Tips mendownload video Youtube.Com
Youtube sudah tidak asing lagi bagi berjuta-juta pengguna internet di seluruh dunia. Lihat sahaja rankingnya di Alexa.Com, sentiasa berada dalam kelompok 5 teratas senarai traffik tertinggi. Youtube adalah sebuah laman web yang menyediakan video-video percuma yang boleh ditonton melalui ‘streaming’ di internet.
Pengunjung boleh juga membuat video sendiri dan mengupload video mereka di Youtube. Kebanyakan video di upload oleh pengguna dari serata dunia dan kita akan lihat pelbagai video yang menarik bukan sahaja video berbentuk hiburan malah juga pelbagai bidang.
Namun tidak semua pengunjung yang mengunjungi laman web Youtube ini mempunyai sambungan internet yang laju. Disebabkan cara untuk menonton video di Youtube adalah melalui streaming, ada diantara mereka yang menunggu sehingga berjam-jam bagi membolehkan video kegemaran mereka di’stream’.
Ramai yang bertanyakan bagaimana caranya untuk mendownload video di Youtube.
Baiklah. Terdapat banyak cara untuk mendownload video di Youtube.Com. Cuma beza diantara kebanyakan cara-cara tersebut ialah susah atau senang. Saya ingin kongsikan dengan anda antara cara termudah untuk mendownload.
Perkara pertama anda perlu lakukan terlebih dahulu adalah mendapatkan software FLV Player. Video yang akan anda download nanti hanya boleh dimainkan di FLV Player. Setakat ini belum ada cara untuk menukarkan format video Youtube kepada WMV, MPEG, AVI atau format-rormat yang seangkatan dengannya yang mana format-format tersebut boleh dimainkan di Window Media Player, VLC Player, Winamp atau Real Player.
Untuk mendownload FLV Player, sila klik di URL berikut. Download FLV Player
Setelah selesai mendownload, install FLV Player ke dalam komputer anda.
Baiklah. Perkara kedua anda perlu mempunyai software Youtube Downloader. Software tersebut anda boleh dapatkan disini.
Install software Youtube Downloader ke dalam komputer anda.
Langkah seterusnya, buka software Youtube Downloader yang anda telah installkan tadi. Paparan seperti dibawah akan keluar.
Masukkan URL video youtube kegemaran anda di ruangan ‘Enter Video URL’. Kemudian klik OK. Paparan seperti dibawah akan keluar.
Pilih kualiti output video yang anda inginkan. Ingat, semakin tinggi kualiti yang anda pilih, semakin lama proses download akan berlaku. Klik OK dan proses download akan bermula.
Comments
Powered by Facebook Comments











yo bro!!!
’tis is kool !!!
i loike veeeerrrrryyy much
thx for the tips. they’re brill !!!
aku just pakai keepvid.com jek
Aku dah tau. Tapi aku pakai yahoo grabber je. Senang. PAstu leh tengok pakai FLV player..
aslkm
saya mau dowlod vidio dgn you tube caranya gmana?
bls lngsung y….
askum..
sy nak minta tolong sikit..sy nak download video dr youtube, saya sudah download you tube downloader dan FLV Player. masalh sekarang saya tak tahu bagaimana untuk mendapatkan URL Video yg sy nak download ni..
boleh tunjukkan caranya?
sekian terima kasih.