebut masuk secara terus tanpa login.
Terdapat juga sesetengah halaman e-commerce yang membolehkan pengguna memilih produk kemudian menyimpannya ke dalam apa yang dikenali sebagai virtual basket walaupun pengguna tersebut tidak melakukan login. Cookies lah yang memainkan peranan bagi tujuan ini.
Selain daripada kelebihan cookies seperti yang telah dinyatakan di atas, ia juga tidak akan luput atau deactivated jika tempoh login pengguna komputer telah tamat ataupun komputer tersebut di padam malah jika reboot atau restart juga ia masih lagi aktif.
Setiap cookies mempunyai tarikh luput iaitu apabila tempoh aktif cookies tersebut tidak lagi diteruskan. Pengguna juga diberi pilihan untuk samada mengaktifkan cookies tersebut ataupun tidak.
Di samping itu, setiap laman web mempunyai cookies yang berfungsi secara tersendiri. Maksudnya, cookies daripada laman web yang berlainan tidak akan menukar maklumat-maklumat peribadi sesama mereka. Tiada sebarang link akan berlaku.
Cookies mampu memberi banyak manfaat kepada para penggunan internet. Oleh itu, pandangan yang negatif mengenai cookies sepatutnya boleh diabaikan selagi mana ia tidak memudaratkan para pengguna itu sendiri. Tanpa cookies mana mungkin penggunaan internet untuk tujuan peribadi seperti login atau menyimpan rekod-rekod aktiviti di internet boleh dilakukan dalam masa yang pantas.
Categories: Internet Tags: fungsi cookies, makna cookies, maksud cookies, tujuan cookies, web cookies










