AmzaniMokhtar.com

[Teknologi] Telefon Pintar iPhone 4S – Antara Yang Terbaik

Pengeluaran iPhone 4S mengejutkan banyak pihak apabila model yang dijangkakan sepatutnya keluar adalah iPhone 5, sebaliknya kita mendapat iPhone 4 dengan sebahagian besar dalamannya diperbaiki. Walaupun ramai yang pada mulanya kecewa, model iPhone 4S menampilkan deretan ciri-ciri teknologi terbaik direka bentuk untuk meletakkannya setaraf dengan model-model lain seperti Samsung Galaxy S2.

iphone 4S terbaik

Kepada mereka yang sudah biasa menggunakan iPhone pasti dapat perhatikan perubahan yang besar dan jelas terdapat pada iPhone 4S. Kameranya telah dinaiktaraf kepada 8MP (dengan penambahbaikan nisbah bukaan), CPUnya pula adalah dual-core A5 processor seperti yang terdapat pada iPad 2, serta peningkatan tujuh kali ganda kuasa pemprosesan grafik.

Bagi mereka yang belum pernah menggunakan iPhone, mari kita sama-sama menjelajah telefon pintar ini seketika…

iPhone 4S juga memiliki SIRI, servis pengecaman suara yang dibangunkan sendiri oleh Apple – adakah fungsi ini akan membawa perubahan besar kepada industri telefon pintar atau hanyalah sekadar gimik semata-mata? Seperti yang semua orang sedari, iPhone 4S mempunyai reka bentuk luaran yang hampir serupa dengan iPhone 4, yang mungkin mengecewakan sesetengah golongan yang mengharapkan penampilan yang berbeza bagi gadget-gadget keluaran terbaru di pasaran.

Namun Apple membuat sedikit perubahan kecil kepada reka bentuk iPhone 4S, dengan mengubah reka bentuk antena dual-band, untuk memastikan tidak berlaku lagi masalah seperti antenna-gate pada iPhone 4. Bahagian atas iPhone 4S menempatkan butang kuasa/kunci, headphone jack serta mikrofon penebat bunyi bising.

iphone 4S terbaik

Pada bahagian kanan telefon ini pula tidak mempunyai sebarang butang, tetapi terdapat slot untuk kad SIM mikro, yang boleh dikeluarkan dengan alat yang diberikan (atau boleh juga menggunakan klip kertas). Bahagian bawah telefon ini pula adalah standard, bersama dengan Apple connector dan dwi pembesar suaranya menghasilkan bunyi yang kualitinya agak memuaskan.

Bahagian kiri telefon ini pula terdapat butang-butang bulat untuk kawalan suara, dengan butang paling atas berfungsi sebagai butang pengatup untuk memudahkan kerja mengambil gambar dengan model iPhone baru ini. Terdapat juga suis penyenyap yang telah dialihkan sedikit ke atas berbanding yang terdapat pada model sebelumnya.

Seperti yang anda dapat lihat, Apple telah memperbaiki teknologi jalur antenanya bagi mengatasi kekurangan yang terdapat pada signal reception iPhone 4 terutama di kawasan-kawasan yang kurang mendapat liputan. iPhone 4S dilengkapi dengan dual-core A5 processor yang bermakna jangka hayat bateri diharapkan dapat bertahan lebih lama dan bahagian telefon yang lain dapat beroperasi dengan lebih pantas.

iphone 4S terbaik

Dengan kehadiran fungsi animasi yang lebih bagus, kelajuan iPhone 4S adalah lebih perlahan berbanding telefon bimbit dual-core lain yang terdapat di pasaran namun untuk kegunaan asas seperti membuat panggilan, melayari internet, penggunaan apps dan sebagainya, iPhone 4S jauh lebih baik. Pada pandangan saya, ia adalah sistem paling intuitif di pasaran – semua orang adalah pengguna tegar telefon pintar dan bagi seorang yang mahukan telefon pintar yang mudah untuk digunakan, iPhone 4S adalah antara yang terbaik.

Leave a Reply




NAVIGASI

Kalendar

May 2013
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031