Bina laman web minisite menggunakan Wordpress
Di internet, terdapat pelbagai jenis konsep laman web. Antara yang paling popular ialah laman web yang berkonsepkan blog dan minisite. Dua jenis laman web ini boleh dikatakan laman web yang paling menguntungkan untuk tujuan pemasaran internet atau buat duit di internet.
Ribuan usahawan internet diseluruh dunia menggunakan medium blog dan minisite sebagai laman web pemasaran yang paling utama untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka secara online.
Minisite telah diakui mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam menarik perhatian bakal pembeli dalam memberikan respon terhadap perkara yang dipasarkan menerusi laman web minisite. Minisite lebih fokus kepada satu jenis tumpuan produk sahaja, berlainan pula dengan laman web berbentuk shopping cart yang menghidangkan pelawat dengan pelbagai jenis produk dalam satu masa.
Berkaitan dengan blog pula, perkataan Wordpress memang begitu sinonim dengan blog. Berjuta-juta blog di internet masakini kebanyakannya boleh dikatakan menggunakan platform Wordpress. Namun adakah penggunaan wordpress hanya terbatas kepada pembinaan blog semata-mata?
Kini Wordpress bukan sekadar dibina untuk tujuan blogging. Ia boleh juga ditukarkan kepada sebuah laman web minisite. Apa yang diperlukan hanya sebuah template berbentuk minisite yang boleh diintegrasi bersama blog Wordpress tersebut.
Kelebihan yang yang paling ketara pembinaan sebuah laman web minisite berbasiskan Wordpress ialah kelebihan Wordpress itu sendiri yang mesra SEO dan mampu untuk menarik trafik yang tinggi melalui enjin carian. Ini disebabkan Wordpress mempunyai plugin-plugin yang boleh diinstall untuk tujuan peningkatan prestasi laman web minisite berbasiskan wordpress tersebut.
Selain daripada mesra SEO, mereka yang tidak mempunyai pengetahuan dalam HTML boleh mengambil peluang ini untuk membina laman web minisite mereka sendiri. Setup blog Wordpress seperti biasa dan tukarkan template kepada template minisite. Kemudian, hanya sekadar menukar beberapa setting melalui Wordpress, laman web minisite terbina seperti laman-laman web minisite professional yang lain.

Persoalannya, dimana nak dapatkan template Wordpress yang berbentuk laman web minisite? Berita baik untuk anda.
Saudara Hidayat Shariff atau lebih dikenali sebagai Madno telah bermurah hati untuk memberi template tersebut secara PERCUMA. Kepada mereka yang ingin mencuba untuk membina laman web minisite menggunakan platform Wordpress, boleh mendownload template beliau tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Malah anda pula yang akan dibayar jika anda mempromosikan template tersebut kepada orang lain dengan menyertai program affiliate di laman web beliau.
Jika anda ingin mendapatkan template tersebut, dan ingin menyertai program affiliate beliau, boleh layari URL berikut





























