amzanimokhtar.com

Tips Komputer dan Internet


Rahsia Membina Blog 100% Autopilot

Kini rata-rata pengguna internet diseluruh dunia memiliki blog. Tidak kira ia digunakan untuk tujuan peribadi, perniagaan, hiburan ataupun komuniti. Blog sudah mula diterima ramai memandangkan ia amat mudah dibina dan diselenggarakan tidak seperti laman-laman web biasa yang memerlukan penggunaan code HTML atau PHP, sudah pasti memerlukan pengetahuan teknikal yang mendalam.

Blog boleh dibina dalam masa hanya beberapa minit. Kerana ianya mudah dan senang untuk diselenggarakan, maka tidak hairanlah terdapat ramai pengguna internet yang memiliki lebih dari satu blog. Ada yang memiliki lebih dari 10 blog. Rata-rata mereka menggunakan blog untuk menjana pendapatan di internet melalui pengiklanan secara online seperti Adsense, Program Click Per Action (CPA) dan Pemasaran Affiliate.

Adakah anda tergolong dalam mereka yang memiliki lebih dari satu blog? Jika ya, pada pendapat anda, apakah masalah utama bagi anda apabila memiliki banyak blog? Pernah tak sampai suatu ketika, anda berasa agak bosan mengupdate blog yang banyak? Membina blog amat menyeronokkan. Terutama sekali apabila kita mula memasang theme-theme yang cantik-cantik menyebabkan kita akan teruja dan bersemangat untuk memiliki blog.

Namun, selepas beberapa bulan berlalu, kekerapan posting yang dibuat di blog-blog tersebut semakin lama semakin berkurangan. Tidak seperti diawal pembikinan dahulu, setiap hari malah setiap jam ada sahaja post terbaru yang dibuat. Perkara ini telah menjadi satu lumrah. Tetapi sebenarnya masalah ini boleh diatasi dengan “auto-blogging system”.

Post kali ini saya ingin menulis mengenai auto-blogging. Auto-blogging diistilahkan sebagai blog yang diupdate secara automatik mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pemilik sesuatu blog. Ada yang merungut mereka yang yang memiliki banyak blog tidak dapat meng-update blog mereka selalu kerana kekangan masa dan sebagainya.

Kini masalah tersebut boleh diatasi dengan mudah. Blog kini boleh diupdate secara automatik. Jika anda ingin mengetahui rahsia bagaimana untuk membina blog autopilot boleh mendapatkan laporan PERCUMA!!! bertajuk “Rahsia AutoBlog” yang ditulis oleh saudara Khairilz.

Dalam laporan ini ada menerangkan:

? Bagaimana membina blog autopilot dalam masa 5 minit

? Bagaimana untuk install blog wordpress dalam masa 2 minit sahaja

? Bagaimana untuk mendapatkan ranking yang tinggi di Google untuk blog autopilot anda

? Bagaimana blog autopilot boleh menjana RM1,500 sebulan daripada Google Adsense

Dapatkan segera laporan percuma ini sebelum ianya masih percuma… :-) hehehe…

Rahsia AutoBlog

Selamat mendownload.

  • Share/Bookmark
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes