Posts tagged "Twitter"

[Internet] Kerja anda akan menjadi mudah dengan Twuffer

Twuffer ialah sebuah web aplikasi yang membolehkan anda menetapkan jadual tweet secara berkala di Twitter. Jika anda mempunyai senarai tweet yang banyak atau merancang untuk melakukan tweet pada masa akan datang, semestinya anda tidak mahu memaparkan kesemuanya dengan serentak dalam satu-satu masa. Anda boleh schedule semua tweet tersebut mengikut masa dan tarikh yang anda kehendaki agar ia dipaparkan secara terancang di Twitter anda.

Bagaimana untuk mendaftar dengan Twuffer?

 

Sebenarnya tidak perlu mendaftar. Anda pergi sahaja ke laman www.Twuffer.com

Login secara terus dengan menggunakan Twitter ID dan password anda. Twitter akan melakukan “Authorization” terhadap akaun anda. Ikut sahaja procedure yang terpapar di laman web tersebut. Selepas akaun anda disahkan, anda boleh mengakses laman Twuffer dan perkara pertama sekali yang anda perlu lakukan ialah melakukan sedikit proses Settings. Klik pada butang Settings dan setkan timezone anda… selesai!!!

Mulakan menulis tweet anda dengan menentukan tarikh dan masa berdasarkan timezone yang telah anda tetapkan. Ianya sangat mudah. Ia sama seperti Twitter dimana tweet anda perlulah tidak melebihi dari 140 patah perkataan, kemudian gunakan ruang “When to Tweet” untuk memilih bila tarikh dan masa untuk tweet anda akan dipaparkan. Mudah bukan? Anda boleh membuat seberapa banyak schedule tweet yang anda mahu.

Selamat mencuba… ;-)

twuffer

Be the first to comment - What do you think?
Posted by amzani - January 22, 2012 at 8:05 pm

Categories: Internet   Tags: , ,

Twitter: Apa yang anda sedang lakukan?

Twitter adalah sebuah web perkhidmatan online yang membolehkan ahli berdaftar berkomunikasi melalui pertukaran teks pendek untuk memberitahu “Apa yang anda sedang lakukan”.

Cara-cara menggunakan Twitter sangat mudah. Anda hanya perlu mendaftar di Twitter.com, edit profile anda, kemudian taip sahaja apa-apa mesej memberitahu apa yang anda sedang lakukan. Contohnya anda boleh taip “Saya sedang update blog” atau “Berkelah ditepi pantai petang ini” atau apa saja.

Anda boleh “follow” Twitter rakan-rakan, keluarga atau kenalan anda dan anda boleh melihat mesej-mesej ringkas yang mereka paparkan.

Twitter menjadi semakin popular ketika ini kerana pendekatan dan konsep ringkas, tepat dan padat yang diaplikasikan oleh Twitter dalam membina rangkaian komuniti sosial para pengguna internet seluruh dunia.

Ianya seperti menghantar pesanan ringkas kepada kenalan yang mengikuti Twitter anda dan membolehkan mereka mengetahui apakah yang anda sedang lakukan. Ini membolehkan Twitter digunakan sebagai alat untuk para blogger memberitahu para pembaca blog mereka mengenai posting terbaru dan boleh juga diekploitasi oleh para usahawan internet bagi memberitahu pelanggan-pelanggan atau bakal pelanggan mereka tentang produk-produk atau servis-servis yang bakal ditawarkan.

Jika anda mempunyai blog, twitter merupakan tool terbaik untuk memberitahu para pembaca blog anda mengenai post terkini yang telah ditulis. Caranya?

1. Daftar akaun Twitter anda dahulu.

2. Ajak pembaca blog anda mendaftar Twitter.

3. Galakkan pembaca blog anda untuk mengikut anda dalam twitter.

4. Hantar mesej pendek memberitahu post terbaru anda melalui Twitter supaya pembaca blog anda juga tahu dan mereka boleh baca post tersebut di blog anda.

Selain daripada memberitahu tentang post terbaru, anda juga boleh memberitahu aktiviti harian anda. Contohnya cadangkan tempat makanan kegemaran anda, buku yang sedang anda baca, rancangan TV yang menarik, aktiviti santai yang bagus dan sebagainya.

Jom Ikut Saya di Twitter

Kalau anda telah mempunyai akaun Twitter, anda boleh mengetahui apa yang sedang saya lakukan serta perkembangan blog ini dengan mengikuti saya di Twitter. Pergi ke laman web saya di Twitter melalui link ini.

Kemudian, di bawah gambar saya, ada kotak Follow. Klik pada kotak tersebut. Dan anda sudahpun mengikuti saya dan anda akan jadi orang pertama yang tahu apa saya lakukan..

Twitterfox

Kadang-kadang malas juga saya nak buka laman web twitter setiap kali ingin post mesej di Twitter. Hohoho…. Mujur ada plugin Twitterfox. Ia memudahkan saya menghantar mesej twitter tanpa membuka laman web utama Twitter kerana plugin ini menyediakan shortcut di bahagian bawah kanan window firefox saya. Cuma perlu klik sekali dan window kecil akan terpapar. Saya hanya perlu taip mesej twitter saya disitu sahaja.

Dan apabila ada orang yang saya follow menghantar tweet mereka, satu belon kecil akan keluar untuk memberitahu saya. Mudahkan? Nampak gayanya semakin hari saya menjadi semakin malas. Nak buka laman web pun susah dan ada sahaja plugin-plugin yang memudahkan kerja kita. Huhuhu….

Download Plugin Twitterfox ini di laman web berikut: Klik di sini!

10 comments - What do you think?
Posted by amzani - February 17, 2009 at 12:35 am

Categories: Internet   Tags: ,