Tips Cara Mematikan DVD Autoplay

Apabila anda memasukkan CD, VCD atau DVD yang didalamnya mempunyai files berbentuk audio atau video, selalunya ia akan di-’loading’ secara automatik oleh komputer anda dan file tersebut akan dibuka menggunakan program yang sesuai. Situasi ini dipanggil “Autoplay”.

DVD software sering memiliki feature automatic-loading seperti ini. Bagi saya, ia memberi satu kelebihan terutama kepada mereka yang malas kurang rajin untuk membuka satu-satu file audio atau video menggunakan program yang mereka sukai secara manual.

Jika dilihat secara logik sudah tentu menonton video melalui komputer menjadi suatu perkara yang amat mudah jika file video tersebut di-’loading’ secara automatik dan terus dimainkan di skrin komputer tanpa bersusah payah membuatnya secara manual. Bagi mereka yang kurang mahir dalam menggunakan program seperti Windows Media Player, RealOne, VLC Player atau mereka yang tidak pernah menggunakan komputer, feature autoplay ini pasti akan memudahkan mereka. Masukkan sahaja DVD dan terus tonton.

Namun, terdapat juga sesetengah pengguna yang tidak menyukai feature autoplay ini. Jika anda salah seorang daripada mereka, tips kali ini pastinya berguna buat anda. Kali ini saya ingin kongsikan tips bagaimana untuk deactivate feature Autoplay. Ikuti langkah-langkah berikut:-

    • Masukan DVD ke dalam DVD-ROM anda, tunggu sehingga file dibuka menggunakan autoplay. Setelah file dibuka, tutup program tersebut dan kembali ke tampilan komputer utama (Desktop).
    • Sekarang klik “My Computer“. Klik kanan pada DVD drive dan pilih “Properties” seperti gambar dibawah.
    • Pada Menu Window pop-up seperti tampilan dibawah, klik tab “AutoPlay
    • Dipaparan window baru membolehkan anda memilih apa sahaja program yang anda inginkan untuk memunculkan DVD movie, Audio CD atau media lainnya. Gunakan menu ‘drop-down’ untuk memilih jenis media. Sebagai contoh, saya memilih ‘DVD movie’.
    • Kemudian dibahagian “Actions“, klik ‘Select an action to perform’ dan pilih ‘Take no action’.
    • Klik butang “Apply“.

Selesai. Feature Autoplay tidak akan muncul lagi selepas ini.

Comments

Powered by Facebook Comments